Assalammualaikum w.b.t
Ketenangan Yang Dicari | Amboi tajuk pun bersesuaian dengan hari Jumaat yang penuh dengan barakah. Sebenarnya ketenangan yang perlu dicari adalah dengan solat dan beristifar kepada Allah SWT. Setiap apa yang dicipta pasti memberikan ketenangan begitu juga dengan keindahan pantai yang luas terbetang. Walaupun Port Dikcson dah selalu sangat pergi dan pernah Mrsyanie pergi Port Dikcson balik hari jew. Tetapi tak pernah jemu untuk melihat keindahan alam.
Port Dikcson, Negeri Sembilan – Day 1 (Petang)
Kalau datang PD korang wajib ke Pantai Teluk Kemang untuk menikmati keindahan yang ada disini. Petang hari pertama sampai lepas rehat di hotel sekejap kami ke pantai semula. Niat nak tunggu matahari terbenam sebab waktu tu pemandangan akan jadi lebih indah. Alhamdulillah cuaca petang itu sangat baik dan cerah. Kami sempat lah lepak makan petang ditepi pantai. Disini pasal makan jangan risau cuma harga je kerana kadang-kadang agak kurang berbaloi harga dengan rasa makanan yang diorang tawarkan. Kalau sedap dan harga mahal boleh tahan lagi lah, tapi ada juga yang harga mahal tapi rasanya erm… Redha je lah kan..
Mrsyanie apa lagi air yang paling menarik disini adalah coconut shake. Sedap! Mrsyanie pilih Triple Coconut Shake, bezanya yang ini disediakan dalam buah kelapa beserta dengan coklat chip dan sedikit nata decoco. Kebanyakkan orang jual akan letak dalam cup plastik kan, yang ini korang boleh cuba. Ianya terletak di hadapan Pantai Port Dikcson. Makanan petang yang kami pilih adalah char kuey teow + Fish ball (3batang) + Sengkuang calit dan tak lupa mesti ada air mineral.
Perut telah diisi apa lagi jom jalan mencari ketenangan pula. Mrsyanie sempat singgah di kawasan nelayan. Ada boat dan jety kecil disediakan disini. Memang cantik dan seronok tengok ada juga yang datang untuk mencari makanan laut bercengkerang (tak ingat nama nya tetapi ianya banyak dekat batu-batu).
Percutian Honeymoon Bajet di Port Dikcson Negeri Sembilan, Ketenangan Yang Dicari
Mrsyanie tak lepaskan peluang untuk bergambar dengan suasana matahari terbenam. Terasa tenang tanpa memikirkan hal duniawi cewahh.. Tapi lagi indah bila kita melihat keindahan bersama yang tersayang, betul tak..hihi
Sebelum balik ke hotel semula kami siap-siap mencari makan untuk malam pula. Yelah dah masuk hotel, malas pula nak keluar kerana jarak yang agak jauh sedikit. Kami singgah di kedai Tomyam Seafood. Nama kedainya Mrsyanie pun tak pasti tapi hanya ditulis Tomyam Seafood. Mudah je nak cari, korang cari landmark dia pintu gerbang yang bertulis Umravalley atau sebelah Golden Straits Villa Beach Resort Port Dickson. Satu lagi pesanan Mrsyanie pastikan korang beli makanan extra untuk alas perut di hotel tau, yelah jauh jugak lah nak keluar hihi.. Tapi di Grand Lexis Hotel juga menyediakan cafe jika korang lapar.
Ringkasan Bajet:
Makan Petang : RM 27.00
Makan Malam (Set dinner) : RM 30.00
Salam 🙂 Terminal Syawal
Jiwa ditadbir dengan zikir-lantas fikir bergema akhir.
Meyambut salam empuNya Salam-Salam disambut empuNya Alam.
Rindu dihati memujuk diri-Diri rebah sujud Illahi.
Rasa hidup beramal redup-lantas rancak munajat hidup.