Dashing Bold 2.0 Lambang Kegagahan Lelaki

Assalammualaikum w.b.t

Dashing Adventure Bold 2.0 | Hari itu Mrsyanie balik rumah dari kerja teruja ada bungkusan besar atas meja ruang tamu, Mrsyanie tengok kepada Yanie Yusuf. Wah ada barang baru sampai, apa lah agaknya. Teruja ini belum buka tudung lagi terus capai bungkusan dan rakusnya buka. Sekali terkejut bila lihat satu produk yang semestinya bukan lah milik Mrsyanie tapi ianya milik Mrlaling.huhu..  Tengok gambar pun korang dah tahu kan produk femes ni dan menjadi kegilaan kaum Adam.

Dashing Bold 2.0 Lambang Kegagahan Lelaki
Dashing Adventure Bold 2.0

Dashing Bold 2.0 Lambang Kegagahan Lelaki

Sebenarnya bukan lah produk yang menyedihkan tapi sedih lah bukan Mrsyanie punya..haha Mrlaling yang punya, kita ni bukan main excited dapat bungkusan tau. Dashing Bold 2.0 Lambang Kegagahan Lelaki dan ianya merupakan produk wangian khusus buat kaum lelaki. Tanya sahaja produk lelaki mesti teringat tentang Dashing tau. Sejak berkahwin ini kena lah tahu produk wangian buat ensuami kan. Tak kan Mrsyanie je nak jaga penampilan, Mrlaling pun kena jaga jugak. hihi

Bila Mrlaling nampak jew produk bertulis Dashing, fuh senyum dia sampai ke telinga tau.  Mrsyanie sangat suka dengan bau dari haruman Dashing tak kira lah prerfume ke atau deodorant ke. Memang wangi dan ianya menjadi daya tarikan Mrlaling tau. Rasa nak cium jew selalu, ehh bau badan Mrlaling je lah kerana menggunakan wangian dari Dashing tau.

Dashing Bold 2.0 Lambang Kegagahan Lelaki
Dashing Bold 2.0 Lambang Kegagahan Lelaki

Dashing Adventure Bold 2.0

Kali ini Dashing telah mengeluarkan produk wangi terbarunya iaitu Dashing Adventure 2.0. Ianya terdapat 3 jenis wangian iaitu Bold 2.0, Edge 2.0 dan Pure Energy. Mrlaling dapat mencuba yang Bold 2.0 dan bau dia lembut dan sedap bila wanita membaunya. Serius Mrsyanie suka sangat dengan wangi dari Bold 2.0 tau, nanti nak mencuba yang lain pulak. hihi

See also  Kesan Penyakit Kencing Manis Pada Mata, Boleh Menyebabkan Buta?

Ianya merupakan produk pertama yang berkonsepkan ”No Gas” yang pertama di Malaysia. Lebih banyak semburan wangi daripada gas tau dan harga pun tak mahal. Harga bagi EDT 100ml dijual pada RM 34.50 termasuk 6% GST, Semburan Deodoran ‘NO GAS’ 150ml dijual pada RM 18.90 termasuk 6% GST dan Deodoran Roll-Ons 40ml dijual pada RM 6.50 termasuk 6% GST. Paling untungnya ianya boleh tahan lama hingga 2 bulan (60 hari) tau ..yeahh..Jimat, boleh shopping barang Mrsyanie lak. haha .

Ada 3 jenis rangkaian Dashing Adventure Bold 2.0 iaitu deodorant roll-on, wangian EDT, dan deodorant spray. Ia memberi perlindungan selama 24 jam dan menghalang bau badan serta menghapuskan bakteria.

Dashing Bold 2.0 Lambang Kegagahan Lelaki
Deodorant roll-on Dashing Bold 2.0
Dashing Bold 2.0 Lambang Kegagahan Lelaki
Deodorant spray Dashing Bold 2.0
Dashing Bold 2.0 Lambang Kegagahan Lelaki
Wangian EDT Dashing Bold 2.0

Dashing Bold 2.0 Lambang Kegagahan LelakI ini boleh didapati dimana-mana farmasi, pasaraya mahupun supermarket. Wangiannya sangat best dan memukau lah pandangan wanita bila terbau haruman dari Dashing. Dah siap-siap pesan kat Mrlaling suruh jangan layan wanita lain. Terpikat dekat haruman Dashing tak apa tapi jangan terpikat kat ensuami Mrsyanie tau haha.. Melawak je ye. Tapi memang wangi bau Dashing ni, korang nak hadiahkan pada ayah, suami atau kawan lelaki boleh hadiahkan set produk Dashing ni. Best sangat bau dia!!..

Untuk maklumat lanjut:

Website: http://www.dashing.com.my/

Fanpage Facebook : https://www.facebook.com/Dashing.MY/

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

10 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*