Tampil Berbeza Dengan #makeyourMARK

Assalammualaikum w.b.t

Kecantikkan Lebih Extreme | Sebut sahaja AVON, semua orang kenal terutamanya dikalangan kaum hawa. Antara jenama yang menghasilkan pelbagai produk kecantikkan khususnya. Jenama kosmetik yang terkenal dan telah lama bertapak di Malaysia sekitar tahun 70an lagi, malah setiap daerah pasti ada butik cawangannya. Kini AVON hasilkan sesuatu yang lebih extreme untuk golongan wanita yang lebih berani dalam penampilan diri.

MARK Pelancaran Rangkaian Kosmetik Terbaru Dari Avon
MARK Pelancaran Rangkaian Kosmetik Terbaru Dari Avon

MARK Pelancaran Rangkaian Kosmetik Terbaru Dari Avon

21 September, Jumaat yang lepas telah berlangsung satu majlis MARK Pelancaran Rangkaian Kosmetik Terbaru Dari Avon yang menampilkan warna yang lebih extreme dan vogue. Dengan gabungan warna akan lebih menampakkan sipemakai lebih jelita dengan pelbagai gaya makeup. Konsep yang diterapkan pada jenama baru ini adalah ”make your Mark”, dimana ianya memberi ruang kepada peminat tegar mekap untuk lebih kreatif dalam penghasilan mekap.

Menurut Onur Erdinç, Pengurus Besar Avon Malaysia; “Mark. melambangkan trend kecantikan golongan milenial yang ekspresif, dan ini menepati aspirasi syarikat untuk menjadi jenama kecantikan paling diingati belia, terutamanya penggemar mekap”.

Pelancaran Jenama MARK by Avon
Pelancaran Jenama MARK by Avon

Dalam majlis MARK Pelancaran Rangkaian Kosmetik Terbaru Dari Avon ini para media dan tetamu turut diberikan peluang untuk mencuba sendiri produk terbaru Mark dan juga demo mekap dari Jurusolek Profesional terbaru Avon, iaitu Steven Sunny. Beliau merupakan jurusolek selebriti yang terkemuka Malaysia dan kini memberikan inspirasi seninya dalam sentuhan Mark.

Identiti Mark. sememangnya menepati perspektif profesional dan peribadi saya tentang mekap dan seni. Saya amat teruja untuk mencipta dan berkongsi karya teragung Mark. bersama semua,” ujar Steven.

See also  [Hotel Review] E-Red Hotel Bajet Tapi Lengkap
KBBA9 Bersama Steven Sunny
KBBA9 Bersama Steven Sunny

Make Your MARK by AVON

Rangkaian kosmetik Mark. menawarkan 18 konsep baru iaitu warna bibir berkemasan ‘matte’, gincu berpigmen tinggi yang berkrim, gincu pengubah warna dasar, 4 jenis eyeliner dan eyebrow, 3 jenis maskara, bedak kontur dan ‘highlight’, pemerah pipi, foundation, compact powder, eyeshadow pallete yang boleh dipakai kering atau lembap, primer serta semburan penyempurna mekap( facemist ).

Warna yang ditawarkan jugak bukan sahaja untuk kelihatan manis, malah terdapat juga warna yang ditawarkan lebih menyerlah. Ianya sesuai untuk semua peringkat umur bergantung kepada daya kreativiti masing-masing. Paling menarik warna yang dihasilkan dapat digabungkan untuk kelihatan lebih feminin, vogue dan tampil lebih berbeza. Sebagai contoh warna lip kuning diberikan sentuhan gabungan dengan merah akan kelihatan warna oren yang lebih menarik.

 

Mamayanie suka dengan pelbagai warna lipmatte yang ditawarkan, korang boleh gabungkan warna untuk tampil berbeza. Mamayanie nak beli warna kuning tau, sebab gabungan warna kuning akan kelihatan lebih ceria. Kalau korang berani boleh je pakai warna kuning tu sahaja, tapi untuk Mamayanie lebih suka gabung. Tak ada lah pelik sangat sebab Mamayanie bukan seorang yang berani tampil kelainan hihi. Lagi satu semburan penyempurna mekap atau facemist dia memang best, mekap akan lebih tahan lama dan tidak bercapuk.

Rangkaian mekap Mark, jenama mekap yang memberi kuasa si pemakai untuk mencipta solekan tersendiri dengan konsep yang ditekankan iaitu #makeyourmark. Diinspirasikan dari seni dengan produk inovatif dan formula tahan lama. Mark telah dilancarkan pada 1 September dan korang boleh dapatkan mekap Mark di di Butik Avon seluruh negara, wakil Avon dan laman web Avon.

 

Untuk maklumat lanjut:

See also  Viral Bella Mengamuk Sebab Produk Izeara Xtravaganza Tak Panas

Website Shopping Online: shop.avon.my

Talian bebas tol: 1 800 22 AVON ( 2866 )

 

Till Next Entry ye!!!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*