Shopping Keperluan Raya Murah Secara Online

Assalammualaikum w.b.t

Mudah Beli Secara Online | Sekarang ni kalau kata nak shopping apa-apa barang memang sangat mudah, semua dihujung jari. Ada duit, ada internet, boleh online, dah boleh membeli segala keperluan yang diperlukan. Kalau korang nak tahu, Mrsyanie ni bukan mudah kalau nak shopping online, tapi bila sekali dah percaya website online ni jadi ketagih tau.hihi Tambahan kalau kita shopping dengan harga yang sangat murah. Siapa tak nak kan kalau ada pilihan yang murah dengan kualiti yang sama.

SHOPEE Meyakinkan Dan Shopping Online Murah
SHOPEE Meyakinkan Dan Shopping Online Murah

SHOPEE Meyakinkan Dan Shopping Online Murah

Korang masih ingat tak awal tahun ni Mrsyanie travel ke South Korea, waktu tu masih lagi musim sejuk dengan suhu yang agak rendah sehingga -9c. Memang cuak nak cari keperluan musim sejuk, yelah pertama kali travel musim salji memang banyak yang perlu disediakan supaya perjalanan kami berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Mana taknya kami perlu sediakan kasut sejuk (Winter Boot), stokin panas (Warm Socks), sarung tangan sejuk (Winter Touch Screen Glove) dan macam-macam lagi. Punya teruja Mrsyanie pergi lah ‘survey’ di shopping mall, terkejut harga semua boleh mencekik wallet Mrsyanie. Bukan nak beli untuk seorang tapi untuk bertiga tau. Nasib baik Mrsyanie diperkenalkan dengan salah satu website shopping online yang boleh dipercayai, iaitu shopping online SHOPEE oleh adik Mrsyanie, Syima Yusuf.

Nak tahu kenapa Mrsyane yakin dengan nak shopping dengan Shopee? Mrsyanei dapat testimoni sendiri dari adik dan terbukti bila Mrsyanie order sampai seperti yang dijanjikan dan berkualiti.  Mulu tu tak nak sebab yelah shopping online takut mahal pastu dengan postage lagi tapi bila ditunjuknya harga yang ditawarkan macam tak masuk akal, tambahan pulak tu ada juga peniaga yang menyediakan perkhidmatan postage percuma.

See also  Buffet Ramadhan: Restaurant Istana Bambu

Korang rasa Mrsyanie godek tak website Shopee. Tunggu apa lagi mau tak godek habis-habisan sampai bukan kata barang travel Mrsyanie shopping, keperluan makeup pun Mrsyanie beli hihi.. Tengoklah harga ”eyebrow” hanya RM1.00/pcs, siapa yang tak nak kan. hihi..  Adik Mrsyanie beli ”bootwinter” dengan harga RM29.10 tanpa sebarang postage dikenakan. Kualiti? memang terbaik dan selesa sangat. Kami travel secara backpacker, memang banyak berjalan dan boot nya sangat tahan lasak. Start dari tu, Mrsyanie kalau nak beli barang mesti di website Shopee, pasaran mudah alih (online market) pertama di Asia Tenggara dan Taiwan.

Harga termurah bagi eyebrow, RM1.00/pcs di Shopee.com.my
Harga termurah bagi eyebrow, RM1.00/pcs di Shopee.com.my

Shopping Keperluan Raya Murah di Shopee

Sempena bulan Puasa dan Raya yang bakal dilalui tak lama lagi, Shopee telah melancarkan satu kempen jualan raya secara besar-besaran yang dinamakan ”Cahaya Raya bersama Shopee”. Pastinya raya inipenuh kemeriahan kerana korang dapat shopping secara murah hanya dengan online sahaja, tanpa perlu bersesak-sesak mencari keperluan.

Cahaya Raya bersama Shopee

Kempen ini bermula dari 15 Mei 2017 – 30 Jun 2017 dengan menawarkan sehingga 90% diskaun seluruh platform di laman sesawang Shopee.com.my. Kempen Cahaya Raya bersama Shopee menawarkan sehingga lebih 20 kempen, termasuk jualan istimewa dari ”official shop” dengan tawaran 25,000 produk dari lebih 10 kategori. Wah banyak peniaga yang akan turut serta dalam kempen ni, tak sabar Mrsyanie nak shopping tau.

Shopping Keperluan Raya Murah di Shopee
Shopping Keperluan Raya Murah di Shopee

Boleh lah kita shopping keperluan Raya murah di Shopee kerana ia menawarkan diskaun 90% sempena Kempen , pihak Shopee telah melancarkan satu program Cash-on-Delivery (COD) dengan kerjasama Pos Malaysia bagi memudahkan pembeli yang tidak mempunyai online banking. Ini sempena penghargaan pihak Shopee keatas sokongan para pembelinya yang sentiasa memilih shopping bersama Shopee.

See also  Singapore Day Trip Part 5 | Jejak Lokasi Melayu Di Singapore

2 Cara Mudah Untuk Shopping Bersama Shopee

  1. Website: www.shopee.com.my
  2. Mobile Apps

45 Days of Surprise Giveaways

Siapa nak hadiah Raya?? Sempena Raya yang akan tiba, Shopee telah mengadakan satu giveaway yang dinamakan 45 Days of Surprise Giveaways. Giveaway ini bermula sepanjang kempen ”Cahaya Raya bersama Shopee” dijalankan. Ia menawarkan hadiah bernilai sehingga RM50,000, termasuk hadiah wang tunai.

Kami juga bekerjasama dengan syarikat-syarikat rasmi seperti Nestle, Unilever, Senheng, Huawei, OPPO dan ASOTV untuk 45 Days of Surprise Giveaways kepada semua orang, “kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

45 Days of Surprise Giveaways
45 Days of Surprise Giveaways

Menariknya sambil korang shopping keperluan Raya murah di Shopee, sambil tu korang berpeluang memenangi hadiah yang sangat lumayan. Dengan kata lain ”kita shopping, kita dapat hadiah” hihi.. Sangat untung sebab Shopee menawarkan diskaun memang kaw kaw murah, bajet dan hadiah menanti korang.  Korang boleh layari 45Days of Surprise Giveaways untuk mengetahui lebih lanjut tentang contest ini.

Kalau korang nak tahu Mrsyanie tengah usha satu barang ni, namanya Clever Cutter, alah yang 2dalam1 tu. Pisau beserta dengan papan pemotong, konsep ala-ala gunting. Mrsyanie tergoda pulak tengok iklan dalam TV katanya mudah nak memotong. Senang kerja Mrsyanie memotong nanti untuk masak sewaktu berbuka lepas kerja. Kita main-main potong je lepas ni. hihi Nasib baik Shopee ada jual dengan harga yang lebih murah berbanding diluar, tak perlu bersusah payah keluar habiskan duit minyak. Lagi best promo Cahaya Raya bersama Shopee dah bermula, mesti lagi murah pisau ni. Yeahh!! Tak sabar Mrsyanie nak shopping dengan diskaun 90% tau.

Untuk maklumat lanjut:

Shopee Malaysia

Website: www.shopee.com.my 

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

15 Comments

  1. Wife saya baru terjebak dengan shopee. Murah sana sebab free postage & postage ditanggung partially oleh shopee dan buyer. Jimatlah jugakkan shopping di sana. Nasib baik budget kurang takdelah shopping sana hanya window shopping. 11street dan lazada wife dah jarang buka asyik ke app shopee je.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*