ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan

Assalamualaikum w.b.t

Belaian Menawan Sepanjang Hari | Kita ni sebagai seorang wanita paling penting menjaga kesihatan dalaman dan luaran tapi harus diingatkan kelembutan tangan juga mesti dijaga tau. Yelah seharian kita buat kerja rumah, memasak, membasuh kain dan atau yang terdedah pada persekitaran yang berhawa dingin, akan cenderung mengalami kulit kering dan kasar tau.

Enchanteur 24H Moist Losyen Haruman Badan
Enchanteur 24H Moist Losyen Haruman Badan

ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan

Korang mesti kenal dengan produk berasaskan wangian dan penjagaan diri yang terkenal dan tahan lama dipasarana, apa lagi kalau bukan produk jenama Enchanteur. Terkini jenama Enchanteur telah mengeluarkan lagi satu produk penjagaan diri iaitu Enchanteur 24H Moist Losyen Haruman Badan. Ianya mampu membantu dalam memastikan kulit korang sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.

Kalau korang nak tahu moist losyen terbaru ini adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan. Memang sangat wangi dan paling penting ianya membantu melembutkan dan mengurangkan kulit tangan dari kering. Mrsyanie memang wajib letak satu dirumah dan satu di pejabat tau, tak rugi kalau korang beli losyen Enchanteur ni. Sentiasa wangi je tangan korang tau dan boleh dijadikan sebagai wangian semulajadi kita tau. hihi. Kira 2 dalam 1, tangan lembut dan kita sentiasa berbau wangi jew.

yeahh siap dapat botol air comel pinky gitu
yeahh siap dapat botol air comel pinky gitu

3 Variasi Wangian Yang Berbeza

Rangkaian ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan mempunyai 3 variasi wangian yang berbeza dan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Ianya terdiri daripada Charming, Romantic, dan Alluring.

  • ENCHANTEUR Alluring

Wangian Alluring dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri. Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian.

See also  Aktiviti Menarik di Cameron Highlands

  • ENCHANTEUR Charming

Wangian Charming direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated. Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.

  • ENCHANTEUR Romantic

Wangian Romantic dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan. Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban.

Kini, wanita sibuk di rumah mahupun di pejabat boleh menjaga kecantikan dan memanjakan diri sendiri dengan harga yang berpatutan. Serius tak mahal pun kesemua produk Enchanteur, dah lah tahan lama dan harga pun murah tau. Pakej lengkap untuk korang, tak perlu nak membazir beli yang beratus-ratus punya harga tapi kualiti hampir sama.

Rangkaian baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan dijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap botol besaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper, dan farmasi.

 

Untuk maklumat lanjut:

ENCHANTEUR MALAYSIA

 

Website: www.enchanteur.com.my

Facebook: www.facebook.com/EnchanteurMY

Rankaian Produk ENCHANTEUR :  Enchanteur Paris 

 

Till Next Entry ye!!!

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*