Krabi | Thailand | Trip Honeymoon Krabi | Part 6 | Phi Phi Island | Entry yang lepas Mrsyanie dah ceritakan perjalanan kami dibeberapa pulau pilihan menarik. Dah penat pusing kami dibawa ke Phi Phi Don Island untuk menikmati makan tengahari pula sebelum kita jalankan aktiviti Snorkeling Pulau Krabi. Ianya aktiviti yang wajib korang buat ketika berada di Pulau Krabi.
Trip Honeymoon Krabi
Phi Phi Don Island -Makan Tengahari
Dah penat main air laut, misi memenuhkan perut pulak. Dalam pakej disediakan sekali dengan pakej makan tengahari di Phi Phi Don Island. Konsep makan tengahari yang disediakan adalah secara buffet. Simple menu sahaja tetapi sedap.
Lepas makan kami pun jalan-jalan sementara menunggu masa yang telah dijanjikan. Singgah dulu beli air krim (macam homemade) sangat sedap tambahan pula makan dikala matahari meninggi. Bukan dikedai pun, makcik ini jual menggunakan motor je pun. Korang boleh pilih berapa BHT mengikut cup yang disediakan.
Aktiviti Snorkeling Pulau Krabi di Phi Phi Island
Snorkeling di Lautan Loh Samah Bay
Perut dah kenyang, tekak dah sejuk makan aiskrim apa lagi jom kita snorkeling. Kami dibawa ke tengah laut Loh Samah Bay yang mana air pantainya sangat jernih dan cantik. Dari atas boat pun boleh nampak ikan berenang-renang gembira. Cewahh hihi Nampak tak muka gembira jew nak snorkeling. Jangan lupa gunakan kelengkapan snorkeling yang disediakan.
Dalam tak sampai 5 minit, Mrsyanie dah naik semula sebab tak tahan dengan perut yang senak kekeyangan. Cepat-cepat naik boat. Cari plastik, habis semua makanan yang dimakan tengahari itu. Mabuk laut terus jadinya. sedih jew tak leh snorkeling lelama tau. Jadi tukang ambil gambar Mrlaling jelah sebab dah naik atas boat. Disini kami diberi masa selama 40 minit untuk snorkeling.
Tips Aktiviti Snorkeling Pulau Krabi
Nak kasi tips sket, kalau korang nak snorkeling sangat-sangat tidak digalakkan korang makan terlalu banyak atau kenyang kerana akan membuatkan perut korang ditekan untuk muntah. Jika korang dah biasa tiada masalah tapi jika korang tak biasa. Makan sekadar alas perut dan pastikan sediakan plastik. 🙂
Selesai snorkeling, kami terus dibawa kedarat untuk pulang. Di pantai nanti korang akan nampak ada orang jual gambar-gambar. Boleh lah nak tengok atau beli gambar yang diorang dah siap print. Harga lebih kurang BHT100. Kami terus dihantar semula ke resort oleh pihak tour guide. Sampai je resort kami berehat dulu, kepenatan main air dengan cuaca yang agak panas. Kemana yek petang dan malam kedua kami? Nantikan next entry ok.
BACA: Part 7 – Aktiviti Malam Di Krabi
Till Next Entry ye!!!
yanieyusuf.com
aah yanie klu tak tahan muntah tu mmg wajib..tak pe nxt time pegi dah tau, so makan skadar alas perut jer hihi..nexttt entry lagi please
wa bestttt. rasa macam nak bercuti sekarang juga 😀
best….rindu nak pergi krabi & phuket lagi:)
adehh bila pulak nak dapat pergi krabi berdua ni…
NAK JUGA LA PERGI NANTII
Subhanallah..cantik sangat pemandangan Krabi ni..enjoy sakan ya..
fuh.. best btoi
Bestnyaaa gi Krabi. Nani dah lama aim nak gi sana ;D
bestnye krabi..cantik! nak kna g jgaklah nanti..
waaa beshnye … cantik sungguh, one of my travel list soon hehe 🙂
Best nie.. jom pergi sana. siapa nak join ?.