Resepi Pie Ayam Senang Dan Sedap!

Assalammualaikum w.b.t

Resepi Pie Ayam | Kekadang itu bila selalu sangat makan nasi atau kekdang itu buntu nak makan apa lah petang-petang, tambahan pula lepas kerja. Penat kalau nak masak yang berat-berat, jadi Mrsyanie nak kongsikan dengan korang Resepi Pie Ayam Yang Paling Senang Dan Sedap nyum nyum.. Ini kiranya nama lain adalah Shepherds Pie gitu.

Resepi Pie Ayam Yang Paling Senang Dan Sedap
Bahan-bahan Resepi Pie Ayam Yang Paling Senang Dan Sedap

Resepi Pie Ayam Yang Paling Senang Dan Sedap

Bahan-bahan Resepi Pie Ayam Yang Paling Senang Dan Sedap

  • Ubi Kentang (ikut kepada ketebalan pie yang korang nak, Mrsyanie guna dalam 6 biji tapi yang saiz besar)
  • Bawang merah + putih dicincang
  • Carrot dipotong dadu kecil
  • Daging Ayam kisar
  • Sosej Ayam
  • Chicken stock
  • Serbuk Lada Hitam
  • Serbuk Lada Putih
  • Mixed Herb
  • Cheese
  • Susu (fresh milk)
Resepi Pie Ayam Yang Paling Senang Dan Sedap
Bahan tambahan

Cara-cara Resepi Pie Ayam Yang Paling Senang Dan Sedap

  1. Ubi kentang direbus dan dilenyekkan. Sementara menunggu ubi direbus korang boleh mula membuat inti  pie.
Resepi Pie Ayam Yang Paling Senang Dan Sedap
Ubi Kentang

Cara membuat inti pie:

  1. Masukkan sedikit minyak atau korang boleh gunakan buttercup untuk mengoreng daging ayam cincang.
  2. Agak kekuningan dan garing sedikit ayam tadi, masukkan bawang merah dan bawang putih. Gaul sehingga naik bau wangi.
  3. Kemudian masukkan carrot, Chicken stock, Serbuk Lada Hitam, Serbuk Lada Putih, Mixed Herb dan susu mengikut kepada kelembapan yang korang nak. Kalau nak lemak lagi letak lebih sedikit susu.
  4. Gaul dan biarkan sehingga masak sekata.
Resepi Pie Ayam Yang Paling Senang Dan Sedap
Resepi Pie Ayam Yang Paling Senang Dan Sedap

 

Untuk penyediaan Pie Ayam Yang Paling Senang Dan Sedap:

  1. Masukkan ubi kentang yang telah dilenyek kedalam bekas untuk dibakar, ratakan (ketebalan ikut kepada tebal yang korang nak jadikan pelapik bawah)
  2. Susunkan sosej kemudian letakkan ini pie yang telah dimasak tadi. Jika boleh biarkan inti pie sejuk seketika sebelum membuat lapisan.
  3. Selepasa ratakan initi letakkan semula sosej. (ini terpulang sebenarnya, kira extra bahan hihi)
  4. Letakkan cheese atas lapisan inti dan sosej tadi. Cheese korang boleh guna cheese topping pizza tu pun boleh, Mrsyanie guna cheese yang ada kat rumah je hihi. Apa yang ada je..
  5. Kemudian letakkan ubi kentang yang selebihnya, ratakan. Akhir letakkan cheese lagi..nyum nyum..
See also  Bali Tour Guide Dan Photographer Honeymoon Avriel Yantohood

2

Resepi Pie Ayam Yang Paling Senang Dan Sedap
Resepi Pie Ayam Yang Paling Senang Dan Sedap

Kemudian boleh dibakar, Mrsyanie gunakan oven pada suhu 180ºC dalam 20-35 minit. Jika korang nampak dah kekuningan bahagian atas kira masak dah tu, untuk garing biarkan kekuningan lebih sedikit. Lagipun inti dan ubi kentang semua dah dimasak tadi. Yeahh siap dan boleh dimakan, biarkan sejuk seketika sebab takut lembik nanti kalu potong waktu panas-panas sangat. Selamat mencuba!!

Untuk resepi lain: KLIK SINI

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*