Assalammualaikum w.b.t
Restoran Seafood Di Banting | Kali ini Mrsyanie nak kongsikan dengan korang yang berada di Banting atau nak cari makan seafood yang terbaik dengan harga yang berbaloi. Restoran Seafood kali ini disyorkan oleh kawan Mrsyanie. Nama Restoran Seafood ini adalah Restoran Seafood Juvita.
Restoran Seafood Juvita
Restoran Juvita menawarkan makana seafood yang segar. Dimana korang boleh pilih sendiri seafood segar dan boleh minta untuk masak menu yang korang nak. Jom tengok antara seafood yang ditawarkan.
Disebabkan Mrsyanie dan rakan lapar sangat sampai terlupa ambil gambar bila makanan semua sampai. Tapi rasanya memang puas hati dan berbaloi dengan harga yang ditetapkan. Makanan yang kami order:
- Sotong goreng tepung,
- Pepahat masak sambal,
- Kerang bakar,
- Tomyam campur,
- Kailan ikan masin,
- Telur bungkus,
- Nasi 4 pinggan dan
- Air pula Teh ‘o’ suam, Teh ‘o’ ais 2 gelas, Jus Tembikai, Limau suam.
Harga yang dikenakan buat kami 3 orang makan tapi macam 4-5 orang makan ni hanya RM60 lebih sahaja. Murah gak, sebab Mrsyanie bajet dalm hampir RM100 tau. hihi Disini bukan sahaja disediakan makanan berasaskan seafood, Restoran Seafood Juvita juga menyediakan makanan barat (western food). Selamat mencuba!
Restoran Seafood Juvita
Alamat: Jalan Kenanga, Kanchong Darat,
42700 Banting, Selangor.
(Tepi jalan belah kanan menghala ke Morib)
No. Telefon: 019-6742861 (Haji Khamijas)
019-2224268 (Puan Juvita)
Till Next Entry ye!!!
hhahaha alamak tertnggl lak pe nye….sat edit balik pepahat..hihih
ikan pun ikut timbang.hihi nmpk segar ikannya..
bukan pahat la mok cik pepahat la heheheh…sedapnyaaaa makan tak hajakkkkdekat dah banting tu heheheh…
kalau ada ikan siakap mungkin cecah seratus..:)
Berbaloi makan kalau macam tu banyak baru RM60/-
Memang puaslah ye:)
wooo..menarik ni..leh terjah 🙂
Yes.. memang disarankan makan kat sini, selalunya ramai orang lagi2 bila hari cuti .
murah je. Mcm best je tmpat ni. kena pergi ni sbb dekat je dgn bangi
Kami dah try…. Sempena ada kem di sana. Makanannya mmg best… Segar dan murah.km 8 org order
Siakap 3 rasa
Ketam telur asin
Sotong tepung
Kerang rebus
Jus
Rm200.00