Assalamualaikum w.b.t | Kopi Organik Buatan Anak Tempatan | Ramai yang suka dengan Kopi, terutamanya kopi tu penuh dengan bau aroma yang sangat enak. Menarik tentang TheKoppi rasa sebenar aroma Kopi organik yang tiada campuran lain.
Antara kopi dengan susu kambing, Mrsyanie lebih gemar susu kambing tau.
Yelah Mrsyanie bukan seorang ”coffee lover” tapi Mrsyanie suka dengan bau kopi. Aroma dia memang menenangkan fikiran. Baru-baru ini Mrsyanie diperkenalkan dengan satu jenama kopi yang dihasilkan dan diladangkan oleh anak tempatan kita iaitu TheKoppi. Lagi yang mengejutkan Mrsyanie rupanya ladangnya terletak di Sungkai Perak jew, fuh dekat sangat dengan tempat Mrsyanie.
The Koppi, Pembuatan Kopi Tradisional
TheKoppi rasa sebenar aroma kopi organik merupakan keluaran bumiputera yang diproses sendiri secara tradisional dan yang penting bebas bahan kimia. Ianya dihasilkan secara organik dan dijaga akan kualiti dari biji kopi hingga menjadi serbuk kopi yang sangat halus. TheKoppi rasa sebenar aroma kopi organik adalah 100% roasted beans organik, tiada lemak (mentega) dan tiada campuran bahan lain yang menyebabkan rasanya lebih kuat dan pekat.
Bukan mudah rupanya untuk hasilkan serbuk kopi yang bermutu tinggi tau. Tambahan bila kita proses secara tradisional kerana ingin mengekalkan kualiti serbuk yang akan dapat. Permulaan proses mestilah dimulakan dengan petik buah-buah kopi. Korang tau tak bentuk buah kopi ? Ha bawah ini lah rupa sebenar buah kopi yang akan diproses sehingga jadi serbuk kopi berwarna hitam tu.
Proses Pembuatan Kopi
Selepas proses petik dan pengasigan kulit, buah kopi akan dipecahkan dengan penggunakan mesin pulper dan akan berlaku pula proses ”Fermentation Process”, iaitu proses merendamkan biji kopi yang telah di kopek kulitnya. Ianya dilakukan selama 3 hari tau bagi betul-betul selaput hilang. Yang penting air rendaman akan sentiasa ditukar untuk menjaga kualiti kopi.
Selesai 3 hari dilakukan ”Fermentation Process”, biji kopi yang terhasil akan dikeringkan dengan kaedah jemuran didalam bekas aluminium atau talam besi, ini kaedah paling cepat tau. Cepat pun ianya mengambil masa selama 4 hari hingga 7 hari jugak lah nak betul-betul kering. Wow, baru proses nak kering jew. Inilah kelebihan The Koppi punya cara penghasilan tau, rumit tapi kualiti tiptop.
Belum habis lagi prosesnya, kemudian kopi yang dah kering tu akan ditumbuk untuk mengeluarkan tempurung yang masih ada. Pastu perlu buat proses pengasingan tempurung dan biji kopi pulak, ini proses perlu dilakukan secara manual jugak. Ok sebab tu Mrsyanie suka beli jew, nak buat tak terdaya lah huhu.
Bila dah selesai di asingkan , biji kopi tersebut akan di panggang dengan mesin khas untuk pemangang biji kopi. Bukan panggang atas api tau, tetapi cara memanggang adalah menggunakan pemanggang yang mempunyai fungsi angin panas (hot blower) macam hair dryer tu tapi ini khas untuk kopi. Selesai jew biji kopi tu akan disimpan selama 3 hari pulak untuk dapatkan aroma kopi yang harum dan memukau tu, iainya dipanggil proses Degasses. Akhir sekali baru dikisar untuk dapatkan bentuk serbuk.
Ha rumit kan, sebab itu jangan lah berkira sangat nak beli kopi. Bukan mahal pun janji korang minum kopi yang organik, selamat dan bermutu untuk perut sendiri jugak kan.
TheKoppi Rasa Sebenar Aroma Kopi Organik
Bila sampai sahaja bungkusan The Koppi, terus Mrsyanie buka sebab nak bau sendiri kopi yang organik. Buka sahaja ermm… sedap dan harum sangat bau kopinya. Tenang jew dapat bau serbuk The Koppi, itu belum rasa lagi. Mrsyanie minum kopi mesti nak letak susu, kalu kopi kosong Mrsyanie agak liat sket nak habiskan. hihi.. Mrsyanie terus masak air panas untuk bancuh kopi, dengan hanya sesudu serbuk The Koppi diletakkan dalam teko. Serbuknya sangat halus dan kalau guna penapis biasa masih lagi ada serbuk.
Tapi tak pelah penapis tu je yang ada kat rumah, letak sket susu ehh kenapa tak pekat sangat. Baru Mrsyanie teringat yang Encik Gee owner The Koppi ada bagitahu yang kalau kopi pekat hitam-legam itu kerana ada campuran bahan lain seperti gandum , marjerin , garam , dan lain-lain. Tapi bau kopinya sangat lah harum wei, tak kisah lah warna nya kan yang penting TheKoppi rasa sebenar aroma kopi organik. Janji organik, selamat untuk badan dan sedap sangat rasa kopinya tau. Bercawan pulak Mrsyanie minum walaupun masih ada serbuknya tapi tak putuskan selera untuk minum tau.
Kelebihan TheKoppi Rasa Sebenar Aroma
- Dihasilkan secara eklusif serta organik
- Dipetik segar satu persatu dengan tangan
- Keluaran yang terhad setiap batch
- Kualiti sentuhan tersendiri atau artisan
- Handroasted atau di panggang sendiri
- Rasa yang unik, betul-betul rasa kopi yang sebenar
- Bebas bahan kimia dan bahan tambahan seperti marjerin , gula , garam , bijan , gandum , arang dan tempurung kelapa
- Rendah kandungan kafein , tidak menyebabkan sakit perut , sakit kepala , migrain , mual , lesu badan atau yang alah kafein
- Bebas bau kopi dalam urine , ia di proses sendiri bukan OEM
- Menjadi milkbooster ibu-ibu dan banyak lagi kelebihan The Koppi ni
The Koppi ini sekarang dah meluas dipasaran tau, dah keluar kat TV Al-Hijrah dan Sinar Harian pun tentang produk kopi organik ni. Serius kopinya sangat sedap dan harum aromanya, bagi yang tak minat sangat minum kopi macam Mrsyanie, korang patut cuba sendiri The Koppi kerana ianya akan memukau rasa tekak korang supaya menjadi penggemar kopi organik.
Untuk maklumat lanjut
TheKoppi Rasa Sebenar Aroma
Facebook: Www.facebook.com/thekoppi
Instagram: @thekoppi
Whatsapp: Www.wasap.my/60189235644
Till Next Entry ye!!!
yanieyusuf.com
Mmg sedap kan kopi ni.. nk repeat lg rasenye
stok the koppi dah habis, kena restock!
Ininmenjaeab pertanyaan Syafi semalam. Macam mana org dulu buat kopi
Beza juga dengan kopi biasa yang ada di pasaran
Saya memang suka kopi, lagi-pagi yang tradisional jenis tumbuk..mmm sedap dan aromanya wangi