Assalamualaikum w.b.t
Wanita VS Cantik | Bila sebut tentang kecantikkan mesti tak boleh lari dengan wanita. Wanita ibarat bunga yang perlu dibelai dan dimanja untuk nampak cantik dan menawan. Cewah Mamayanie bermadah pulak. Sebenarnya Mamayanie nak kongsikan dengan korang kenali 8 Manfaat Kecantikan Bersama SAFI Fair Beauty.
Siapa tak suka cantikkan? hihi Mamayanie sekarang walaupun kelang kabut menjaga Babyfh, menjaga penampilan dan kecantikkan memang tak boleh nak dipisahkan. Barulah boleh up market kan (eh ni Mamayanie gurau jew tau haha). Walau sesibuk mana kita sebagai wanita perlu menjaga diri bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri.
Memberikan Keyakinan Diri
Dalam Islam sendiri menuntut untuk kita menjaga kebersihan dan penampilan diri tak kira waktu atau situasi. Malah keyakinan diri juga sedikit sebanyak bergantung kepada penampilan diri. Masalah kulit wajah yang kusam serta tona yang tidak sekata akan menurunkan keyakinan diri. Hakikatnya, rungutan tentang masalah sebegini bukanlah sesuatu yang baru.
Tabiat pemakanan yang tidak sihat, tekanan, kualiti tidur yang merosot, dehidrasi serta kotoran dan habuk akibat pencemaran merupakan faktor-faktor utama kulit wajah rosak bagi kebanyakan individu di Malaysia. Memahami aspirasi setiap wanita untuk tampil cerah dan yakin, SAFI- jenama penjagaan wajah Halal No1 di Malaysia, serta jenama penjagaan diri terbesar di dunia kini tampil memberikan nafas segar terhadap rangkaian pencerah SAFI FAIR BEAUTY.
Terbaru SAFI FAIR BEAUTY
Kelahiran semula SAFI FAIR BEAUTY bukan sahaja pada rekaannya yang lebih manis dan menawan, malah rumusannya juga didatangkan dengan teknologi BIO.Fairness yang diperkaya dengan ekstrak organik limau gedang.
Teknologi BIO.Fairness merupakan kombinasi ekstrak semulajadi dengan manfaat pencerah yang bertindak untuk menyamaratakan tona kulit, serta mengurangkan pigmentasi berlebihan dan tanda penuan. Pendedahan kulit wajah kepada sinaran UV yang tinggi serta pencemaran udara akan menyumbang kepada masalah kulit kusam dan tidak bermaya.
Diperkaya dengan multivitamin seperti vitamin B3, CE, E, B5 & B6, gabungan vitamin ini menjadikan SAFI FAIR BEAUTY sebagai ejen pencerah, pelembap, dan pelindung dari sebarang kerosakan yang berpunca dari radikal bebas. Sebagai tambahan kepada teknologi BIO.Fairness, SAFI FAIR BEAUTY turut menggabungkan ekstrak organik limau gedang kedalam formulasi baharunya.
- Pembersih Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY
Langkah pertama untuk keyakinan dirimu. Setiap bilasan membersih dengan mendalam agar kulit lebih lembut, halus dan cerah berseri.
- Saiz pek: 50g/100g
- Harga: RM5.75/10.20 (0% GST)
- Krim Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY
Langkah kedua untuk kekal cerah sepanjang harimu. Setiap olesan pada kulit muka memberikan tona kulit wajah merah jambu agar kelihatan lebih manis dan segar pada bila-bila masa.
- Saiz pek: 50g/80g
- Harga: RM8.15/11.45 (0% GST)
- Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY
Sebagai pelengkap kepada ruti penjagaan wajah, SAFI FAIR BEAUTY turut memperkenalkan produk terbarunya Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY.
Langkah ketiga melengkapi rutin kecantikanmu. Menggunakan rumusan yang sama dengan produk rangkaian SAFI FAIR BEAUTY yang lain, krim BB ini ditambah dengan pelembap berganda serta ejen pencerah yang berfungsi sebagai asas solekan. Bersolek ataupun tidak, setiap sapuan mampu menutup cela, dan memberikan seri tanpa kilap (matte finising).
- Saiz pek: 40g
- Harga: RM8.15 (0% GST)
SAFI Fair Beauty Set (Fairness Cream + Facial Cleanser)
- Saiz Pek: Gift Set
- Harga: RM10.90 (0% GST)
Kenali 8 Manfaat Kecantikan Bersama SAFI Fair Beauty
Dengan teknologi BIO.Fairness, 8 manfaat kecantikan bersama SAFI Fair Beauty yang bertindak untuk :
- Mencerahkan kulit
- Menyamaratakan tona kulit
- Kulit berseri merah jambu
- Mengawal pengeluaran minyak berlebihan
- Memberi perlindungan UV
- Melembutkan dan menghaluskan kulit
- Melicinkan kulit
- Melembapkan kulit tanpa meninggalkan rasa lekit
Adunan ekstrak organik limau gedang yang segar sangat bermanfaat dalam pembinaan semula struktur kulit melalui penghasilan kolagen dan mencerahkan kulit wajah secara semulajadi. Setiap bilasan pada kulit wajah menjadikan tekstur kulit semakin halus seakan remaja!
Tekstur produknya halus dan wangi sangat. Paling Mmayanie suka dengan BB Creamnya, ianya ringan dan tidak berminyak pada kulit wajah Mamayanie. Jadi korang boleh dapatikan produk SAFI ini di seluruh negara termasuk pasaraya utama dan pasaraya hyper.
Untuk maklumat lanjut:
SAFI MALAYSIA
Facebook: www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram: safimalaysia
Youtube: www.youtube.com/safimalaysia
Till Next Entry ye!!!
Banyak manfaatnya.. Bagus produk safi ini ye..
antara product yang dipercayai dari dulu =)
wow..makin cantik la yanie past ni..:)