Assalammualaikum w.b.t
Makan Sate Bila-bila Masa | Sate Goreng | Sangat mudah sekarang kalau teringin nak makan Sate, dah tak perlu bersusah payah cari kedai sate tengah malam atau awal pagi. Boleh masak dirumah sahaja, janji stok Satay frozen ada dalam simpanan.
Tuah Frozen Food | Sate Goreng
Sate goreng dari Tuah Frozen Food memang sedap dan mudah untuk disediakan. Penyediaan Sate Goreng adalah dari ramuan resepi turun temurun. Yang penting bahan yang disediakan tiada bahan pengawet. Rasanya memang seperti satay biasa tetapi lebih sedap dan terasa seperti ada manis ala-ala madu sedikit. Daging lembu satay goreng ini tak liyat dan sekejap sahaja masaknya. Sama juga dengan ayam dan korang jangan bimbang rasa perapan untuk ayam dan daging lembu sate goreng ini terasa aslinya.
Terdapat 3 jenis Sate Goreng iaitu:
- Sate Goreng Ayam
- Sate Goreng Lembu
- Sate Goreng Kambing
Setiap pembelian Sate Goreng disertakan sekali dengan kuah kacang. Kuah kacang yang disediakan juga adalah frozen. Rasa memang sedap!
Sate Goreng
Cara-cara masak Satay Frozen:
- Keluarkan satay (nyah-beku) kan atau masuk dalam microwave jika nak cepat
- Panaskan minyak yang sederhana dengan api yang sederhana
- Apabila minyak sudah panas, masukkan daging satay dan masak sehingga kekuningan (sehingga masak isi daging satay).
- Siap di makan.!
Korang juga boleh bakar seperti sate biasa, ikut kepada kesesuaian yang korang nak. Mrsyanie nak cepat jew, jadi goreng jew. hihi Setiap paket adalah 400gram dan akan disertakan sekali dengan kuah sate. Harga adalah berpatutan:
- Sate Goreng Ayam: RM15.00
- Sate Goreng Daging : RM19.00
Untuk maklumat lanjut:
Facebook: TUAH FORZEN FOOD
Instagram: TUAHFROZENFOOD
Till Next Entry ye!!!
nyum2.. sdp…
Blog Nurfuzie.com
Sedapnyaa tengok sate tuu. Huhu
Senang la nak cari sate lepas ni
hehe.. camni la ciktie buat masa open house raya puasa tahun lepas