Pening Pilih Header Baru

Assalammualaikum w.b.t

Header 2017 | Pening nak pikir pasal header baru, tak tahu nak design macam mana. teringin pulak Mrsyanie nak upah orang untuk buat header atau ada yang sanggup nak sponsor header baru Mrsyanie tak? hihi.. Tapi perlu ke Mrsyanie tukar header, kalau korang nak header macam mana. Apa yang sebanrnya header yang diperlukan bagi setiap blog?

 Pemilihan Header Blog Yang Sesuai Mengikut Jenis
Contoh Header blogger AzlindaAlin , SuriaAmanda, Bellaidura, Anazarin, IkinYusuf dan Sohoque.com

Pemilihan Header Blog Yang Sesuai Mengikut Jenis

Dalam pemilihan header korang sebenarnya perlu tahu 3 perkara bagi membantu korang untuk mengenalpasti adakah header korang itu bersesuaian atau tidak.

  • Perlu kenalpasti jenis blog

Korang mesti tahu jenis blog yang korang fokuskan, samada korang lebih kepada blogger campur-campur atau korang ada niche yang korang fokuskan. Kebanyakkan blogger memilih blog jenis Lifestyle kerana ianya lebih meluas dan mudah untuk berkongsikan pelbagai perkara. Sebagai contoh blog Explorasa.my yang memfokuskan kepada food dan travel dengan meletakkan logo sebagai pengantian (header).

  • Header bergambar atau tulisan sahaja

Untuk part yang ini sekiranya korang ingin dikenali lebih (menonjolkan diri) header gambar diri (gambar sendiri) adalah yang sesuai kerana ia akan menjadi pandangan dan persepsi pertama setiap pembaca yang melayari blog korang. Antara blogger yang Mrsyanie suka seperti Ben Ashaari, ShehanzStudio dan ramai lagi yang menggunakan gambar sebagai header. Tulisan juga boleh tetapi akan lebih dikenali awalnya pada nama, tapi tak mustahil header tulisan akan lebih dikenali orang. Ada juga yang tidak letak header bergambar tetapi hanya dengan tulisan sahaja seperti Anaksarjan, dan Hafiz Rahim.

blog yanieyusuf
Pemilihan Header Blog Yang Sesuai Mengikut Jenis : Header Lama Mrsyanie
  • Warna background header

Warna header kebanyakkan blogger akan buat berdasarkan theme blog (lebih kepada 1-3 warna). Ia supaya tidak terlalu kontra dan tidak menyakitkan pandangan mata pembaca. Pilih warna yang bersesuaian bagi memudahkan pembaca tertarik dengan blog korang. Korang boleh lihat blog SyimaYusuf dan Saidila.com yang memfokuskan kepada warna biru pada header dan setiap link dalam blog.

  • Header professional atau santai
See also  Tutorial Banner Iklan Bergerak

Kalau korang perasan kebanyakkan header blog wanita khususnya lebih kepada header santai. Santai ini pula ada beberapa konsep samada korang nak yang jenis kartun atau jenis comel-comel gitu. Seperti blog Julia Johari yang menonjolkan header santai dengan doodle comel sangat. Blog ShiqeenSatar juga nampak lebih santai tetapi masih menekankan aspek professional nya.

Updated:

Mrsyanie tambah sedikit dari pandangan pakar seo dari myscreative.com tentang pemilihan header blog yang sesuai mengikut jenis blog dan kesannya :

Header dr satu aspek bagus untuk menonjolkan blogger dan tema blognya. Kekurangannya pun ada juga. Antara kekurangan header besar ni blog loading time akan terkesan. Ia sedikit melambatkan loading blog. Saiz header juga penting supaya tidak terlalu besar sehingga mengurangkan first impression untuk menampakkan content dalam blog.- Sohoque.com

Apa-apa pun header ini bergantung kepada korang nak bagaimana, cuma ingat header adalah pandangan pertama bagi setiap pembaca. Mungkin header akan membuatkan para pembaca lebih lama untuk terus membaca di blog korang. Sekarang Mrsyanie tengah pikir design header terbaru Mrsyanie pulak bagi aura positif tahun 2017 ni. hihi..

Antara entry header lain:

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

7 Comments

  1. Header dr satu aspek bagus untuk menonjolkan blogger dan tema blognya. Kekurangannya pun ada juga.

    Antara kekurangan header besar ni blog loading time akan terkesan. Ia sedikit melambatkan loading blog.

    Lagi satu, bila header terlalu besar ia akan memenuhkan gajet apabila pembaca buka blog kita. Bila taip url blog kita kat hp yang mana menjadi pilihan untuk pembaca membuka blog pada zaman sekarang, header saja dah penuh hp dia tanpa dia dapat melihat menu blog dan content penting yang lain. Ini pada saya sedikit mengganggu pembaca.

    Oleh kerana itu saya memang x suka header yang besar2. Cukuplah sekadar logo blog untuk penjenamaan

    • Haaa .. kind of agree dgn wak hoque. Kalau ikut statistics org ramai acces melalui phone. Kalau blog tak gunakan framework yg x responsif, so header penuh 1 muka phone.
      Haha azni x de lansung. Plain abis sbb suka minimalist n clean design . Maybe sbb org tua kut hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*