Assalammualaikum w.b.t
Anniversary ke3, Honeymoon Pulau Langkawi, Kedah Day 2- Island Hopping | wah lama nya tak updated storytrip ke Langkawi part 2.. maaf ye blogger sume.. agak sibuk sket sekarang sebab baru je lepas sukan kakitangan UPSI. itu mrsyanie story lain ye.. sekarang ni sambung balik trip 2 Langkawi..
Day 1st kami dah checkin pastu malam cam biasa kami lepas area Chenang pasu cari makan..Yang bestnya kami pi pasarmalam then makan kat pantai Chenang..Lepak kat pantai sambil makan.. romantik sangat hihih
Island Hopping, Pulau Langkawi Kedah
Day 2:
TRIP Island Hopping
hari kedua kami fokus kepada island hopping.. kan dah story untuk day 1, kami beli siap pakej ke island hopping. so malam tu dah sms akak yang akan handle trip kami. dah deal, esok paginya kami berkumpul dulu depan akuaria bayar bayaran baki pastu kami gerak ke jetty untuk island hopping.. so dari akua kami naik moto sendiri yang dah sewa tu ke jetty. dekat je dengan Chenang. dalam 10 minit sampai tempat tu.. sebab naik moto kan..
ok sampai je situ dah diuruskan oleh akk tu.. so tunggu je dia panggil then naik bot hihih.. layan gambar kami dalam bot dulu ye..
![]() |
Saat menunggu naik bot..hihih best sangat time ni…time ni ramai yang pi hampir semua couple je.. dalam bot kami sendiri 1 je family ada anak..yang lain semua couple dan ada yang mengandung… |
Akhirnya sampai jugak kami ke Tasik Dayang Bunting.. sempat lah nak merendam dan minum air tu..mmg tawa tak rasa pe..sangat jernih airnya..mrsyanie siap amik air tu tengok dalam botol mmg jernih.. dalam tau tasik ni.. tapi kat situ ada disediakan sewa jaket.. tapi kami dibenarkan bawa jaket ot tu naik keatas..so tak payah nk sewa kan.. freee freee…hihihi
Lepas ke pulau Dayang bunting kami ke tempat helang cari makan. Pulau Singa Besar (Eagle feeding)…just atas bot je..letak lemparkan makan helang akan sambar makananya di atas air..tu je..dapatlah tengok helang secara tak dekat sangat. tapi menarik tengok helang ni.. ada bunyi rupanya helang ni dan ada 2 jenis helang di situ..putih dan coklat..
Kemudian kami dibawa ke Pulau Beras Basah… Kat Pulau ni tak ada bilik air malah air paip pun tak ada..cuma ada 1 perigi sahaja.. kat Pulau ni boleh mandi dan beriadah..ada banan boat dan sebagainya.. harga nya juga agak boleh tahan.. mrsyanie dan mrlaling just jalan2 area pantai..amik gambar dan lepak sambil minum2..ada 1 je kedai jual air tin/kotak.. dan 1 lagi kedai watersport…
Pulau beras basah ini storynya yang diceritakan oleh pemandu pelancong kami. Dimana zaman dulu penjajahan, terdapat banyak beras yang disorok ini kawasan ini untuk menampung kehidupan. selepas di jajah beras ini ditanam di rea kawasan pantai..sehingga dibawa oleh ombak..menyebabkan semua beras simpanan penduduk basah.. gtu lah sket je storynya.. pantainya sangat halus dan putih jew.. tapi hati2 dengan obor-obor ye…
Lepas kami dalam 30 minit lepak di Pulau Beras Basah..kami ke Fish Garden.. so sambung kat entry khas untuk Fish Garden.. sebab Fish Garden ini tak termasuk dalam pakej island hopping tu..
Island Hopping: 3 pulau
1) Pulau Dayang Bunting
2) Eangle feeding
3) Pulau Beras Basah
RM 30 – RM 35/ person
Masa:
1) 9.am
2) 2.pm
Boleh jugak klik entry dibawah:
Leave a Reply