Assalammualaikum w.b.t
Perhatian Untuk Wanita | Wanita memang tak dapat dipisahkan dengan kecantikkan luaran tapi paling utama sebenarnya adalah kecantikkan dalaman barulah lahirnya kecantikkan luaran. Betul tak? Tambahan wanita yang dah berkahwin dan melahirkan anak lagi kena jaga kecantikkan serta kesihatan dari dalaman. Ibu Mertua mrsyanie selalu cakap jaga badan seawal yang boleh untuk kelihatan segar, cantik dan sihat. Katanya lagi bagus mengamalkan ubat-ubat dari herba asli dan bukan yang diproses. Korang ingat tak petua mandian herba yang Mrsyanie kongsikan, petua untuk kekal cergas dengan mandian tradisional. Itu petua turun temurun dari keluarga mertua tau. Kali ini Mrsyanie nak kongsikan pula cara kekal cantik dan bertenaga dibulan Ramadhan dengan ubat-ubat herba asli.
Ubat Periuk Rahsia Kecantikkan Wanita Secara Semulajadi
Korang pernah tak dengar tak tentang ubat periuk yang kini menjadi viral di media sosial. Ubat Periuk rahsia kecantikkan wanita secara semulajadi yang kini diperkenalkan meluas untuk kecantikkan dalaman setiap wanita. Mrsyanie yakin pasti ramai yang tahu akan khasiat ubat-ubatan herba semulajadi kan, ianya adalah petua kecantikkan yang diamalkan oleh nenek moyang kita dulu sebelum adanya ubatan moden. Kini ianya mendapat sambutan kembali kerana ramai wanita yang sedar akan khasiatnya.
Ubat periuk ini diperkenalkan oleh kawan sewaktu Mrsyanie belajar dulu. Katanya ia bagus untuk menjaga kesihatan dan kecantikkan dalaman, Mrsyanie memang teruja sebab dah biasa didedahkan dengan perubatan herba ini sejak Mrsyanie kahwin. Kini bila kata ada je ubat periuk herba semulajadi ini memang nak sangat, bukan senang nak cari akar-akar kayu ni. Tak dapat dah nak cari tepi-tepi rumah terutamanya kalau dibandar, mana nak cari dalam hutan kan. Jadi dengan ada nya Ubat periuk ni memudahkan lagi warga kota khususnya.
Ianya sesuai juga digunakan ketika pantang tau, bila Mrsyanie perkenalkan pula kepada rakan yang lain. Rupanya ada yang dah amalkan ubat periuk ni sewaktu mereka berpantang. Ianya mengandungi 24 jenis herba yang pelbagai dan selamat.
Kelebihan Ubat Periuk:
- Awet muda
- Untuk membersihkan darah kotor
- Untuk bersihkan rahim
- Merawat masalah senggugut
- Melawaskan darah haid
- Melancarkan pengeluaran susu
- Menegangkan otot2 perut
- Mengeluarkan angin dalam badan
- Menstabilkan hormon
- Melancarkan perjalanan darah
- Merawat keputihan
- Merawat sakit2 lutut, sakit belakang
- Mengempiskan perut
- Membuang toksik dalam badan yang menyebabkan lemak berkumpul (khusus di bahagian perut)
Cara-cara Rabusan Ubat Periuk:
- Ambil 1 pek dan rebus kesemua yang terdapat dalam 1 pek dengan 10 gelas air. Panaskan sehingga ianya mendidih menggunakan api yang perlahan.
- Untuk hari berikutnya panaskan sahaja dan jika air berkurangkan tambahkan lagi air serta didihkan semula.
Minum ubat periuk ni 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Tak kisah korang nak minum sebelum makan atau selepas makan, janji setiap hari korang minum untuk dapatkan khasiatnya. Mrsyanie akan minum waktu suam-suam, jadi sekali minum jew. Kalau panas atau terlalu sejuk pun tidak sesuai. Harganya sangat murah dan berbaloi tau. Ianya berharga RM15.00 sahaja dan boleh digunakan sehingga 10 hari secara panaskan, bagi Mrsyanie jika kurang air tambahkan sedikit dan mendidihkan semula dengan api yang perlahan.
Untuk maklumat lanjut:
Ubat Periuk (Siti Zainab Shahidan)
No Tel: +60 12-2212827
Facebook: ctzainab.shahidan
Murahnya dik yani RM15 sahaja…boleh guna panaskan byk kali wauuuu…cuma tu la nak telan tu kena pejam mata sikit hehe