Anugerah Meletop Era 2017 Pengalaman Baru

Assalammualaikum w.b.t

AME 2017 | Anugerah Meletop Era 2017, inilah pertama kali Mrsyanie sertai majlis yang melibatkan ramai sangat peminat artis-artis. Macam-macam gaya dan warna yang melambangkan penyokong setiap artis. Ada yang siap bawa gendang bagai untuk memeriahkan lagi majlis AME2017 bagi memberi sokongan kepada artis yang mereka minat. Kali ini Mrsyanie pergi bukan atas tiket blogger tetapi atas tiket penyokong. Mrsyanie sokong siapa??

Anugerah Meletop Era 2017 Pengalaman Baru
Anugerah Meletop Era 2017 Pengalaman Baru

Anugerah Meletop Era 2017 Pengalaman Baru

Anugerah Meletop Era 2017 Pengalaman Baru buat Mrsyanie dan AME2017 ini berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam penuh. Memang sangat meriah dan ramai sangat yang hadirkan diri terutamanya anak-anak muda. Ada yang dari penyokong Neelofa, Fatah Amin, Johan, Dato’ Siti Nurhaliza, Amar Bahrin dan ramai lagi. Mrsyanie kali ni atas tiket penyokong artis Amar Bahrin atau lebih dikenali sebagai ABOP iaitu Amar Bahrin Official Page. Terima kasih kerana  sudi ajak Mrsyanie untuk turut serta.

Kemeriahan AME2017 memang menarik dan pengacara yang menghangatkan suasana dengan gelak tawa dari Johan, Nabil dan Neelofa. Cuma Mrsyanie dapat tempat duduk yang kurang menarik, diatas dengan terlindung oleh lampu-lampu. Ramai sangat sampai kami tak tahu nak duduk mana. Walaupun ada tiket tetapi tiada pemeriksaan tiket jadi sesiapa sahaja boleh masuk. Mau orang tak berebut dan nak dapatkan tempat duduk kan sampai ada yang duduk di laluan tangga lagi.

Anugerah Meletop Era 2017
Anugerah Meletop Era 2017

Anugerah Meletop Era 2017 (AME17)

Posted by Yanie Yusuf on Sunday, April 23, 2017

Pemenang Anugerah Meletop Era 2017

Jom kita lihat siapa yang telah memenangi anugerah yang dipertandingakan:

  • Fesyen Meletop: Fattah Amin
  • Artis Baharu Meletop: Khai Bahar
  • Bintang Online Meletop: Fattah Amin
  • Couple Meletop: Akim Ahmad dan Stacy
  • Si Cilik Meletop: Yusuf Iskandar
  • Program Radio Meletop: JoHaRa Pagi Era
  • Penyampai Radio Meletop: Johan EraFM
  • Program Meletop: Taste Selebriti (Episod Neelofa)
  • Hos Meletop: Neelofa
  • Drama Meletop: Suri Hati Mr. Pilot
  • Pelakon Meletop: Fattah Amin
  • Artis Lawak Meletop: Johan (Raja Lawak)
  • Group/Duo Meletop: Datuk Siti Nurhaliza & Faizal Tahir
  • Penyanyi Meletop: Siti Nordiana
  • Lagu Meletop: Pencuri Hati (Ayda Jebat)
  • Filem Meletop: Munafik
  • Bintang Filem Meletop: Fasha Sandha
See also  [Hotel Review] Mewah Di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut

TOP TOP MELETOP LELAKI : 

  • Fattah Amin

TOP TOP MELETOP WANITA: 

  • Neelofa

Tahniah buat semua artis yang telah memenangi kategori masing-masing dalam AME2017. Mrsyanie tak tunggu sampai habis kerana Mrlaling kerja pulak esoknya. Tetapi ini stau pengalaman yang sangat menarik walaupun tempat duduk kami atas sekali. huhu Paling best adalah persembahan dari Budak-Budak Baru Nak Up hihih inilah gelaran yang pengacara berikan untuk artis yang membuat persembahan iaitu Tajul, Khai Bahar ,Irfan, dan Haqim. Lagu diorang semua sedap didengar walaupun Mrsyanie tak kenal punya siapa artisnya hihi. Apa-apa pun ia satu pengalaman baru buat Mrsyanie untuk melihat sendiri bagaimana sesuatu program anugerah secara langsung dijalankan. Tahniah team Meletop Era.

 

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*