Restoran Sukhothai Bukit Beruntung Sajikan Masakan Melayu dan Thai

Assalamualaikum w.b.t | Sajian Masakan Melayu dan Thai | Baru-baru ini Mamayanie sempat singgah makan di Restoran Sukhothai Bukit Beruntung. Jika dari rumah Mamayanie lebih kurang 20-30 minit jugak melalui highway. Restoran Sukhothai Bukit Beruntung menyajikan masakan Melayu dan Thai dengan pelbagai pilihan menu menarik.

Sebenarnya Mamayanie dah lama usha restoran ini tau, setiap kali kami ke Bukit Beruntung mesti teringin nak singgah restoran ini. Tapi disebabkan kenyang lah, ada hal lah dan macam-macam lagi tak dapat kami singgah. Baru ini Ensuami terus ajak ke Bukit Beruntung untuk cuba makan di Restoran Sukhothai ini, Mamayanie on jew hihi

Lokasinya terletak dekat dengan highway Bukit Beruntung, kalau korang keluar dari highway restoran ni terletak disebelah kanan. Dari jauh korang akan nampak bangunan warna oren menyerlah tau.

Restoran Sukhothai Bukit Beruntung

Waktu kami sampai tak ramai lagi pelanggan, jadi kami boleh pilih nak duduk mana-mana jew hihi Memang sangat selesa restorannya dan paling penting ianya bersih dibahagian ruang makan. Nak balik itu baru lah ramai yang datang, rasanya mungkin selepas waktu kerja itu jadi ramai gak yang datang.

Menu Pilihan Masakan Thai

Menu pilihan kami adalah masakana dari sajian Thai. Tapi kami ambil Nasi Goreng Ala-Thai, Nasi Goreng Krapraw, Nasi Goreng Udang, Tomyam Putih, dan Udang Goreng Tepung. Manakala pilihan air kami biasa je iaitu Teh ‘o’ Laici Ais, Teh Tarik panas, Kopi Tarik panas dan Milo Tabur panas.

Oh tak lupa jugak kami ada order kek blueberry untuk Abangfh hihi

Restoran Sukhothai Bukit Beruntung
Restoran Sukhothai Bukit Beruntung

Kuantiti sajian dia agak banyak jugak dan paling penting rasanya memang sedap. Mamayanie boleh rekemen lah korang kalau nak rasa masakan Thai boleh datang restoran ini. Lagi satu Tomyam Putihnya memang menepati citarasa Mak dan Ensuami Mamayanie tau. Cukup rasa masam-masam dan pekat.

See also  Havoc @ FUNTASIA Hotel Bangi-Putrajaya

Bukan makanan je sedap, untuk air pun bagi Mamayanie sedap dan pekat. Secara keseluruhan semuanya sedap apa yang kami order. Selain dari menu masakan Melayu dan Thai, Restoran Sukhothai Bukit Beruntung juga menajikan sajian Shellout dan ada dessert.

Harganya korang boleh tengok dekat gambar diatas. Bagi Mamayanie ianya murah dan berbaloi dengan sajian yang disediakan. Jika korang datang sini, waktu order tu diorang dah buat secara online tau. Pastikan internet korang ada hihi

Ok selamat mencuba!

Untuk maklumat lanjut:

Alamat: No 29 Jalan Adenium 2G, 13, Pusat Perniagaan Adenium BB5, Bandar Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor

No tel: 03-6021 7862

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*