Masakan Johor Asli di DON’S Warong

Assalamualaikum w.b.t

Menu Johor Jadi Taruhan | Setiap restoran pasti ada keunikkannya tersendiri termasuklah restoran yang terletak di Plaza Damas, Sri Hartamas ini iaitu DONS Warong. Ianya menawarkan pelbagai menu khususnya menu sarapan pagi yang dibawa khas dari Johor, negeri yang terletak dihujung selatan Malaysia. DONS Warong juga membawa menu tradisi yang menjadi menu harian sewaktu zaman dahulu. Teringat Mak Mamayanie suka dengan menu ini agaknya menu apakah? hihi Jom kita rasai sarapan pagi dengan menu Johor di DONS Warong.

DONS Warong, Plaza Damas Sri Hartamas

Sarapan atau makanan pagi amat penting dalam kehidupan. Ia membekalkan tenaga untuk menjalankan segala aktiviti sepanjang hari dengan cergas dan produktif.  Sarapan juga merupakan rutin harian yang wajib diambil walaupun korang yang tengah ber’diet’, ingat jangan skip tau. Mamayanie nak kongsikan dengan korang satu restoran yang menawarkan menu sarapan pagi yang dibawa dari Johor. Rasai sarapan pagi dengan Menu Johor di Dons Warong dan bila cakap menu Johor je, Mamayanie hanya teringatkan Kacang Phool. Siapa tak tahu Kacang Phool itu macam mana, ha ini yang Mamayanie nak kongsikan.

Tapi sebelum itu, restoran DONS Warong ini sangat selesa dan berkonsepkan santai yang terletak di Plaza Damas Sri Hartamas. Lokasinya yang mudah untuk korang cari dan berada ditepi jalan. Mudah untuk korang jumpa tau, alah waze je DONS Warong Plaza Damas mesti jumpa. Bila sampai je, meja yang menajdi pilihan Mamayanie adalah kerusi kayu tu, teringat waktu zaman sekolah kat kantin pakai kerusi kayu macam dalam gambar tu lah hihi DONS Warong ini juga selesa untuk korang lepak sambil menikmati juadah yang disediakan.

See also  PICC Buffet Ramadhan 2016 Penuh Kelainan

Rasai Sarapan Pagi Dengan Menu Johor Di Dons Warong

Apa menu sarapan wajib yang korang tau? Nasi lemak, roti canai, mee goreng, dan macam-macam lagi. Banyakkan menu sarapan pagi di Malaysia sebab itu Malaysia juga digelar sebagai negara syurga makanan. Macam Mamayanie bagitahu tadi nak kongsikan dengan korang menu sarapan Johor yang menarik di DONS Warong kan. Oklah jangan terliur tau hihi Antara menu sarapan yang terdapat di DONS Warong:

  • Nasi Lemak

Menu wajib di Malaysia yang mesti ada setiap pagi adalah Nasi Lemak. Di DONS Warong juga terdapat Nasi Lemak tetapi ianya memberikan satu kelainan buat pengunjung disini. Ianya menawarkan Nasi Lemak berlauk dimana lauk yang disediakan disini serius menarik dan sedap.

Antara lauk yang menjadi pilihan adalah soft shell crab goreng. Serius sangat lembut dan boleh makan dengan kulit-kulitnya yang lembut dan rangup. Juga terdapat lauk seperti ayam goreng berempah, ayam rendang, ayam masak merah, daging rendang, paru goreng, dan udang goreng. Selain itu, item yang perlu ada dalam Nasi Lemak adalah sambal. Sambal disini memang sedap dan pedas, membuka selera makan dipagi hari. Kecur air liur Mamayanie bila teringat balik rasa keenakkannya.

