Assalammualaikum w.b.t
Kini Lebih Awek Muda | Sekejap sahaja masa berlalu, sabtu ini dah nak mula puasa bagi tahun 2017. Tahun ini Mrsyanie Raya tanpa Abah disisi tapi Abah sentiasa ada didalam hati Mrsyanie. Tak tau lah bagaimana nak sambut raya nanti. Tapi yang pasti Mrsyanie kena redha dengan segala ketentuan. Jadi Mrsyanie tak mahu muka kelihatan kusam dan bekerut jew. Mrsyanie perlu kelihatan lebih berseri walaupun tiada siapa tahu isi hati Mrsyanie kan.
Terbaru Kembali Persona Dengan VOQQ Skincare
Mrsyanie baru ni diperkenalkan dengan satu produk yang mengekalkan ramuan dari unsur semulajadi. Paling Mrsyanie suka produk ini kerana ia menggunakan sumber dari extract buah Tomato. Semua dah tahu bahawa buah Tomato bukan sahaja untuk makan tetapi ianya juga memberikan zat kepada kulit. Buah Tomato adalah salah satu sumber semulajadi yang bagus dalam bidang kecantikkan. Ianya mempunyai khasiat yang terbaik dalam penjagaan wajah. Buah tomato adalah salah satu rahsia organik yang terbaik untuk penjagaan kulit yang sihat, flawless dan berseri. Menggosok buah tomato pada kulit wajah mampu mengurangkan kesan selaran matahari dan menyerikan wajah.
VOQQ Skincare merupakan produk terbaru kembali persona Dengan VOQQ Skincare. Produk skincare yang lebih mementingkan sumber 100% Natural tanpa bahan kimia dan kandungan utamanya adalah buah Tomato. Ia memfokuskan kepada Refreshing, Whitening & Glowing. Pengasas VOQQ Skincare adalah Datin Nur Samsidar dan kini Datin berkongsikan rahsia Datin kelihatan anggun, berseri dan flawless. Siapa tak mahu cantik macam Datin kan, Mrsyanie pun nak cantik dan bersih wajah terutama di Hari Raya nanti. Time tu lah semua saudara-mara berkumpul, jadi kena lah guna dari sekarang baru nampak kesan dipagi raya.
Rangkaian produk VOQQ Skincare terdiri daripada produk Anti Ageing Cream dan produk Facial Wash (pencuci muka). Jangan risau produk Voqq Skincare semestinya diiktiraf dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berdaftar secara sah, NOT170404302K.
VOQQ Facial Wash
Tomato + Oat Facial Wash merupakan produk pembersihan yang mencantikkan kulit dengan sumber nutrisi Lycopene. Ia membantu dalam pemulihan kulit dan mengikut kajian dengan penggunaan secara berterusan produk Voqq Facial Wash selama 2 hingga 3 bulan mampu mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran radiasi matahari sebanyak 30%. Selain itu, ia membantu menghapuskan garis-garis halus dan kedutan serta melindungi kulit wajah dari unsur-unsur berbahaya seperti sinaran UV dan radikal bebas.
Kandungan utamanya adalah Tomato dan Oat. Oat juga bagus untuk penjagaan kulit wajah terutamanya dalam membantu merawat kulit yang berjerawat dan memudarkan bekas-bekas jerawat.
Kelebihan VOQQ Facial Wash
- Diekstrak dari tomato yang kaya dengan sumber lycopene, yang membantu kondisi kulit untuk kekal muda dan anjal seperti kulit bayi. Malah lycopene membantu melindungi kulitdaripada sinaran UV.
- Membantu melambatkan proses penuaan dan kedutan pada wajah.
- Membantu mencerah dan menyerikan kulit kusam.
- Dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah
- Di adun bersama oat untuk membantu menormalkan pH kulit sehingga dapat meredakan gatal atau rasa tidak nyaman pada kulit.
- Membantu menyerap kelebihan minyak, menghilangkan bakteria pada wajah, serta membantu pengelupasan kulit mati.
