Sehati Sejiwa Lambang Cinta?

Assalammualaikum w.b.t

Tema Kemerdekaan Malaysia Bagi Tahun 2016 | Tetiba je Mrsyanie buat tajuk berjiwang kan, sebenarnya ianya bukan lah takut jiwang tetapi ianya merupakan tema Hari Kebanggsaan Malaysia bagi tahun 2016. Ianya masih dikekalkan bagi memupuk semangat perpaduan dan bersatu hati dalam kehidupan kita sebagai masyarakat yang majmuk. Rindu rasanya nak menyambut Hari Kemerdekaan di Dataran kan, teringat zaman kanak-kanak Abah bawa kami adik beradik menyambut Hari Kemerdekaan ke Dataran Merdeka. Seronok tapi sekarang Mrsyanie tak berkesempatan untuk turut serta meramaikan lagi di majlis sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia.

Sehati Sejiwa Tema Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2016
Sehati Sejiwa Lambang Cinta

Sehati Sejiwa Tema Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2016

Mrsyanie tetap bangga menjadi rakyat Negara Malaysia dan sebagai rakyat kita perlu tahu tema Hari Kebangssan kita betul tak. Sehati Sejiwa memang kena dengan rakyat Malaysia yang berbilang bangga, agama dan budaya tetapi masih kukuh sebagai satu iaitu rakyat Malaysia. Cukup indah logo yang disediakan bersesuaian dengan tema pada tahun ini. Lambang cinta menjadi logo kerana ia mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.

Logo-Merdeka-Hari-Kebangsaan-2016
Sehati Sejiwa Tema Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2016
Logo Sehati Sejiwa Tema Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2016
Sumber gambar: google.com
Siapa yang tak bangga dengan negara sendiri yang tercinta. Disini Mrsyanie lahir dan disini kehidupan. Walaupun banyak dugaan yang melanda negara tetapi rakyat tetap bersatu dan Mrsyanie tetap menyokong Malaysia. Mrsyanie berharap sangat kemakmuran dan keharmonian negara dapat dikekalkan selama-lamanya.
Kekadang Mrsyanie terpikir bagaimana pula kehidupan anak-anak kecil zaman akan datang. Disitu peranan IbuBapa, Guru, juga pemimpin negara dalam membentuk generasi yang kenal asal usul dan bangga dengan Malaysia. Mrsyanie pun tak tahu lagi jika Mrsyanie diberi rezeki anak, bagaimana kehidupan mereka akan datang. Fuh jauh betul Mrsyanie memikirnya tapi itulah kenyataan yang bermain difikiran setiap kali menyambut hari kemerdekaan kan.
Selamat Hari Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia!
Merdeka!!
Sumber info: www.mysumber.com
Till Next Entry ye!!!
See also  Peminat Tudung Bawal

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*