Assalammualaikum w.b.t
Mencari Sesuatu Untuk Kecantikkan Kulit | Mrsyanie yakin ramai wanita diluar yang suka akan kecantikkan, sama lah jugak dengan Mrsyanie. Cukup sempurna Tuhan berikan setiap fizikal kita dengan seindah-indahnya, jadi kenapa perlu kita sia-siakan akan kecantikkan tu. Dulu Mrsyanie tak kisah pun kulit lembut ke, halus ke, yang penting wajah dan penampilan diri. Tapi selepas berkahwin, alah tak sanggup pulak nak ada kulit kasar tau. Yelah paham-paham jelah tak akan nak pegang tangan suami dengan tangan yang kasar. Kelembutan itu kan satu yang sangat diingini oleh semua orang terutamanya bergelar wanita.
Bermanja Dengan NIVEA Skin Delight Beri Satu Kepuasan
Nasib baiklah ada produk Nivea dan Mrsyanie tahu mesti ramai dah kenal akan kelebihan produk Nivea kan. Ia memang sangat bagus dalam penjagaan kulit khususnya bagi melindungi dan menjaga kulit agar lebih lembut serta licin. Susah nak lembutkan kulit? Sebenarnya tak susah pun jika kita sentiasa bermanja dengan NIVEA Skin Delight beri satu kepuasan dalam setiap apa yang kita lakukan. Hasilnya kita akan dapat kulit yang lembut, halus dan licin. Mrlaling pun suka pegang tangan Mrsyanie tau katanya lembut. Malu kita ehh…haha..
Terbaru NIVEA Skin Delight!
Kini Nivea memperkenalkan satu produk baru mereka iaitu NIVEA Skin Delight yang diperkaya dengan “oil in body milk”. Dengan wangian ros yang lembut sesuai untuk semua kulit supaya kekal lembut berseri dan memberi haruman berpanjangan. Ianya direka dengan satu tujuan utama iaitu membantu setiap wanita dalam memberikan kenikmatan deria melalui sentuhan, penglihatan dan wangian yang membuat korang berasa istimewa semasa memanjakan diri.
NIVEA Skin Delight mampu merawat masalah kulit kering supaya mengekalkan kelembapan minyak pada struktur kulit. Kalau korang nak tahu, sebenarnya minyak badan mempunyai fungsi yang bagus sebagai pembekal kepada keanjalan dan keserian permukaan kulit dari dalam. Jangan risau korang tak akan rasa melekit kerana bahan yang digunakan mempunyai kebaikan dalam penyerapan yang sangat tinggi dalam bentuk “body milk” yang mudah untuk disapukan.
Susu merupakan salah satu agen yang diperkayakan kebaikan dalam pencerahan dan melembutan kulit sejak berabad lagi. Kalau korang ke mana-mana butik SPA mesti ada rawatan mandian susu kan, ini kerana susu mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kulit, diantaranya adalah Vitamin A membantu menjaga keanjalan kulit, asid laktik yang membantu membuang sel kulit mati dan susu menjadi agen terapi diri dari ketegangan (stress). Inilah kelebihan NIVEA Skin Delight “oil in body milk” yang mengabungkan bahan-bahan berkualiti dan bagus untuk penjagaan kulit.
2 Jenis Wangian NIVEA Skin Delight
- NIVEA Skin Delight Glowing Rose (bunga Mawar)
Bunga mawar bukanlah satu bahan asing dalam dunia kosmetik. Penggunaanya amat menyeluruh samada secara sepenuhnya ataupun sebahagian daripada asas campuran dalam produk wangian mahupun rawatan kecantikkan. Kelopak-kelopak segar dari bunga mawar selalu digunakan untuk mewangikan air mandian yang dipercayai dapat memberi kesegaran dan wangian pada badan. Bunga Mawar juga mengandungi minyak pati yang mampu mengekalkan kelembapan semulajadi pada kulit.
- NIVEA Skin Delight Relaxing Lavender
Haruman Relaxing Lavender pula mampu membantu dalam mengurangkan ketegangan (stress) dan kelesuan.Lavender atau nama saintiifknya Lavandula Angustifolia sangat terkenal dalam dunia aromaterapi dan ia juga dapat meredakan iritasi serta kekeringan pada kulit.
Harga Nivea Skin Delight Body Milk
NIVEA Skin Delight Oil in Body Milk terdapat dalam dua saiz dan dijual pada harga pengenalan :
- 250ml : RM 16.50 (harga pengenalan : RM 11.90)
- 400ml : RM 21.90 (harga pengenalan : RM 17.50)
Mrsyanie suka sangat dengan kedua-dua haruman itu tau, yelah Glowing Rose lebih kepada wangian feminine, manakala haruman Relaxing Lavender dapat menenangkan diri (aromaterapi diri). Jadi Mrsyanie akan gunakan mengikut situasi diri Mrsyanie, bila agak tegang dengan kesibukan diri Mrsyanie akan rawat diri dengan menggunakan NIVEA Skin Delight Relaxing Lavender sebagai terapi diri.
Mesti lembut kn..tengok botol lawa..
suka dengan nivea..memang mlembutkan kulit..