Lebih Stylo Dengan DASHING Elite Wax

Assalammualaikum w.b.t

Lelaki Macho Dari Rupa Paras | Pandangan Mrsyanie sebagai seorang wanita antara pertama yang dilihat oleh seorang wanita terhadap lelaki adalah rupa paras atau penampilan seseorang. Ini adalah normal termasuk bagi kaum lelaki apabila melihat wanita didepan mata. Betul tak? Ye ayat skema sangat ”ehh tak lah tengok hati budi”, ermm memang itu adalah yang paling utama tetapi asasnya pandangan pertama adalah rupa paras. Pastu barulah kita mula mengenali dengan hati budi seseorang.

Imej Macho Dengan DASHING Elite Wax
Imej Macho Dengan DASHING Elite Wax

Imej Macho Dengan DASHING Elite Wax

Rupa paras adalah sesuatu yang subjektif bagi semua orang. Ianya lebih kepada ciri-ciri dari pandangan yang berbeza, sama juga macam air minuman tin ada yang kata manis sangat dan ada yang kata ok jew. Sama juga dengan pandangan seseorang terhadap pandangan pertama orang lain. Jadi kita perlulah jaga penampilan, kerana ianya ada satu aset diri tau. Biarlah orang kata kita tak cantik atau hensem pun, janji penampilan yang akan memberi pandangan yang utama dalam penilaian sesorang tentang rupa paras.

Lelaki paling utama selain wajah, adalah gaya rambut. Samada serabai (kusut) atau kemas dengan macho gitu. Sekarang lelaki dah pandai tau terutamanya dalam menjaga penampilan. Hampir semua lelaki akan memastikan gaya penampilan akan lebih bergaya khususnya bahagian rambut. Fesyen rambut tidak kira panjang, pendek, terpacak, gaya santai mahupun kelihatan “edgy”.

Lelaki moden masa kini lebih gemar untuk menjadi lebih kreatif dengan cara memutar, meramas dan menggayakan rambut untuk menghasilkan fesyen tersendiri agar personaliti dan kenyataan itu lebih menonjol. Gaya rambut hebat adalah elemen yang sempurna untuk menjadikan si jejaka kelihatan “cool”, lebih digemari dan bergaya.

Sesetengah lelaki lebih gemar untuk menggunakan satu gaya ke pejabat, dan menukar gaya rambutnya apabila mereka keluar. Paling penting bagi mereka adalah produk penggayaan rambut terbaik yang memudahkan mereka mereka gaya rambut, dan memastikan gaya tersebut kekal sepanjang hari!

Dashing ELITE On The Go Hair Wax

Kini DASHING jenama yang terunggul dalam produk lelaki khususnya mengeluarkan produk terbaru yang diberi nama ELITE On The Go Hair Wax untuk gaya rambut yang berkekalan. DASHING Elite Wax memformulasi supaya hasilnya memudahkan para pengguna mengayakan rambuit dengan hanya memerlukan penggunaan minimum bagi menghasilkan kesan maksimum. Kini untuk imej macho dengan DASHING Elite Wax tidak perlu pening kerana ia mengeluarkan dalam bentuk yang mudah dibawa kemana sahaja. Kiranya ada 2 pilihan saiz, satu yang besar untuk simpanan rumah dan satu lagi dalam bekas mudah dibawa (kecil).

See also  5 Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kecantikkan Kulit

Mempunyai 5 rangkaian wax yang sesuai untuk pelbagai jenis rambut, iaitu Spiky Web, Wavy Loose, Air Wild, Shiny Wet dan Rugged Matte. Tampil santai atau gaya berani, rekaan “rugged” mahupun kekal terpacak atau nampak basah. ELITE adalah cara terbaik untuk gaya tahan lama.

ELITE On The Go Hair Wax Spiky Web
ELITE On The Go Hair Wax Spiky Web
  • Spiky Web – mencipta gaya lawan graviti yang sentiasa terpacak! Awas! Jejaka yang ingin sesuatu yang lebih buat dirinya akan menjumpai segalanya dalam bekas merah jambu neon ini.
ELITE On The Go Hair Wax Spiky Web Wavy Loose
ELITE On The Go Hair Wax Spiky Web Wavy Loose
  • Wavy Loose – menjadikan segalanya santai dan mudah untuk jejaka yang tampil bersahaja. Hanya bekas biru ini yang anda perlukan untuk tampil menawan tanpa tekanan.
ELITE On The Go Hair Wax Spiky Web Shiny Wet
ELITE On The Go Hair Wax Spiky Web Shiny Wet
  • Shiny Wet – melangkau lebih berbatu dari yang biasa. Calit pada bekas hijau ini dan gayakan rambut agar kelihatan lebih bersinar, bertekstur dengan hasil yang menakjubkan
ELITE On The Go Hair Wax Spiky Web Rugged Matte
ELITE On The Go Hair Wax Spiky Web Rugged Matte
  • Rugged Matte – untuk si jejaka yang berbahaya. Bekas kelabu gelap ini mampu menyembunyikan rahsia anda. Tampil lebih serius dengan kurang kilat membuatkan anda kelihatan benar-benar bahaya.
  • Air Wild – hadir dalam warna jingga terang memberikan rasa ringan, bebas dengan jumlah yang mencukupi untuk melepaskan sisi liar anda.

Dashing ELITE On The Go Hair Wax

Jadi tiada lagi alasan untuk tampil imej macho dengan DASHING Elite Wax tau. Mudah dibawa travel mahupun kemana sahaja. Boleh selitkan dalam poket seluar jew sebab bekas yang disediakan bulat dan comel jew. ELITE Hair Wax kini boleh didapati dalam dua saiz.

  • Pek 68g berharga RM17.10 setiap satu
  • saiz poket On The Go pula berharga RM5.90 setiap satu.

Cipta apa sahaja gaya rambut yang anda inginkan dengan variasi ELITE yang terdiri daripada fibre, clay ataupun wax. Mrlaling pun apa lagi suka lah dia boleh gayakan rambut, dia memang kemana sahaja paling utama adalah rambutnya akan kelihatan lebih kemas dan macho dihati Mrsyanie..ehh ciaa ciiaa..hihi Kini anda tidak akan terhad dengan satu gaya rambut sahaja. ELITE boleh didapati di semua cawangan runcit utama, pasar raya besar dan farmasi terkemuka.

See also  Lubang Sejuta Ringgit di Sungai Lembing Kuantan?

Untuk maklumat lanjut:

Facebook: DASHING ELITE

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*