Assalammualaikum w.b.t
Aliran Transit Massa (MRT) | Terbaru Malaysia melancarkan dan merasmikan projek Aliran Transit Massa (MRT) bagi fasa kedua yang melibatkan kawasan Semantan ke Kajang. Sebenarnya bagus bila Malaysia meningkatkan dan memperbanyakkan lagi kemudahan awam terutamanya bagi sektor pengangkutan. Ianya dapat meningkatkan lagi dan memudahkan para pelancong yang datang ke Malaysia secara backpacker.
Sumber gambar: google.com
Aliran Transit Massa MRT Bagus Untuk Traveller Ke Malaysia
Pengalaman Mrsyanie bila travel secara backpacker, antara faktor yang memudahkan pelancong adalah kemudahan pengangkutan awam setiap negara. Yang terbaru awal tahun ni Mrsyanie ke Korea menggunakan pengangkutan awam sahaja untuk pergi ke satu tempat ke satu tempat yang lain. Sangat penting sebenarnya pengangkutan awam yang mudah dan selesa. Aliran Transit Massa MRT Bagus Untuk Traveller Ke Malaysia kerana pegangkutan train adalah salah satu pengangkutan awam yang dapat menghubungkan satu lokasi ke satu lokasi yang lain dengan jarak yang jauh. Memang sangat penting dan ianya dapat meningkatkan lagi sektor perlancongan dalam negara tersebut.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, tren berkenaan ketika ini di peringkat ujian bagi memastikan operasinya berjalan lancar nanti. “Kita sedang rancak melakukan persiapan iaitu dengan melakukan pelbagai ujian ke atas tren bagi memastikan pergerakannya tidak mengalami sebarang kecacatan.
“Sehingga kini, boleh dikatakan ia sudah 99 peratus siap. Insya-Allah, ia akan beroperasi pada 17 Julai ini,” katanya ketika ditemui di Majlis Penghantaran Kapten Tren Haji Al Mashaaer Al Mugaddasah Metro Southern Line (MMMSL) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang, hari ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini memilih tarikh unik 17 Julai 2017 sebagai tarikh istimewa bagi pelancaran operasi fasa kedua itu membabitkan laluan sejauh 30 kilometer (km). Sumber –www.hmetro.com.my
Bila MRT Fasa kedua ini dilancarkan Mrsyanie yakin ini salah satu kemudahan yang dapat digunakan oleh pelancong dan rakyat Malaysia sendiri bagi memudahkan pergerakkan. Paling penting ianya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Mrsyanie berharap agar ianya diperluaskan lagi dan dijaga kualiti keselesaan dari awal sampai bila-bila supaya ianya bukan sekadar mewujudkan kemudahan sahaja.
Untuk Tips Travel: KLIK
jom pekena satay kajang, pastu sambung p times square. fuhh
haah lah..jom jom kita buat trip berjalan-jalan dengan MRT …
Dah plan weekend ni nak naik dari Sg.Buloh ke Kajang.
Pastu pekena Satay Samuri. Wallaaa…!!
wow mcm best jew..
dengan adanya pengangkutan awam baru MRT ni harap2 dapat la mengurangkan jammed di jalan raya hehe
betul.. lagi satu harap dapat mgekalkan keselesaan jugak hihi
bila laaa nak rasa ni hehhehee
belum rasa lagi naik mrt ni..payah ajak somi kita..haha