Assalammualaikum w.b.t
Tercabar Untuk Rasa Kopi Badang | Rasa ketagih tahap gian kalau tak dapat tau. Betul lah kata abang Ben Ashaari, jangan mencuba nanti ketagih. Bila sekali cuba, pasti nak lagi tau. Tapi bila orang kata ”jangan”, rasa ayat tu mencabar diri dan menbuak-buak lagi rasa dihati ni nak mencuba tau. Tak kira lah nanti orang kata tahap menyesal sekali pun, Mrsyanie nak jugak rasa. Degil!!
Ketagih Dengan Keenakkan Kopi Badang
Sesuai dengan tagline yang diberikan ”Minum secawan nak bercawan-cawan”, habis kami ketagih dengan keenakkan Kopi Badang yang mempunyai aroma dan rasa kopi antarabangsa. Sebelum ini Mrsyanie hanya mendengar jew bila diorang cerita tentang Kopi Badang terutama Abang Ben. Kemudian Papa Amyzal pulak dok promote pasal Kopi Badang. Yanie? Ermm tak minat.. Yelah Mrsyanie bukan peminat kopi jadi tak terliur pun nak rasa.
Tapi semalam sempena Program Sentuhan Kasih Ramadhan kami dihidangkan dengan air Kopi Badang sewaktu berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan asnaf. Bau kopi Badang menusuk diruang hidung ni waktu diorang bancuh kopi tu. Ya ampun, sedapnya bau dia walaupun lagi 30 minit nak berbuka rasa tak tahan nak minum tau.
Kami Ketagih!
Mrsyanie tak pernah pun minum Kopi Badang memang tak tahu pun rasanya sebelum ini, rasa tercabar plak nak rasa kopi ni tau..hihi Tapi bila sekali Mrsyanie rasa secawan Kopi Badang, fuh Mrsyanie tak usik air lain dah, hanya ulang dan terus ulang ambil air Kopi Badang ais jew. Sedapnya!! rasa ketagih dah dengan kopi Badang ni.
Huwaa malu pulak Mrsyanie asyik ulang ambil air Kopi Badang, erm.. tak kisah lah memang sedap sangat. Makan pun sket jew sebab Kopi Badang cukup memberi tenaga semula selepas penat seharian. Diorang ada sediakan kopi panas atau kalau nak ais pun boleh. Tapi bulan puasa ni, nikmat pulak dapat ais kan. Rasanya cukup pekat dan secukup rasa manis jew rasanya. Paling memukau adalah bau aroma kopinya. Betul lah orang kata kopi ini jugak boleh mengurangkan rasa tekanan (stress) kerana bau aroma kopi yang menyenangkan.
Yang kelakarnya waktu program semalam, dekat atas meja kami disediakan paket-paket Kopi Badang untuk para media dan tetamu. Jadi pakat-pakat agihkan untuk bawa pulang yang jadi mangsa tak dapat paket kopi adalah abang Ben, yelah siapa suruh goda kami dengan air Kopi Badang. Kan kami dah jadi ketagih haha. Agihan hanya untuk Mrsyanie dan Kak Nani jew, untuk abang Ben kami tak masukkan sekali hihi..
Rezeki di bulan Ramadhan katanya alhamdulillah, akhirnya sebelum kami balik pihak Kopi Badang bagi kami seorang satu kotak. Rasa nak melompat bintang dah kat situ. Fuh kawal-kawal perasaan jangan nampak ”ciwi” sangat hihi.. Terima kasih Kopi Badang .
Balik jew rumah, terus Mrsyanie buatkan secawan Kopi Badang untuk Mrlaling. Pengubat hati konon sebab semalam dia terpaksa berbuka puasa seorang kan. Akhirnya dia pulak ketagih nak lagi Kopi Badang. Dalam sejarah tak sampai 24 jam dia layan minum Kopi Badang 3 paket tau hihi..
Untuk pengetahuan korang, Kopi Badang sedang lancarkan kempen istimewa untuk semua stokis diorang. Hadiah yang cukup lumayan iaitu kereta Toyota Velfire atau Mercedes Benz bakal diterima oleh stokis yang sah berdaftar tau. Korang tak nak ke? Duit dapat, pelbagai insentif pun dapat dengan Kopi Badang.
Kopi Badang Malaysia
- PREMIER VICTORY ENTERPRISE – 07 232 6124
- HISHAM NORDIN – 019 779 2211
- KAMARUL ARIEF – 018 388 5985
Nasib laa Aben kena pergi cari sendiri Kopi Badang kan hehehe
Mmg bes.. dh mnum dh.. hehehe
Huhuhu nak try gak kopi ni. Tak rasa rasa lagi. Mcm sedap gila je semua org cakap.
wahhh mcm best je.boleh try ni..
Hahaha padan muka. Sapa nak order meh ws Papa Amyzal 0197610010. Minum secawan nak bercawan-cawan…kenxxxx!!!!
teringin nk try.. hehe lama tinggalkan kopi
Yelah..memang ketagih..mudah kerja…anak-anak pandai buat sendiri, jadi bila teringin tu dorg bancuh jela sendiri
Memang betul sekali minum kopi ni memang akan ketagih, nak pulak kopi yang sedap. Tapi akak memang tak minum kopi, cuma nak beli kat husbandlah.