Segmen: Kenali Yanie Yusuf Dalam Dunia Blogger

Assalamualaikum w.b.t

Siapa Yanie Yusuf? | Mungkin tak ramai yang kenal akan Yanie Yusuf, Kalau korang nak tahu Mrsyanie bermula dengan berjinak-jinak menulis blog pada awal tahun 2010. Tapi yelah pendedahan pada waktu tu sangat terhad tentang dunia blogger. Tulis pun ikut sedap kata hati jew, yang boleh dikatakan seperti diari kanak-kanak. Tapi alhamdulillah kini Mrsyanie diberikan satu peluang yang sangat berharga untuk terus berkarya dalam diari sendiri secara berstatus blogger. Terima kasih abg Ben kerana memberi peluang keemasan ini supaya Mrsyanie dapat mempertingkatkan dan lebih bersemangat dalam meneruskan penulisan sebagai seorang blogger yang dapat memberikan perkongsian pada pembaca.

Kenali Yanie Yusuf Dalam Dunia Blogger
Kenali Yanie Yusuf Dalam Dunia Blogger

Kenali Yanie Yusuf Dalam Dunia Blogger

Ringkasan Tentang Yanie Yusuf

Jangan lupa follow dan like ye. Hihi.

Yanie Yusuf Sertai Kelab Blogger Ben Ashaari

kenali Yanie Yusuf dalam dunia Blogger atau nama pena dalam blog bergelar Mrsyanie merupakan penulis blog peribadi yanieyusuf.com.  Mrsyanie bermula menulis blog hanya sekadar suka-suka dan menjadikan blog sebagai diari peribadi pada tahun 2010. Rasaya tiada siapa pun kenal Mrsyanie, pembaca pun rasanya mana yang sesat je. Tetapi pada tahun 2015 Yanie diberi peluang oleh Abg Ben Ashaari untuk turut serta dalam komuniti blogger terbesar iaitu Kelab Blogger Ben Ashaari. Sebelum itu Mrsyanie pernah berhubung dengan Abg Ben sebab nak tiket ke Farm in the city, Sri Kembangan haha Walaupun malu tapi nak jugak tiket tu, tebalkan jugak mesej Abg Ben. Itu pertama kali tau Yanie bermesej dengan Abg Ben dalam facebook. Hihi..

Pada mulanya Mrsyanie ingatkan komuniti ini hanya untuk perkongsian mengenai blog sahaja tetapi bila Mrsyanie menyertainya baru tahu bahawa KBBA9 merupakan komuniti yang bukan hanya sekadar blogger. Sesuai dengan tagline KBBA9 iaitu Bukan Sekadar Blogger. Malah setiap ahli KBBA9 dah jadi seperti keluarga kedua Mrsyanie. Persahabatan itu sangat bernilai dan setiap perkara dilakukan bersama-sama.

See also  Wordless: Sembunyi Masalah Dengan Senyum

Yanieyusuf.com Tercipta

Yanieyusuf.com ditukar selepas Mrsyanie sertai KBBA9 sebab baru dapat pendedahan tentang domain, hosting, niche blog dan macam-macam lagi teknikal dalm blog. Ibarat dulu duduk dalam gua tapi sekarang dah keluar lepak KLCC hihi.. Kenapa Mrsyanie pilih Yanieyusuf.com sebagai url blog? Lebih mudah jika kita letak nama sendiri kerana ianya melambangkan penceritaan dalam blog, Mrsyanie menulis berdasarkan kehidupan dan pengalaman Mrsyanie.

Masih ingat lagi mula-mula nak masuk KBBA9 ada interview tau dari Abg Ben. Antara soalannya kenapa Mrsyanie berblog? Bagi Mrsyanie jawapan dulu dan kini tetap sama, Mrsyanie berblog untuk menjadi panduan atau sumber pencarian maklumat kepada semua. Apa yang diceritakan setidak-tidaknya menjadi info kecil kepada pembaca, bila dapat maklumbalas mengatakan rujukan dari blog Mrsyanie. Itu paling mengembirakan atau menjadi satu kejayaan Mrsyanie berblog. Bukan panduan yang negetif tau, ambillah yang positif ye.

Travel dan Food Review Tidak Dapat Dipisahkan

Yanieyusuf.com menceritakan tentang lifestyle tetapi Mrsyanie lebihkan kepada perkongsian percutian (travel) dan makanan (food) dalam blog. Mrsyanie memang suka bercuti tambahan kalau bercuti secara bajet. Jadi Mrsyanie terpikir apa kata kongsikan dengan semua pembaca setiap perjalanan percutian Mrsyanie. Sekurang-kurangnya kita menyampaikan maklumat atau info untuk kemudahan orang lain. Dari situlah Mrsyanie semangat untuk terus menjadi blogger yang menceritakan tentang percutian walaupun hanya percutian dalam Negara dengan bajet yang sederhana.

Cerita pasal makan, siapa yang tak suka makan. Mrsyanie suka kongsikan apa yang dirasa dan dicuba, mana tahu korang pun boleh cuba sekali makanan yang lain dari lain. Pantang bila ada orang cerita pasal makan, Mrsyanie pun nak cuba pastu balik mesti ceritakan sedap ke tidak. Hihi .

See also  Sarapan Warung Tepi Sawah Perlis Menjadi Pilihan Ramai

Mungkin selepas kelahiran sicomel Mrsyanei akan lebih banyak bercerita mengenai keluarga pula. Tapi minat terhadap travel dan cari-cari makan tetap diteruskan hihi

Mencari Pahala Tambahan

Mrsyanie berasa bersyukur sangat kerana diperkenalkan dengan Abg Ben Ashaari dan KBBA9. Dalam komuniti ini Yanie bukan sahaja diberi peluang untuk merasai peluang sebagai blogger sebenar tetapi diberi peluang untuk menambahkan pahala untuk saham akhirat.

Pertama kali Mrsyanie sertai Program Zakat Selangor bersama KBBA9 dalam memberikan bantuan sekitar Selangor. Teruja sangat bila kita sendiri yang menyertai program kebajikan . Selain itu, Mrsyanie juga dapat memberikan pertolongan dari segi penulisan mengenai bantuan bersama Syria Care.

Baru-baru ini KBBA9 ada memberi bantuan kepada sekolah Menengah Islam Puchong yang mengalami kebakaran membuatkan Yanie berasa bersyukur sangat setidak-tidaknya Yanie dapat menambahkan sedikit pahala untuk saham akhirat bersama dengan keluarga KBBA9.  Bukan niat untuk menceritakan kami ember bantuan tapi Yanie nak kongsikan bahawa beruntung Yanie kerana diperkenalkan dengan keluarga KBBA9. Bukan hanya memikirkan hal-hal duniawi tetapi diberi ruang dan peluang untuk memikirkan saham akhirat.

Terima Kasih KBBA9

Hampir setahun lebih Mrsyanie bersama KBBA9 dan macam-macam peluang yang Mrsyanie terima. Dapat peluang sertai event, food review dan paling rasa bangga bila dapat tajaan percutian walaupun dalam negara tetapi atas tiket sebagai blogger. Tanpa KBBA9 tiada siapa yang kenali Yanie Yusuf dalam dunia Blogger dan mungkin sampai sekarang syok sendiri dalam menulis. Alhamdulillah dan terima kasih Abg Ben serta ahli keluarga KBBA9 yang banyak membantu.

 

 

Till Next Entry ye!!!

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*