Boat Noodle Raikan Ulang Tahun ke 5 Dengan Penuh Meriah!

Assalamualaikum w.b.t

Tuah Dengan Angka 5? | Yeah Mamayanie paling suka dengan angka 5 tau. Sebab hari jadi Mamayanie jatuh pada angka 5 iaitu 5 Mei. Wee jangan lupa korang bagi hadiah ye nanti, letak dalam kalender siap-siap ye. haha Semalam Boat Noodle raikan ulang tahun ke 5 dengan meriah dan Mamayanie serta Babyfh berkesempatan untuk turut serta memeriahkan majlis di The Garden Mall Kuala Lumpur. Happy Birthday Boat Noodle Ke 5 Tahun!

Siapa yang tak pernah dengar tentang Boat Noodle? Ha siapa yang tak pernah dengar tu korang tak layan viral lah tu. hihi Ok Mamayanie saja je, tapi betul Boat Noodle memang terkenal dengan menu yang telah memenangi hati rakyat Malaysia dengan keunikkan rasa sajian dalam mangkuknya. Kebanyakkannya mesti kenal dengan Boat Noodle kan (alah korang acah-acah tak kenal plak ye) dan korang pernah rasa tak? Rugi siapa yang tak pernah rasa tau.

Boat Noodle Raikan Ulang Tahun ke 5

Boat Noodle Raikan Ulang Tahun ke 5 Di The Garden Mall

Pertama kali Mamayanie makan Boat Noodle di cawangan Boat Noodle Publika bersama dengan rakan blogger Bella Idura. Mamayanie kongsikan sedikit tentang Boat Noodle ni ye. Boat Noodle merupakan restoran milik anak Malaysia yang memperkenalkan menu makanan dari ”Thai Street Food”. Keunikkan Boat Noodle adalah menunya dihidangkan dalam mangkuk dengan kuantiti yang sedikit. Kini Boat Noodle telah berada di pasaran Malaysia selama 5 tahun dengan 48 cawangan, terbarunya di The Garden Mall Kuala Lumpur.

Boat Noodle raikan ulang tahun ke 5 bersama dengan peminat setia dan rakan media dengan pelbagai acara serta kami turut berpeluang belajar cara penyediaan Boat Noodle. Malah siap ada kuiz lagi, nasib baik tak boleh fokus sebab Babyfh nak tido. Kalau tak boleh jawab dah soalan semua tu hahaha Tahniah pada yang jawab dengan betul.

See also  Taman Burung Kuala Lumpur Sesuai Untuk Keluarga
Boat Noodle Raikan Ulang Tahun ke 5

“Ayutthaya 2.0” Kembali !

Kalau korang memang pengemar Boat Noodle mesti tahu kan sajian noodle Ayutthaya pernah berada dalam menu restoran sebelum ini. Ok kali ini ianya kembali dengan penambahbaik dari segi rasa dan keenakkannya yang kini dinamakan “Ayutthaya 2.0”.

Rasanya memang sedap dan lebih pedas, memang sangat kena dengan tekak Mamayanie. Jangan risau ianya tidak lah terlalu pedas sampai berasap telinga bagai, ianya cukup rasa dan sesuai dengan tekak orang Malaysia.

Boat Noodle Raikan Ulang Tahun ke 5 Dengan meriah
Boat Noodle Raikan Ulang Tahun ke 5

Ayutthaya 2.0 memang sedap dan huwaa jadi faveret Mamayanie dah ni. Wajib korang rasa Ayutthaya 2.0 ni. Bukan itu jew, Hot Steamy Sangkayaa dia memang lembut sangat dengan rasa kaya yang lazat. Babyfh pun suka dengan roti dia sebab lembut sangat.

Air pula Mamayanie pilih Cha Keow Yen iaitu Thai Iced Green Tea. Memang kaw kaw rasanya hingga memecah rasa manis di tekak gitu. Babyfh makan sekali ke tu? ehh tak lah, dia makan roti jew. Yang lain semua Mama dia yang bedal haha.

Boat Noodle Raikan Ulang Tahun ke 5

Reward Menanti ! Makan . Stack . Repeat

Sempena ulang tahun Boat Noodle telah lancarkan “Noodle Master Card”, hadiah khas untuk peminat setia Boat Noodle. Dimana setiap pembelian 20 mangkuk korang akan dapat 1 stamp, dan setiap 3 stamp yang korang kumpul akan dapat redeeem 5 mangkuk percuma. Rewardnya bermula dari 5 mangkuk sehingga 20 mangkuk.

Alah setakat 10-20 mangkuk seorang tak ada halnya kan. Dengan tagline #MakanStackRepeat, ajak ramai-ramai makan bersama dan dapatkan reward. Hadiah ni khas untuk korang dari CEO Boat Noodle tau dan ianya valid sehingga 30 April 2019 ni sahaja. Jadi apa lagi cepat serbu mana-mana cawangan Boat Noodle ok!

See also  How can a small business loan give benefits to my business ?

Untuk maklumat lanjut:

The Original Boat Noodle Malaysia

Website : Boat Noodle

Instagram : @myboatnoodle

Facebook : My Boat Noodle

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*