Assalammualaikum w.b.t
Beriftar di Sarang? | Sarang mana pulak kita beriftar kan.. Apa lagi Sarang Art Hub cafe di Tanjung Malim ler, alah pemiliknya seorang pengarah filem dan drama Malaysia iaitu Mamat Khalid. Siapa tak kenalkan dengan pengarah terkenal ni. hihi Kali ini bukan makan secara ala carte tetapi secara buffet sempena bulan Ramadhan. Tak perlu nak cari buffet Ramdhan jauh-jauh, Tanjung Malim pun dah ada hihi.. Lagi satu setiap sudut dinding di Sarang cafe ini mesti dihiasa dengan gambar mahupun ayat-ayat yang sangat sempoi.
Buffet Ramadhan Sarang Art Hub
Kali ini Mrsyanie berbuka puasa bukan berdua sahaja tetapi bersama dengan rakan-rakan, kiranya ni geng weng weng hihi.. kenapa weng weng pun Mrsyanie tak tahu haha.. Harga buffet di Sarang hanya RM19.90 seorang dewasa dan kanak-kanak atas 12 tahun RM12.90. Hidangan yang disediakan seimbang dengan harga yang ditawarkan, dimana menu utama adalah nasi putih beserta 8 menu lauk dan beberapa makanan tambahan lain. Walaupun tak banyak tapi memang puas makan dan rasanya menepati citarasa Mrsyanie.


Mana yang nak tukar citarasa untuk berbuka pun boleh, kerana disini disediakan spaghetti dan beberapa jenis kuih muih. Sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan, kalau korang nak jenis lauk berpuluh hidangan kena lah ke Kuala Lumpur kan.hihi.. Kemudahan tempat solat juga disediakan yang sangat selesa, jadi tak perlu tergesa-gesa nak balik. Korang lepas solat boleh sambung lagi makan tau. Parking kereta pun luas, depan cafe terus leh parking.

Korang boleh hubungi nombor yang tertera dibawah untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. Majoriti hidangan yang disediakan memang sedap terutamanya spaghetti tau, sekali terus ambil 2 jenis kuah iaitu spaghetti carbonara dan sos bolognese. Minggu akhir ni Mrsyanie syorkan korang datang ke Sarang Art Hub untuk berbuka dan sahur juga disediakan.
Untuk maklumat lanjut:
Boleh jugak klik entry dibawah:
tak panjat pokok mana nak dapat daun ketupatnya..eh…jom raya
Akk, baru ena nak ajak berbuka kat sini sekali dengan syima.. hahahaha…. Jom next time.. tak pernah pergi lagi
Lor yeke.. jom seronok gak makan kat sini sebab lebih santai..
Alaa…Jauhnya.mkalau sesat ke tg malim bleh la cari Makan di sini
Mana tau sesat ke Tanjung Malim, roger lah yanie ye hihi
murahnya.. hari biasa lepas raya mesti best ..insya allah kalau pcl ada ke sana nak singgah lah. .
aduiii, tertengok makanan sedap2…terliur aih