- Merupakan pelembab alami yang dapat menenangkan kulit sensitif dan kering, membantu menjaga kelembaban almi kulit, sekaligus memiliki efek anti-oksidan
Cara Penggunaan :
Penggunaan pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. Basuh muka dengan air suam dan urut perlahan-lahan ke seluruh muka dan leher. Bilas sehingga bersih.
VOQQ Anti Aging Cream
Rangkaian kedua Voqq Skincare adalah Anti Aging Cream. Ia merupakan produk yang membantu kulit wajah agar kelihatan lebih muda dan mengurangkan kedutan diwajah. Ia dirumuskan dari rumusan botani semulajadi untuk menghaluskan kulit serta menghilangkan jeragat dan jerawat. Anti Aging Cream juga mampu menjadi salah satu produk perlindungan kulit dari cahaya matahari. Voqq Anti Aging Cream sangat lembut dan mudah di ‘apply’ pada wajah tau. Yang pasti ia tidak berminyak dan sangat halus.
Kelebihan VOQQ Anti Aging Cream
- Voqqq juga membantu membebaskan kulit anda dari 10 bahan tambahan yang boleh menyebabkan kekeringan dan kekejangan kulit seperti Surfaktan, silikon, paraben, denatured alkohol, minyak mineral, pigmen tiruan, bahan mentah haiwan, benzophenone,TEA, sulfat)
- Krim Voqq yang dibentuk seperti natto mengambil dua kali jumlah masa untuk dicampurkan berbanding krim biasa, ini membolehkan ianya membezakan rupa dan menghasilkan texture seperti natto.
- Voqq aadalah krim formula buatan tangan yang bebas daripada surfaktan dan silikon, membolehkan ianya menyerap dengan lebih baik ke dalam kulit berbanding dengan krim-krim lain.
- Proses Penguraian semula jadi menggunakan minyak dan mentega untuk mengelakkan keregangan dan mengekalkan kelembapan dan kelembutan krim.
- Voqq mampu menyerap ke dalam kulit dengan lebih baik dan meningkatkan kesan kulit putih dalam masa yang begitu singkat.
- Semasa penghasilan Voqq teknologi vakum digunakan untuk menyedut udara yang boleh bercampur masuk ke dalam krim semasa proses pembuatan untuk lebih menghasilkan tekstur seperti natto
Cara penggunaan :
Sapukan ke seluruh muka dua kali sehari. Digalakkan penggunaan pada waktu pagi dan malam.
Sangat best dan lembut jew gunakan produk Voqq skincare ni tau. Mrsyanie suka sebab bukan sahaja membersihkan malah ianya melembutkan kulit Mrsyanie. Lagi satu baunya wangi tau dan bila pakai tu selesa jew rasa.. Kalau korang nak tahu bau atau wangian juga merupakan satu terapi diri agar kelihatan lebih cantik dan ceria.
Voqq Skincare mempunyai rangkaian agent diseluruh Malaysia tetapi bagi yang berminat untuk menjadi sebahagian keluarga besar VOQQ Skincare juga dialu-alukan. Jangan lupa beli dan post di media sosial korang dengan hastag: #voqqskincare, #kembalipersona, #antiageing & #100%natural. Harga pula korang kena sentiasa ”followup” facebook diorang kerana macam-macam promo akan diadakan. Paling terdekat ni sempena Ramdhan dan Raya yang akan datang.
Untuk maklumat lanjut:
VOQQ Skincare
Hotline : 019-612 8164
Wesite : www.voqqskincare.com.my
Facebook: voqqskincarehq
Instagram : voqqskincarehq
Menarik laaa produk ni
sukaaa tang sejuk facial faom tu
Pergh.. pkai Voqq bleh vogue lagi laa pasni. Bes r. Tomato based..
Tomato memang baik untuk kulit, ai selalu buat masker je. Baguslah sekarang dah produk.
cantik la dia pg raya nanti hehehhe
suka denganfacial wash dia