Flora Kafe Sajian Buffet Romantik

Assalammualaikum w.b.t

Suasana Buffet Romantik  | Kali kedua Mrsyanie datang ke Flora Kafe yang terletak di bangunan Ampwalk, Ampang. Betul-betul sebelah Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Ampang. Sekolah lama Mrsyanie tu tapi sekejap je sempat 2 tahun jew hihi.. Mrsyanie pernah kongsikan dengan korang pasal candlelight dinner sempena hari ulangtahun Mrsyanie dan Mrlaling yang ke lima ari tu? Ingat lagi tak? Ermm.. Oklah baca SINI ye. Kali ini agak berbeza sebab bukan ada sambutan apa-apa tetapi kami datang untuk berbuka puasa secara buffet pulak. Disini bukan sahaja sajikan konsep candle light dinner tetapi korang juga boleh dapatkan perkhdimatan buffet dan keistimewaannya buffet dalam suasana romantik gitu.

13555661_10209231643245876_1046955012_o-tile

Flora Kafe Sajian Buffet Romantik

Hari itu kakak Mrsyanie ada bagitahu yang sekolah dia nak buat makan ramai-ramai di Flora Kafe. Mereka tempah secara buffet untuk lebih 20 orang tau. Menarik juga bila dapat buat satu majlis makan buffet dengan suasana yang romantik. Akhirnya Mrsyanie berpeluang untuk menikmati makan secara buffet romantik disini bersama dengan Kelab Blogger Ben Ashaari. Nak bagitahu korang ni, bukan bulan Ramadhan je tau boleh makan secara buffet tetapi bulan biasa pun korang boleh tempah untuk makan secara buffet mana lah tahu raya nanti korang nak buat jamuan boleh tempah siap-siap dengan Flora Kafe ye.

Menu yang disediakan adalah campuran dari pelbagai jenis ada yang masakan asli dan juga barat. Menu lauk utama yang disajikan adalah Lala masak serai, Daging masak kari, Ayam lada hijau, Paru sambal dan Ikan asam pedas.

2
Lala masak serai, Daging masak kari, AYam lada hijau, Paru sambal

IMG20160624185917

IMG20160624191759

Paling menarik korang boleh rasa masakan Johor tau seperti  Sotong Kangkung, Sukun goreng dengan sambal kicap dan pelbagai lagi. Peminat makanan laut pun jangan lepaskan peluang untuk menikmatinya disini, tak payah nak cari makanan laut jauh-jauh dalam bandar pun ada tau. hihi

See also  Semburan Deodorant dan Wangian Badan Untuk Lelaki
3
Makanan Laut

IMG20160624191804

1
Sotong kangkung, Rojak buah, Buah-buhan, Lempeng dan Roti jala

CAMERA

Sajian sampingan yang disediakan secara panas-panas memang menyelerekan. Tambahan korang boleh cuba cara Johor, makan Pisang goreng dan Sukun goreng dengan cicah sambal kicap. Memang sedap! Juga disediakan sajian pembuka selera seperti kuih muih, Yong Tau Fu dan ada ais krim Malaysia tau. Dibuat khas untuk pelanggan yang hadir.

IMG20160624185540
Pelbagai jenis juadah kuih muih
IMG20160624200135
Yong Tau Fu Sos
IMG20160624185532
Ais Krim Malaysia

Puas sangat makan disini dan sajian buffet cukup banyak. Lepas raya boleh lah korang tempah untuk sambutan Hari Raya tau. Tempat pun luas boleh memuatkan lebih kurang 20-50 orang (anggaran). Mrsyanie rasa korang patut cuba hari ini tau, sempat lagi nak berbuka di Flora Cafe tak payah pikir nak masak dan lepas berbuka boleh balik kampung terus kan hihi

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan:

Flora Cafe

Alamat: Ground Floor,The AmpWalk 218, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
No Tel: 012-207 0166 / 03-2181 0986

Email: florakafe@gmail.com
Facebook: Flora Cafe
Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*