Dashing Elite Shampoo Produk Penjagaan Rambut Lelaki

Assalammualaikum w.b.t

Rambut Juga Mahkota Lelaki | Bukan wanita je yang perlu menitikberat tentang kecantikkan dan kebersihan rambut. Lelaaki juga perlu kerana ianya merupakan mahkota lelaki dan merupakan data penarik tau. Yelah kalau rambut kusut masai, penuh kelemumur dan rambut kerap gugur yang kurang sihat mana lah wanita nak dekat apatah lagi tergoda. Lainlah kalau korang nak botakkan kepala tetapi tak nak jadi Dashing ada jalan penyelesaian khas buat lelaki.

Terbaru Dashing Elite Men Shampoo Remove Hair Wax
Terbaru Dashing Elite Men Shampoo

Dashing Elite Shampoo Produk Penjagaan Rambut Lelaki

Bila sebut sahaja produk yang berkaitan dengan penjagaan diri lelaki mesti Mrsyanie teringat jenama yang terkenal yang merupakan lambang maskulin, iaitu Dashing. Produk pencuci muka dan wangian dari Dashing sentiasa mendapat tempat dikalangan para jejaka. Kini Dashing melangkah satu lagi pembaharuan dalam membantu penjagaan diri khas buat lelaki iaitu produk terbaru Dashing Elite Men Shampoo Remove Hair Wax.

ELITE merupakan subsidiari jenama pendahulu Produk Penjagaan Peribadi Lelaki, DASHING yang menyempurnakan penjagaan peribadi Lelaki Malaysia dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Jika sebelum ini Mrsyanie ada kongsikan dengan korang kehebatan produk pencuci muka dan penjagaan haruman badan  yang digunakan oleh Mrlaling. Mrlaling ni cerewet lah sket dalam bab produk penjagaan ni, yelah tak banyak pilihan jadi dia perlu buat yang pemilihan yang terbaik. Sebelum ini kalau syampu Mrlaling kena lah kongsi dengan Mrsyanie sebab tak banyak pilihan untuk lelaki, tapi bila ada dah yang syampu khusus untuk lelaki kena lah tukarkan.

Terbaru Dashing Elite Men Shampoo Remove Hair Wax

Kebanyakkan syampu yang berada dipasaran tidak memfokuskan kepada kebersihan rambut untuk lelaki, kebanyakkan hanya untuk mengatasi masalah umum sahaja. Tapi macam mana kebersihan cucian selepas penggunaan wax atau minyak rambut? Bahan-bahan kimia yang digunakan dalam wax atau minyak rambut dapat disingkirkan ke oleh syampu biasa?

See also  BoBoiBoy: The Movie Best Ke?

Terbaru Dashing Elite Men Shampoo Remove Hair Wax dilancarkan dengan teknologi Wax Out System. Ianya direka khusus dan terbukti mampu menyingkirkan produk-produk penggayaan rambut, minyak dan kekotoran pada rambut serta kulit kepala secara menyeluruh menerusi satu cucian sahaja. Apa satu cucian je? Ye korang hanya dengan satu cucian sahaja dapat singkirkan bahan-bahan kimia dari wax atau minyak rambut yang Mrlaling guna. Tambahan lagi wangi dan bersih jew tengok rambut Mrlaling.

Dashing Elite Men Shampoo ada 2 jenis iaitu:

  • Dashing Elite men shampoo Anti-Dandruff
Dashing Elite men shampoo
Dashing Elite men shampoo Anti-Dandruff

Syampu Dashing Anti-kelemumur mengandungi agen anti-kelemumur dan dengan penggunaan secara tetap, ia dapat merawat kulit kepala, menyihatkan dan menguatkan rambut. Dalam masa yang sama ianya dapat mencegah pembentukan kelemumur dan pengelupasan kulit kepala. Syampu Dashing ini sesuai untuk lelaki yang menitikberatkan aspek penampilan dan kebersihan diri. Ia juga difokuskan untuk lelaki yang peka terhadap perkembangan fesyen semasa kerana tidak perlu bimbang akan masalah kelemumur dan bebas untuk menyerlahkan style rambut ikut citarasa fesyen terkini.

Mrlaling kata sejuk je selepas menggunakannya kerana ia mengandungi mentol bagi menyegarkan kulit kepala dalam setiap cucian. Boleh dah ucapkan selamat tinggal kepada kelemumur dan kulit kepala yang gatal. hihi

 

  • Dashing Elite men shampoo Anti-Hair Fall
Dashing Elite men shampoo
Dashing Elite men shampoo Anti-Hair Fall

Syampu Dashing Elite Anti Rambut Gugur mengandungi Advanced Micro-Protein yang menguatkan rambut dan mengurangkan kerapuhan, dan memberikan rambut yang lebih sihat. Ia juga mengandungi mentol untuk sensasi sejuk yang menyegarkan dalam setiap mandian. Dashing shampoo ini juga membantu memberi keyakinan dalam mengayakan rambut supaya lebih menarik tanpa perlu berkompromi dengan masalah keguguran rambut.

Harga Shampoo Murah

Serius tak percaya, Dashing Elite masih mengekalkan produk yang mampu beli untuk semua orang. Hanya RM11.90/botol dengan kuantiti sebanyak 250gram. Korang boleh dapatkan shampoo Dashing khas untuk lelaki ini  di semua farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara.

See also  Nasi Lemak Antarabangsa | Kg Baru | Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut:

Website: Dashing Malaysia

Facebook: EliteEdgyEFX 

Boleh jugak klik entry dibawah:
 

 

Till Next Entry ye!!!

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*