[Hotel Review] Plaza Hotel Kuala Lumpur

Assalammualaikum w.b.t |Sambut Birthday Mr.Laling | Happy Birthday yang ke.. my Love Mr. Faizal Hassan. I love u so much. Tiada yang bahagia bagi mrysnaie melainkan melihat mrlaling bahagia dan sentiasa tersenyum. Sambutan awal hari jadi mrlaling bersama family dah dibuat dengan majlis doa selamat di rumah family mrsyanie. Minggu ini plak sambutan birthday kami berdua je.. baru lah romantik sket kan.. ingat nak buat suprise tapi asyik tak menjadi je kan..ermm nak buat cam ne kan.. huhuh..
Plaza Hotel | Kuala Lumpur | Birthday Mr.Laling
Plaza Hotel | Kuala Lumpur | Birthday Mr.Laling

Sebenarnya hari jadi rmlaling pada 31 mac ini..eeehh esok tau.. kami buat sambutan awal. Mulanya nak booking hotel awal tapi sebabkan kami ini suka redah je kan..akhirnya lepas event opening butik SNF di Bandar Baru Bangi, kami terus ke Jalan Tar. mencari hotel yang terdekat, planning nya nak jalan-jalan kat Masjid Jamek tapi tak jadi sebab hotel yang selalu kami stay penuh. Tak ada bilik. Terpaksa mencari hotel lain.
Akhirnya jumpa dengan Hotel Plaza, tak jauh jugak dari Pertama dan Sogo. Dalam 5-10 minit jalan kaki. Oklah ada bilik suite untuk kami. Harga semalam RM188.00 dan deposit RM50.00 tapi dah cek out nanti dapat balik deposit tu. Jangan risau. hihi Sarapan pagi disediakan termasuk harga bili untuk 2 orang.

Hotel Plaza Kuala Lumpur

Lokasi nya sangat menarik tetapi bilik yang mrsyanie dapat agak kurang berbaloi sebenarnya dengan harg rm188/night. Perabot yang disediakan agak lama jugak, if menekankan konsept style lama is ok. Tapi masuk my first impression seperti hotel 2 star but food dia sedap..hihihi.. Biliknya masih lagi selesa walaupun like 2 star. Cuma dalam bilik air, paip sinki tak boleh digunakan. oklah sapa suruh tak nak book hotel awal kan..huhu.. Tu je bilik yang available…  Nasib lah ye. ! Kami dapat bilik suite tingkat 11.. pergg yang ni memang best sebab boleh tgk pemandangan Kuala Lumpur. Tapi tingkap nya kecik jew..sepi2 KL pun oklah kan..hihihi..

See also  Ayam Tulang Lunak Malioboro Makanan Bali Indonesia
Plaza Hotel Kuala Lumpur
Dan jangan terkejut kalu parking kereta anda kena bayar RM2 ada mulanya. Tapi selepas itu FOC cuma masih pelik sepatutnya kalau kita pelanggan di hotel tersebut tidak akan dikenakan sebarang cas untuk parking. erm..

Kami stay di Hotel Plaza 1 malam sahaja. Yang paling best kat hotel ini makanan yang disediakan nya..sangat sedap..ermm terubat lah sket hati ini kan dengan bayaran yang dkeluarkan..hihihi.. Hotel Plaza juga menyediakan perkhidmatan Hi Tea, Buffet lunch, dan servis ke bilik. Kiranya order dan diorang akan hantarkan ke bilik korang.

Plaza Hotel Kuala Lumpur
Antara menu sarapan pagi Hotel Plaza yang super sedap hihi waluapun tak banyak sangat menu yang disediakan tapi penyediaan nya dan rasa memang sedap..
Plaza Hotel Kuala Lumpur
Plaza Hotel Kuala Lumpur
Plaza Hotel Kuala Lumpur

Pada yang merancang untuk stay di Hotel Plaza pastikan anda booking hotel awal dan pilih bilik yang selesa untuk anda. Plaza Hotel | Kuala Lumpur | Birthday Mr.Laling sesuatu pengalaman baru untuk kami yang suka bercuti dalam Malaysia.

Untuk maklumat lanjut:

Hotel Plaza

Alamat: Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.
No Tel: 03-2698 2255
 Till Next Entry ye!!
Salam Sayang

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*