Semburan Wangian Suami Memikat Isteri!

Assalammualaikum w.b.t

Wangian Suami Memikat | Bila Mrlaling dapat produk baru senyum dia sampai ke telinga tau. Mrsyanie ni excited lah buka bungkusan poslaju ingatkan kita punya, sekali untuk dia. Nasib baik produk terbaru dari ROMANO, sejuk hati Mrsyanie tengok. Korang tahu jelah produk Romano ini terkenal dengan wangian sejati lelaki urban tau. Mrsyanie suka sangat dengan semburan wangian yang diformulakan oleh Romano. Terpikat sekali lagi Mrsyanie pada Mrlaling ehh..haha..

ROMANO Semburan Deodoran Keyakinan Lelaki Urban terkini
ROMANO Semburan Deodoran Keyakinan Lelaki Urban

ROMANO Semburan Deodoran Keyakinan Lelaki Urban

Terpikat dengan suami sendiri tak pe hihi.. Mrsyanie yakin ramai lelaki diluar sana yang sentiasa aktif dalam menjalankan kerja-kerja seharian mereka. Macam Mrlaling yang bekerja dengan suasan persekitaran luar bangunan memerlukan daya ketahanan wangian yang berpanjangan. Tambahan pula dengan cuaca yang kini semakin terik, membuatkan Mrlaling sangat titik beratkan tentang pemilihan deodoran khususnya.

Mrsyanie pun suka kalau Mrlaling balik kerja dalam keadaan yang masih wangi, sekurang-kurangnya tidak lah bau yang memeritkan hidung. Betul tak para isteri, jadi korang pun perlu lah bantu suami dalam memilih semburan doedoran yang betul dan berkesan.

Sinergi adalah kunci kepada hari-hari yang memerlukan ketangkasan dalam bertindak serta keinginan untuk mencapai kecemerlangan. Sama ada dalam misi menyelesaikan projek-projek hebat ataupun kerja-kerja penting, ia perlu didasari perancangan berstruktur dan asas yang ampuh bagi memastikan kejayaan.

Disinilah kelebihan yang dihasilkan oleh ROMANO selaku produk kegemaran lelaki dalam membantu pengurangan dan menghindari dari bau badan yang teruk. Semburan Deodoran ROMANO telah direka dengan formula sinergistik yang diperbaharui berserta haruman maskulin berpanjangan dan perlindungan serta kesegaran maksimum. Ia diperkayakan dengan wangian maskulin premium dan formula cepat kering yang memberikan kesegeran 24 jam dan perlindungan kepada lelaki yang memerlukan sofistikasi dan keyakinan dalam rutin harian mereka. Dengan kandungan antibakteria, ia melindungi daripada bakteria dan menghalang pembentukan bau badan yang mampu menggugat keyakinan.

See also  Kempen Kembali ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Menyokong Kehidupan 200 Kanak-Kanak Komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR)

4 Jenis Semburan Deodorant Spray Romano

ROMANO Semburan Deodoran Keyakinan Lelaki Urban diformulasikan denga teknologi tahan lama sehingga 24 jam. Deodoran ROMANO juga kini lebih berkesan dengan peningkatan 20% tahap kekuatan harumannya dan ia mempunyai 4 jenis haruman mengikut keseusaian gaya seseorang.

1. ROMANO Prestige

  • Menyaksikan keindahan campuran Black Pepper dengan Citrus yang dijalinkan bersama kemewahan Lavender dan Sage serta didasari bauan Amber Woody. Tarikan utama haruman ini adalah bau yang boleh menggoda menjadikan ia wangian mewah kepada lelaki sofistikated dan berpengaruh.

Deodorant Spray RomanoPrestige
ROMANO Prestige

2. ROMANO Metro Pulse

  • Dimulakan dengan adunan Citrusy dan Aqueous yang menyegarkan, dicampur bersama Pudina dan Sage yang menyamankan serta diakhiri dengan kehangantan Woody. Segar dan provokatif, haruman ini sempurna untuk lelaki urban yang bersemangat tinggi.
Deodorant Spray Romano Metro Pulse
ROMANO Metro Pulse

3. ROMANO Classic 

  • Berteraskan wangian Woody hasil adunan minyak daripada pokok Nilam dan Cendana. Esen tumbuhan aromatiknya pula memberikan kesegaran dengan sedikit adunan Citrus serta Spices. Kehangatan esen-esen tersembunyi kemudiannya membentuk wangian ini sebagai satu epitome terhadap ciri versatil. Ia dicipta untuk lelaki perkasa moden dengan tarikan yang merentas zaman.
Deodorant Spray Romano Classic
ROMANO Classic

4. ROMANO Urbane Attitude

  • Difokuskan terhadap kesegaran haruman Fougére daripada Lavender bersama percikan Bergamot dan perahan Lemon. Esen buah-buahan eksotik seperti Nanas dan Cassis menambah sentuhan berkarisma manakala esen sensual kesturi dan Woody menyepurnakan haruman dinamik ini. Paling sesuai untuk lelaki urban bergaya dengan personality yang menyerlah.
Deodorant Spray RomanoO Urbane Attitude
ROMANO Urbane Attitude

Keempat-empat semburan ini mempunyai wangian yang tersendiri dan memang best baunya. Mrsyanie paling suka dengan haruman dari ROMANO Prestige walaupun ianya daripada Black Pepper dan Citrus sebab ia diharumankan dengan campuran wangian  Lavender dan Sage. Mrlaling suka yang mana? Semua dia suka tau termasuklah abang dan adik ipar Mrsyanie. Bila tanya diorang pun tahu tentang produk ROMANO terutama semburan Deodoran ni.

See also  Royal Floria Putrajaya 2015 | Aktiviti Musim Cuti Sekolah

ROMANO Semburan Deodoran Keyakinan Lelaki Urban ini boleh didapati dimana-mana pasaraya seluruh dan farmasi Malaysia. Ia dijual pada harga RM14.90 sahaja bagi 150ml, murah dan sangat untung. Tetapi Romano masih mengekalkan produk yang bermutu untuk kegunaan harian lelaki. Nak hadiahkan pada suami pun boleh tiap-tiap bulan hihi.. Jangan suami makin sayang dan kita makin suka untuk duduk dekat dengannya. hihi..

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*