Resepi Biskut Raya Susu Paling Mudah

Assalamualaikum w.b.t

Teringin Biskut Raya | Alhamdulillah hari ini dah masuk Ramadhan yang 7 bagi tahun 2018, syukur sangat kerana kita masih lagi diizinkan oleh Allah SWT untuk merasainya. Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang paling berharga dari segi pengalaman kerana Mrsyanie berpuasa dalam keadaan mengandung. Syukur sangat dan fhjunior pun sangat memberi kerjasama untuk mama nya berpuasa. Dan kali ini jugak Mrsyanie teringin sangat nak buat biskut raya tau. Adakah disebabkan pembawakan bayi hihi

Resepi Biskut Raya Susu Paling Mudah Dan Sedap
Resepi Biskut Raya Susu Paling Mudah Dan Sedap

Biskut Raya Dengan 3 Bahan Utama

Sejujurnya Mrsyanie jarang buat biskut raya tau, buat pun hanya tolong Mak jew. Bukan buat sendiri tapi beli setiap tahun sendiri ada lah haha. Tapi tahun ini agak berbeza, Mrsyanie teringin sangat nak buat biskut raya sebelum Ramadhan hari tu. Teringin nak makan biskut raya dengan hasil air tangan sendiri tanpa bantuan orang lain. Nak buat biskut yang senang-senang je, almaklumlah tak pernah nak buat sendiri kan. Hasil dari carian di internet, dapatlah Resepi Biskut Raya Susu paling mudah dan sedap dengan hanya mengunakan 3 bahan utama. Antara rujukan Mrsyanie : rasa.my siraplimau

Resepi Biskut Raya Susu Paling Mudah Dan Sedap

Bahan Utama:

  1. 500gram – Tepung Jagung
  2. 1 cup – Buttercup
  3. 1/2 tin- Susu Pekat

Bahan Tambahan:

Untuk bahan tambahan ini jika tiada pun tak apa, ianya hanya ditambah untuk menyedapkan lagi biskut susu yang Mrsyanie buat hihi

  • 1sudu kecil – Esen Vanilla
  • Coklat Chip

Cara-caranya:

  • Pastikan buttercup berada dalam keadaan suhu bilik (bagi memudahkan gaul).
  • Masukkan buttercup kedalam bekas dan susu pekat (ikut pada kemanisan yang korang nak)
  • Masukkan sedikit demi sedikit tepung jagung
  • Masukkan Esen vanilla dan coklat chip
  • Adunkan bahan tersebut sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan. (Yanie akan biarkan seketika selepas adunan siap)
  • Buatkan doh kecil-kecil diatas dulang pembakar.
  • Tekan doh menggunakan hujung garfu
  • Bakar pada suhu 170C selama 15 minit.
See also  Iftar Ramadhan 2017 di Coffee Societe Publika

Rasanya sedap dan paling best bila makan rangup tapi didalam mulut ianya akan cair. Ini antara Resepi Biskut Raya Susu paling mudah dan sedap yang boleh korang buat untuk juadah Hari Raya nanti. Korang jugak boleh variasikan resepi tau, tambahankan coklat chip atau manik warna-warni tu atau boleh tambahkan perisa ikut kesukaan korang. Nanti Mrsyanie nak cuba buat letakkan isi dalam biskut tu coklat bar plak.  Oklah Selamat Mencuba ye!

 

 

 

Till Next Entry ye!!!

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*