Assalammualaikum w.b.t
Hindari Web Lucah Dari Anak-anak | Mrsyanie terkejut bila banyak sangat isu lucah berlaku, bermula dari kes cabul kanak-kanak, kemudian laman youtube berunsurkan lucah dan pelbagai lagi isu. Mrsyanie dengar pun rasa mengigil dan takut tau apatah lagi ibubapa yang ada anak-anak yang masih kecil. Risau sangat walaupun Mrsyanie belum dikurniakan zuriat tetapi Mrsyanie ada anak buah (anak kakak dan adik) yang masih kecil. Mrsyanie terpikir bagaimana dengan nasib anak-anak diluar sana yang terdedah dengan teknologi. Yelah zaman sekarang teknologi dijadikan medium proses pembelajaran tetapi bila kes-kes begini terjadi bagaimana kita hindarkan?.

Salam Browser, Pelayar Web Prihatin Anda
Selepas kes cabul atau serangan seks oleh warga Britain di Malaysia, kini muncul pulak pasal video di youtube dengan karakter animasi disalah lakonkan. Sangat tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak tau, bagi diorang ianya adalah karakter kartun kegemaran mereka. Kadang-kadang karakter kartun ini menjadi idola contoh seperti superhero Batman, Superman dan lain-lain. Cuba korang tanya anak-anak nak jadi seperti apa? Pasti salah satu karakter ini akan muncul dari mulut mereka.

Zaman teknologi ni bagi sahaja gajet pada anak-anak pandai lah diorang nak layari, sekecil 1 tahun pun dah pandai dengan jari yang comel jew sentuh screen. Pelbagai ilmu yang diorang pelajari dengan layari laman sesawang (internet) tetapi ada juga orang yang salahgunakan medium ini. Tetapi korang tak perlu risau sebab dah ada jalan penyelesaian dalam membenteras atau mencegah dari gejala ini terus sampai ke anak-anak, ianya diberi nama Salam Browser.
Apa itu Salam Browser?
Salam Browser merupakan satu platform yang mana dibina berlandaskan konsep pencegahan (hindari) dari melayari laman sesawang yang berunsurkan sudut negatif. Ianya mampu membantu mangawal kandungan carian dalam internet dari bahan lucah dan bahan terlarang. Lebih 1.4 juta laman web yang mempunyai unsur maksiat, judi, lucah atau apa sahaja kandungan yang terlarang akan diberi amaran dan disekat melalui Salam Browser.
Antara kelebihan yang ada pada Salam Browser:
Hindari talian negatif
Mrsyanie pun baru tahu bahawa yang adanya browser yang boleh menghadkan pelayar web dari rakan blogger. Sebenarnya ia bagus bukan untuk anak-anak sahaja malah untuk kita yang dewasa ini pun perlu wujudkan had layari web. Bukan rugi pun kalau kita hadkan malah lagi kita dilindungi dari perkara-perkara tidak baik. Kita juga boleh membantu Salam dalam mencegah laman web yang negatif dengan melaporkan kepada Salam supaya kita sama-sama berwaspada dan membantu menghindari dari mengakses laman yang berundurkan lucah.
Membantu memberikan maklumat
Melindungi privasi diri dan menghalang data diri dicuri
Selain dari itu, banyak lagi kelebihan dan kenapa korang kena download Salam Browser:
- Keselamatan Dalam Talian : Kawal apa yang anda lihat dalam talian. Elakkan penipuan, “phishing” dan helah dalam talian.
- Cara Lebih Cepat untuk Melayari : Internet perlahan? Muat turun video dan muzik dari YouTube dan gunakan ciri Data Saver untuk memuat turun dengan lebih pantas.
- Pengalaman Bebas-Spam : Menghalang pop-up/-unders web dan nyahkan iklan spam daripada video.
Ha bukan itu sahaja kelebihan Salam, kalau korang nak tahu Salam juga memudahkan korang untuk donwload dan yang penting jimat data. Tak guna banyak pun data, boleh jimat untuk download cerita kegemaran anak korang macam Upin Ipin kan.
- Penjimatan Data
- Kemudahan download di laman Youtube

Langkah Mudah Download Salam Browser
Bagaimana untuk dapatkan Salam Browser? Mudah sahaja dengan 3 langkah korang dah boleh akses menggunakan Salam Browser.
- Layari https://salambrowser.com/ms/
- Klik muat turun SALAM, kemudian buka file
- Install sofware dengan klik Run.
Msryanie sendiri dah download dan gunakan Salam Browser. Jadi bagi Mrsyanie ianya sama seperti browser kegemaran Mrsyanie tapi ini lebih dijamin perlindungan daripada diakses dan dicemari perkara tidak baik (negatif). Nak larang penggunaan internet Mrsyanie rasa itu bukan jalan penyelesaian kerana sekarang ia dah menjadi satu keperluan buat semua, jadi lebih baik kita cari jalan menghindari dari perkara negatif. Apa lagi jom guna Salam Browser, tak rugi pun tapi bertambah untung tau.
Untuk maklumat lanjut:
Website: https://salambrowser.com
Facebook: SalamBrowser
mmg tak suka channel youtube yg ada org2 pakai costume spiderman lah.. batman lah. dah la naik video tu bila search nursery rhymes.. nk try guna salam browser..
tu lah.. terkejut gak..boleh pulak diorang buat cam tu.. kne pantau skrg ni..
nak try la..nanti nk install kt pc dirumah
berguna gak ni.. haritu nampak budak2 ni mtgk spiderman dan elsa yang bunting tu.. risaunye kang diorang tiru
memang risau dibuatnya kalau keluar video-video yang tak senonoh tu. Elok la ada Salam Browser ni, boleh sekat video/iklan yang macam tu …
Menarik, boleh try install kat pc nanti…
Bagus ada browser macam nie..sebab kadang2 tak tahu apa budak2 nie buat kan