SUPERBYTES Petua Membantu Tingkatkan Susu Badan Ibu

Assalamualaikum w.b.t | SUPERBYTES Membantu Banyakkan Susu Badan | Salah satu perkara yang perlu diambil-kira buat bakal ibu atau ibu yang bakal mendapat cahaya mata adalah sumber makanan yang boleh tingkatkan susu badan. Ramai yang tak menjangka yang tindakan awal perlu dilakukan bagi membantu bakal ibu kelak.

Kebanyakan ibu-ibu akan mula fikirkan tentang susu badan selepas bersalin kan? Sebenarnya seawal kita hamil dah perlu kita tingkatkan sumber makanan yang boleh membantu banyakkan susu badan kelak. Selain mendapat membantu tingkatkan susu ibu kelak, sumber makanan itu juga membantu ibu sewaktu hamil.

SUPERBYTES Membantu Banyakkan Susu Badan

SUPERBYTES Membantu Banyakkan Susu Badan

SUPERBYTES dari Supercube merupakan salah satu snek coklat berbentuk kiub yang dihasilkan daripada campuran Oat dan Kurma. Mamayanie yakin ramai dah tahu akan khasiat Oat dan Kurma kan. Dimana Kurma sangat bagus untuk menambahkan tenaga, tinggi dengan sumber serat, membantu mengawal gula dalam darah, menguatkan imuniti bayi (zat besi), membantu pembentukan sel baru (asid folik) dan ia juga membantu banyakkan susu badan ibu selepas kelahiran.

Malah ianya membantu para ibu untuk banyakkan susu badan (milk booster) secara semulajadi dengan penuh khasiat. Tidak perlu lagi risau masalah bayi korang kekurangan susu badan.

SUPERBYTES Membantu Banyakkan Susu Badan

Bagi Mamayanie ianya sangat membantu buat Mamayanie tambahkan tenaga sewaktu hamil ini. Biasalah ibu-ibu mengandung memang akan cepat berasa penat dan lapar jugak. hihi Jadi Superbytes antara makanan yang penuh serat, berkhasiat dan mudah diambil bila terasa penat dan lapar. Nak bercuti pun Mamayanie akan bawa stok Superbytes bersama tau.

Mamayanie baru-baru ini memang kerap ke klinik untuk pemeriksaan HB (Hemoglobin) yang makin turun tambahan pula baru lepas keluar hospital disebabkan masalah Polyps, jadi memang cepat penat tau. Salah satu yang membantu memberi tenaga untuk Mamayanie adalah pengambilan Superbytes. Lagipun ianya mudah dibawa kemana-mana dan senang letak je dalam beg tangan.

See also  Klana Beach Resort Port Dickson Menawarkan Sajian Ramadan Berkonsepkan Tarbus Buffet Dinner
SUPERBYTES Membantu Banyakkan Susu Badan

Kelebihan Superbytes:

  • Memberi tenaga kepada ibu mengandung dan menyusu
  • Berfungsi sebagai milk booster & melancarkan pengaliran susu badan
  • Boleh diambil sebagai sarapan ringan & sesuai untuk yang sibuk bekerja
  • 100% natural, rendah kalori dan rendah Indeks Glisemik (GI)
  • Perut kenyang lebih lama
  • Sesuai diambil untuk anak-anak dan pelajar sekolah
  • Grab-and-go snack & memudahkan rutin workout
  • Rasa yang sangat menarik dan lazat. Makan seperti coklat
  • Senang dibawa dan disimpan
SUPERBYTES Membantu Banyakkan Susu Badan

Ada kawan Mamayanie tanya SUPERBYTES ini untuk ibu mengandung atau ibu yang menyusukan bayi je ke? Tidak! Ianya boleh diambil oleh semua seisi keluarga, malah untuk anak-anak seawal setahun juga boleh mengambilnya (anak-anak yang dah pandai mengunyah). Superbytes juga bagus sebagai makanan gantian (meal replacement) segera.

Ianya kerana bahan yang digunakan untuk menghasilkan Superbytes merupakan dari bahan-bahan semulajadi yang penuh dengan khasiat.

Kandungan Superbytes:

  • White Malt
  • Oat Bran
  • Dates
  • Golden Raisin
  • Puree Dates
  • Golden Syrup
  • White Chocolate Compound
SUPERBYTES Membantu Banyakkan Susu Badan

Tak perlu risau bahan yang digunakan adalah dari semulajadi dan sumber makanan sunnah yang sangat bagus diamalkan oleh semua peringkat umur khususnya buat ibu yang dalam usaha tingkatkan kuantiti dan kualiti susu badan.

Jadi buat bakal ibu (ibu mengandung) mahupun ibu yang sedang menyusukan anak secara semulajadi (susu badan), korang perlu dapatkan Superbytes untuk tingkatkan tenaga dan banyakkan susu badan.

Mamayanie memang standby Superbytes dalam beg untuk dibawa kemana sahaja. Bila lapar sahaja terus boleh ambil makan kerana dalam pack yang mudah dibawa kemana-mana.

Untuk maklumat lanjut:

SUPERCUBE’S

Website: https://agent.supercube.my

Instagram: https://instagram.com/supercube.hq

Facebook: https://m.facebook.com/supercube.hq

TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSdoxctrg/

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*