Nasi Lemak sambal sotong, DONS Warong
Nasi Lemak sambal sotong, DONS Warong
Nasi Lemak sambal sotong
Nasi Lemak sambal sotong
Nasi Lemak soft shell crab, DONS Warong
Nasi Lemak soft shell crab, DONS Warong
  • Kacang Phool

Kacang pool pada asalnya adalah hidangan timur tengah yang dikenali sebagai foul medammas. Kacang Phool atau kacang pool, tak kisahlah ejaan nya macam mana tapi ianya tetapi cara masak yang sama. Dimana kacang pool dimasak bersama rempah ratus dan dihidangkan bersama bawang, cili potong dan sayur seperti tomato. Ianya dimakan bersama roti kosong dan telur mata. Rasa kuah kacang pool di DONS Warong ini pekat dan sedap bagi pengemar rempah ratus.

See also  Madeena Skincare by Helenz Signature Menyempurnakan Kejelitaanmu

  • Lempeng atau Pancake Malaysia

Lempeng atau ada yang gelar ianya pancake Malaysia, hihi tak kisahlah tapi ianya merupakan hidangan ringkas tapi mengenyangkan. Terdapat 2 jenis lempeng di DONS Warong iaitu Lempeng Pisang dan Lempeng Kelapa. Ianya dihidangkan bersama beberapa pilihan pencicah iaitu bagi Lempeng Kelapa korang boleh pilih nak makan dengan sambal atau gula Melaka/Merah. Dan bagi Lempeng Pisang pula korang boleh makan dengan madu atau kelapa atau gula Melaka.

Lempeng Pisang disini memag sedap, banyak pisang tau. Sebab ada jugak yang menjual lempeng Pisang tapi Pisang dalamnya kurang lebih tepung jew. DONS Warong memang jaga kualiti makanannya tau, serius sedap tak perlu cicah pun tak pe. Makan macam itu je pun dah sedap sebab pisangnya terasa banyak.

Lempeng Kelapa
Lempeng Kelapa
Lempeng Pisang
Lempeng Pisang
  • Ubi Rebus Set

Ini menu lagend ni, yang selalu dimakan diwaktu dulu-dulu. Mak Mamayanie selalu cerita dulu diorang makan Ubi Rebus ini dah jaga menu rutin tau. Dulu senang jew, tanam tepi rumah ubi. Nak makan Ubi Rebus senang je, sekarang nak dapat ubi pun susah tau.

Di DONS Warong korang boleh rasainya, Ubi Rebus yang dihidangkan bersama kelapa atau sambal atau hirisan gula Melaka dan istimewanya korang boleh makan bersama ikan kering.

Apa pun menu di DONS Warong adalah menu sarapan yang terbaik dan lazat. Mamayanie sangat syorkan korang untuk rasai Sarapan Pagi dengan menu Johor di Dons Warong. Ehh satu lagi yang korang kena cuba kalau datang ke sini iaitu Air Kopi Muar 434. Memang kaw kaw kopi yang sdeap dan pekat, sangat terkenal di Muar. Kini tak perlu jauh-jauh mencari Kopi Muar 434 yang kaw dan sedap kerana semuanya ada di DONS Warong.

See also  Malaysia Halal Expo 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre Tak Best?
Rasai Sarapan Pagi Dengan Menu Johor Di Dons Warong
Rasai Sarapan Pagi Dengan Menu Johor Di Dons Warong

Tengoklah mata Mamayanie fokus Air Kopi Muar 434 tu, yang ais tu lagi memuakau rasanya. Tapi Mamayanie kena kawal sket pengambilan ais hahaha Habis pantang Mamayanie, nasiblah kembang urat. hihi ok untuk masa operasi sarapan adalah dari jam 7.30 pagi sehingga 12.00 tengahari. Korang juga boleh rasai masakan tengahri dan makan disini.

 

Untuk maklumat lanjut:

DON’S WARONG

Alamat : B-0-4 Plaza Damas, 60 Jalan Sri Hartamas, Kuala Lumpur, Malaysia

Facebook : DonsWarong

Instagram: DONSWarong

Waze : DONS Warong

Till Next Entry ye!!!

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*