Assalammualaikum w.b.t

Peluang Beramal Di Bulan Ramadhan |  Alhamdulillah tahun ini Mrsyanie berpeluang untuk turut serta dalam satu program amal bersama dengan anak-anak yatim dan asnaf. Tiada yang dapat Mrsyanie ungkapkan lebih kerana rasa bertuah untuk turut serta dalam program ini bukan kerana kerja semata tetapi lebih kepada amal. Mrsyanie nak sama-sama meriahkan dan gembirakan anak-anak semua. Teringin sangat nak bawa anak-anak sendiri membeli belah keperluan raya tapi masih belum dikurniakan, doakan ye Mrsyanie ye aamin. Bila dapat ruang seperti ini memang tak lepaskan peluang dan menjadi satu pengalaman yang sangat berharga buat Mrsyanie tau.

Sentuhan Kasih Ramadhan Kopi Badang
Sentuhan Kasih Ramadhan Kopi Badang

Program Sentuhan Kasih Ramadhan Kopi Badang

Kalau korang nak tahu program ini sebenarnya adalah satu program Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang diberi nama Sentuhan Kasih Ramadhan yang disiarkan setiap hari khamis jam 8.30 malam. Episod kali ini adalah episod ‘Konvoi Amal Meniti Raya’ dimana penaja utama dalam program ini adalah Kopi Badang dan turut bekerjasama dengan dengan PWID Design&Build, Arte Grande.

Kopi Badang turut membawa barisan duta-duta kecil artis mereka seperti Ronnie Hussien, Maya Matahari, Zur Eda, Nizam Laxmana dan Along Exist bagi menjayakan dan meriahkan program ini.

Program Sentuhan Kasih Ramadhan Kopi Badang
Program Sentuhan Kasih Ramadhan Kopi Badang

Program ini adalah sebuah program bantuan bagi golongan Asnaf dan Anak Anak Yatim dalam membuat persediaan menyambut Syawal yang tidak lama lagi. Alhamdulillah dan terima kasih kepada Kopi Badang selaku penaja utama dalam program yang sangat mulia ini. Bukan kata shopping raya sahaja malah anak-anak ini turut diraikan bersama berbuka puasa (iftar).

Konvoi Amal Meniti Raya

Teruja sangat Mrsyanie nak shopping raya dengan anak-anak yatim dan asnaf dari Rumah Opah Hasnah Klang. Rumah Opah Hasnah ini diusahakan oleh seorang opah berusia 75tahun iaitu Puan Hasnah yang sanggup memikul tanggungjawab dalam menjaga anak-anak yang ditinggalkan dan kurang kemampuan. Mrsyanie sempat bertanya kepada salah seorang penjaga rumah opah, beliau seorang ibu tunggal yang bersama menetap di rumah opah dan membantu opah. Asalnya rumah ini adalah rumah opah sendiri tau yang mana dia menjaga cucu dan rasa tanggungjawab untuk menjaga anak-anak yang ditinggalkan.

Bagi opah, dari anak-anak ini terbiar diluar sana lebih baik opah menjaga sebaik-baiknya anak-anak ini. Kini hampir 20 orang anak-anak yang dijaganya termasuk cucunya dengan bantuan dan sumbangan orang sekeliling. Sifat mulia nya membuatkan ramai yang sudi memberi bantuan termasuk Kopi Badang yang telah menaja program membeli keperluan raya bersama-sama dengan Pusat Pakaian Hari Hari.

Program Sentuhan Kasih Ramadhan RTM

Program ini telah bermula seawal sahur lagi tapi Mrsyanie tak bekesempatan untuk turut serta, jadi Mrsyanie dan rakan lain dah siap-siap tunggu di Pusat Pakaian Hari Hari yang terletak di Ole Ole Shopping Centre Shah Alam seksyen 18. Dari jauh dah dengar bunyi kereta sport dengan ekzos yang sangat kuat. Rupanya anak-anak ini diberi peluang untuk menaiki kereta yang mewah pada hari tersebut. Diorang turun sahaja terpapar wajah kegembiraan diraut wajah anak-anak ini.

Tapi Mrsyanie pula yang rasa sayu tapi cekalkan hati di depan diorang dan Mrsyanie tak nak diorang nampak sayu diwajah kami bila melihat mereka. Mrsyanie bangga dapat turut serta dalam Program Sentuhan Kasih Ramadhan Kopi Badang kerana ia sangat bagus dalam meraikan anak-anak ini supaya mereka dapat merasa seperti anak-anak yang lain.

Mrsyanie dapat peluang untuk pakaikan baju untuk diorang cuba dan Mrsyanie terasa seperti mak diorang tau. Ya Allah, ini satu pengalaman yang sangat berharga buat Mrsyanie. Ragam dan telatah diorang menciut hati Mrsyanie. Ada yang nak baju princess, ada yang nak baju Melayu dan macam-macam lagi.

Kopi Badang Iftar Bersama Anak-anak  Rumah Opah

Selesai membeli keperluan raya, anak-anak ini terus dibawa ke Ruang Event Space, Shah Alam untuk acara iftar pula. Sementara menunggu waktu berbuka puasa mereka dihiburkan dengan persembahan dari artis-artis duta Kopi Badang yang diiringan dengan irama gitar akustik oleh Along Exist.

Iftar Kopi Badang di Ruang Event Space
Iftar Kopi Badang di Ruang Event Space

Owner Kopi Badang bersama Opah
Owner Kopi Badang bersama Opah

Dapatlah Mrsyanie bergaul mesra dengan anak-anak rumah opah, seronok diorang menceritakan pengalaman diorang naik kereta sport dan beli baju raya tau. Selepas berbuka, anak-anak diberikan duit raya dan Kopi Badang berbesar hati memberi sumbangan kepada opah atas jasa mulia opah yang telah membesarkan anak-anak ini. Bangga Mrsyanie dengan sifat opah yang jarang ada pada semua orang. Mungkin Mrsyanie sendiri pun tidak mampu untuk membuat seperti opah lakukan.

Habis program dalam 9.00 malam Mrsyanie gerak balik tapi sempatlah layan bercawan-cawan Kopi Badang supaya tak mengantuk sepanjang perjalanan pulang Mrsyanie. Pembelian Kopi Badang korang boleh klik sini. Terima kasih Kopi Badang dan Mrlaling yang izinkan Mrsyanie turut serta dalam Program Sentuhan Kasih Ramadhan Kopi Badang.

Korang jangan lupa tau tonton program ini yang akan ditayang kan di saluran RTM pada hari khamis jam 8.30 malam dan siaran ulangan pada hari Jumaat jam 5.30 pagi.

 

Till Next Entry ye!!!
yanieyusuf.com

You may also like

10 Comments

  1. pernah berbuka dengan anak yatim ,,,, rasa sebak dan rasa mcm bersalah pulak atas syukur selama ini … huhu mesti diorang happy dapat shopping menyambut raya macam ni

  2. Program mcm ni bagus untuk pembersihan jiwa
    kita dekat dgn anak yatim dan peluang utk banyakkan doa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *