
Assalamualaikum w.b.t
Penting ke Detail Scan | Sebelum terlewat Mrsyanie nak ucapkan Selamat hari Ibu buat semua Ibudan bakal Ibu. Bagi yang masih belum dikurniakan zuriat, Insya-Allah Mrsyanie doakan semoga korang dikurniakan rezeki zuriat secepatnya. Jangan pernah mudah putus asa walaupun sampai satu tahap kita akan jadi sangat lemah. Mrsyanie juga pernah merasainya selama 7 tahun penantian dan masih lagi menanti untuk bersalin. Doakan ye kandungan Mrsyanie sihat, panjang umur dan sentiasa dlindungi oleh Allah SWT. Penting ke kita jalankan detail scan semasa dalam proses mengandung?

Detailed Scan Kandungan
Dalam entry yang lepas Mrsyanie kongsikan dengan korang Detail Scan Kandungan yang dijalankan di Rampai Puteri Medical Centre. Dimana dalam entry tersebut Mrsyanie hanya menceritakan pengalaman dan apa yang dilalui sepanjang scan dijalankan. Kali ini Mrsyanie nak kongsikan dengan korang apa itu sebenarnya detail scan dan penting ke kita jalankan detail scan bagi setiap kandungan?
Detail scan bukanlah satu proses yang wajib bagi setiap ibu mengandung tetapi ianya digalakkan bagi mengetahui akan keadaan dan kesihatan kandungan yang sedang membesar dalam perut setiap ibu mengandung. Kebanyakkan ibu mengandung akan ditawarkan ‘detailed scan’ pada usia kandungan 20-24 minggu untuk memastikan samada bayi membesar secara normal atau tidak. Ia dipanggil detailed scan atau anomaly scan. Ia dibuat untuk mengesan sebarang ketidaknormalan pada bentuk fizikal bayi dan tumbesaran. Semasa lawatan peringkat awal kehamilan, doktor selalunya akan memberikan penerangan tentang tujuan dan faedah detailed scan ini, walaubagaimanapun, ia cuma satu pilihan dan bergantung kepada korang untuk menjalani ujian ini atau tidak.
Kepentingan Detail Scan Bagi Kandungan Ibu Mengandung
Detail scan selalunya akan di buat oleh Pakar sonografi bertauliah dan mengambil masa 30-40 minit. Dia akan menentukan usia kandungan dan membandingkan dengan usia bayi yang diukur. Jantung, tangan dan muka akan diimbas dan seterusnya organ-organ yang lebih kompleks seperti otak, buah pinggang , degup aliran jantung, lengan, jari, tulang belakang, perut, tali pusat, muka dan sebagainya akan dianalisa secara terperinci untuk memastikan ia dalam keadaan yang baik.

Kepentingan Detail Scan bagi kandungan Ibu mengandung ini jugak dapat mengesan kecacatan bayi seperti kecacatan muka seperti mengesan sumbing, struktur kecacatan jantung, organ-organ bayi seperti kaki dan sebagainya. Namun, scan ini hanya boleh mengesan 70-80% kecacatan fizikal bayi tetapi bukan kecacatan otak bayi seperti sindrom down. Pakar sonografi juga akan membuat ukuran kepala, tulang paha dan ukur lilit perut untuk memastikan tumbesaran bayi berada dalam kadar memuaskan.
Sewaktu Mrsyanie jalankan detail scan di Rampai Puteri Medical Centre, doktor pakar melihat hampir terperinci sebagai contoh di bahagian jantung sahaja doktor melihat hampir 11 perkara terperinci. Cuma Mrsyanie kurang paham kerana menggunakan bahasa saintifik. Tetapi alhamdulillah doktor memberitahu bahawa kandungan dalam keadaan sihat dan sempurna. Keadaan dan lokasi uri juga akan ditentukan untuk memastikan ia dalam kedudukan normal. Secara ringkasnya, detailed scan dibuat untuk mengesan sebarang kecacatan fizikal yang mungkin dialami oleh bayi yang dikandung.
Apakah ketidaknormalan yang boleh dikesan oleh ‘detailed scan’ ini?
- Anencephaly ( tiada otak ) – 99 peratus
- Exomphalos/gastroscisis (masalah perut / kecacatan pada dinding abdomen) – 90 peratus
- Spina bifida (masalah saraf tunjang) – 90 peratus.
- Keabnormalan utama tangan dan kaki (ketiadaan atau tangan atau kaki atau terlalu pendek) – 90 peratus.
- Diaphragmatic hernia (lubang pada otot di sempadan dada dan abdomen) – 60 peratus.
- Hydrocephalus (air berlebihan dalam otak) – 60 peratus
- Masalah buah pinggang
- dan lain-lain
Kepentingan Detail Scan bagi kandungan Ibu mengandung bukanlah kita dapat menentukan secara keseluruhan apa yang terjadi pada kandungan ianya hanya apa yang dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Ada juga masalah yang tidak dapat dikesan melalui detail scan antaranya Autisme, Palsi serebrum dan Syndrome Down juga sukar untuk dikesan secara awal sewaktu scan. Semuanya bergantung kepada Tuhan yang menentukan akan kesihatan kandungan bayi, cuma ianya salah satu proses yang boleh dijalankan untuk mencegah lebih awal atau persediaan lebih awal bagi setiap pasangan yang bakal menimang cahaya mata.
Alhamdulillah sicomel fhjunior dah masuk hampir 8 bulan. Mrsyanie harap korang dapat doakan sicomel panjang umur, kesihatan yang sihat, pembesaran yang sempurna dari segi akal dan fizikal dan dilindungi oleh Allah SWT. aamin. Jangan lupa like video Mrsyanie ini di Youtube tau: https://www.youtube.com/watch?v=XRKN9gWNdzE
Sumber maklumat:
http://rampaiputeri.com & http://menjaringimpian.blogspot.my & http://mamalolapapabobo.wordpress.com
Semoga Yanie dan baby diberi kesihatan yang baik..tak sabar nak tengok baby..huhu..baby cute!
moga dpermudahkan buat yanie.. inshaa Allah. x sbr tgk baby
Scan sangat2 penting, wajib jugak. Kalau boleh yang paling terang scanning boleh dapat untuk kenalpasti tahap kesihatan anak dalam perut. 😀