Assalammualaikum w.b.t
Lokasi Menarik Untuk Iftar 2017 | Alhamdulillah dah 2 hari kita berpuasa dan semoga ianya akan terus diberkati dan dipermudahkan segala urusan aamin. Pasti ramai yang balik kampung untuk berbuka puasa atau iftar bersama keluarga tercinta kan. Mrsyanie juga tidak ketinggalan untuk berbuka puasa dengan Mak, Kakak, Adik dan Keluarga Mertua. Hari ni dah bermula kerja jadi pasti ada yang tak sempat untuk balik masakkan? Sama macam Mrsyanie, jika hari kerja memang tak sempat nak balik masak. Selalu beli je kat bazaar atau makan berbuka di luar.
Jom Makan Set Berbuka Puasa di Coffee Societe Publika
Mrsyanie nak cadangan pada korang satu lokasi yang menarik untuk korang berbuka puasa tau. Harga pun berpatutan dengan kuantiti yang super banyak. Memang mengenyangkan dan korang juga boleh order pelbagai lagi menu menarik yang ada disini tau. Cafe Coffee Societe antara cafe yang menyediakan set berbuka puasa menarik yang terletak di Publika Kuala Lumpur.
Minggu lepas Mrsyanie sempatlah berdating dengan Mrlaling sebelum puasa hari tu. Tapi bukan berdua tau, kami berdating ramai dengan rakan blogger yang lain. Lagi pun minggu gaji dapatlah berjalan jauh sket hihi.. Pilihan cafe kami untuk santai ramai-ramai adalah di Coffee Societe kerana Mrsyanie dah pernah rasai hidangan yang disediakan sebelum ni, memang sedap dan tidak pernah mengecewakan. Kali ni sempat kami rasa satu hidangan baru sempena Ramadhan 2017 di Coffee Societe ni. Hidangan set yang diberi nama ”Jom Makan” menawarkan set lengkap untuk setiap pengunjung yang hadir.
Set Jom Makan Ramadhan 2017
Hidangan istimewa sempena bulan puasa kali ini menawarkan set lengkap iaitu set Ayam Kapitan yang dihindangan sekali dengan Nasi Orange dan Kerabu Ikan yang lazat. Ia juga melengkapkan set dengan Teh Tarik Milk Tea bersama Bubble Pearl serta kuih-muih. Cukup lengkap set Jom Makan yang berharga RM25.00 sahaja.


Ayam Kapitan yang disediakan memang sedap dan macam ala-ala rendang cuma ada rasa keunikkan disitu. Nasi pula dinamakan Nasi Orange kerana diwarnai warna orange dan rasa memang fuh sedap!. Bagi Mrsyanie hidangan yang cukup lazat dan serius kenyang.
Sajian Menarik di Coffee Societe
Selain dari set Jom Makan, cafe juga menyediakan pelbagai lagi juadah menarik. Ianya pasti menjadi satu kelainan dalam juadaha berbuka puasa korang. Jika korang yang berdiet, disini juga menyediakan hidangan yang lebih sihat dan santai untuk korang nikmati ketika berbuka puasa. Apa lagi misi kuruskan badan boleh diteruskan..yeahh!!



Hidangan air yang menjadi kegemaran Mrsyanei kalau ke Coffee Societe adalah Mochatella, dimana ia adalah gabungan coffee cubes, nutella dan susu. Fuh terliur rasanya dikala bulan puasa ni tau. Jadi korang boleh lah cuba rasai Jom Makan Set Berbuka Puasa di Coffee Societe Publika. Tak perlu nak kelang kabut balik masak atau bersesak-sesak di bazaar Ramadhan. Buat tempahan siap-siap dan datang untuk menikmati hidangan jew. Parking kereta pun mudah tau. Selamat berbuka!
Untuk maklumat lanjut:
Menarik betul makanan kat sini. Good sharing
dekat Publika ni memang dekat dengan ofis IQ, tapi jauh dari rumah. huhu. menu dia nampak sedap, tapi kenapa tengok entry ni pagi2 buta? dah kruk kruk perut dibuatnya. hehe
thanks sharing , tapi jauh la hehhee
sedapnya
.terliurrr aih
Bestnya..ngences plak tgk menu…
Comelnya pic awak dan HB. Tempat yang selesa. Makanan pun sedap. Memang terbaik lepak sini.
alamak.. mochatella tu terigat ingat laa. sedap
lamb tu menggoda tau
hipster dan nampak selesa
JanjiKita
aiseh.
jauh plak dengan rumah.
Terimaksih informasinya snagat bermamfaat