Assalammualaikum w.b.t
Resepi Lempeng Nutella | Lama rasanya Mrsyanie tak kongsikan resepi mudah dan cepat kan. Kekadang buntu bila hujung minggu nak sediakan sarapan untuk anak-anak kan. Tercari-cari sarapan apa yang mudah, cepat dan lazat kan.. Yeah korang boleh permudahkan menu sarapan korang dengan Resepi Lempeng Nutella Anak Sarjan.
Resepi Lempeng kampung Dimodenkan Bersama Nutella
BAHAN-BAHAN LEMPENG:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- sedikit garam
- 1 sudu gula
- Air kosong
- 1 cawan susu segar (Mrsyanie tak guna pun sebab guna bahan yang ada diruamh jew)
Cara-cara membuat lempeng:
- Ini paling mudah sebab korang tak perlu apa-apa step 1 per 1, korang masukkan sahaja semua bahan yang tersedia seperti senarai diatas kedalam bowl.
- Sukatan pula bergantung kepada berapa tepung yang korang guna. Sebagai contoh yang biasa Mrsyanie buat untuk 2-4 orang makan adalah 5 sudu tepung gandum, 1 biji telur dan letakkan sedikit garam serta gula. Kacau sehingga sebati dan likat sedikit.
- Untuk memasaknya pula Mrsyanie suka guna pan anti-lekat dan paling bestnya korang tak perlu guna minyak atau mentega untuk memasak lempeng. Menu sihat tau tanpa minyak hihi..
BAHAN-BAHAN INTI:
- Nutella
Selepas lempeng telah dimasak, sapukan Nutella atas lempeng atau korang boleh buat seperti mencicah. Potong lempeng 4segi kecil (ikut saiz korang nak) dan cicah dengan Nutella. Cara ini korang tak payah sapukan, nak hidang tetamu pun mudah.
- Tips untuk tahu lempeng masak: korang akan nampak warna adunan akan bertukar menjadi kekuningan dengan sekata. Korang oleh terbalikkan atau biar seketika untuk lebih garing/ranggup sedikit.
Kalau korang nak tahu lempeng bukan sahaja menjadi menu kampung tetapi dah ada jual di kedai-kedai makan di sekitar bandar. Ianya dijadikan menu sarapan pagi yang tinggi permintaannya.
Kenapa Resepi Lempeng Nutella Anak Sarjan? hihi Kerana lempeng paling cantik dan sama je dari segi saiz dan ketebalan adalah lempeng yang dibuat oleh Mrlaling (anaksarjan kan nama blog dia hihi).. Mrlaling siap berangan-angan dah pencen nak buka kedai khas untuk menu lempeng, ha angan-angan penting mana tahu akan jadi kenyataan. hihi..
Lempeng ni jugak sedap dimakan dengan Ikan Bilis Berlada. Ini memang kegemaran Mrlaling dan Mrsyanie jika buat lempeng tau, rasa pedasnya memang memukau rasa tekak tau. Lempeng ini juga sedap dimakan bersama sarding, kuah kari pekat dan sebagainya.
Selamat mencuba dan sesuai untuk menu pagi & petang!
Leave a Reply