Anniversary ke3, Honeymoon Pulau Langkawi, Kedah Day 1

Assalammualaikum w.b.t
Anniversary ke3, Honeymoon Pulau Langkawi, Kedah Day 1 | Moga anda semua yang mebaca blog mrsyanie sihat selalu insyAllah..ameen.. mrsyanie nak sharekan sket percutian mrsyanie ke Pulau Langkawi.. Mesti ramai dah tahukan Pulau Langkawi, Pulau bebas cukai..pulau coklat, pulau rokok murah..ohh noo.. yang itu tak mau ler ye..hihi walaupun mrlaling merokok.. mrsyanie benarkan 2 kotak je beli rokok kat sana..hihih kejam sekarang tapi sayang berpanjangan..

Pulau Langkawi, Kedah

Day 1:
Perjalanan kami dari Tanjung Malim ke Kuala Perlis ambil masa lebih kurang 5 jam..kami ada juga singgah makan tenghari di rnr Gurun.. Kami ambil feri dari Kuala Perlis sebab senang nak parking dan perjalanan dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi tak lah lama sangat..sebab mrsyanie agak mabuk laut jugak.. Ia makan masa selama 45minit-1jam sahaja dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi.. Tapi pada yang tak mabuk laut boleh lah naik dari Kuala Kedah. Ia makan masa 1jam 45 minit untuk sampai.. Lebih kurang ye.. Sama je kalu naik dari Kuala Kedah atau Kuala Perlis. masanya hampir sama untuk perjalanan..
Sampai Kuala Perlis, kami parking dekat kawasan persendirian. Dekat dengan jati (sebelah je) dan beratap.. Rate plak hampir sama je area kawasan tu.. RM10 /day. Kami ke Langkawi 3 hari 2 malam..Jadi harga parking yang kami kena RM30.
Kami siap2 deal dengan agen kat parking tu untuk penginapan. Sebab mrsyanie dah try book online tapi banyak yang dah penuh. Tanya jugak kat agen tu kenapa penuh minggu back to school ni.. Diorang kata time nilah banyak couple yang datang bercuti ke Langkawi. tu yang agak pek sket hotel/motel di Cenang. Banyak je kosong tapi kat area Pekan Kuah. Nama pun percutian honeymoon, so nak gak ler dekat ngan pantai yang cantik ciptaan Tuhan, Pantai Cenang.
 
Deal punya deal, kami dapatlah motel CD di Pantai Cenang, sewa moto, dan tiket ke 3 pulau dapat RM 320 untuk 2 orang. Boleh lah sebab cian agen tu call banyak motel/hotel. Sampai habis kredit ler..hihihi.. Kalau tak pek sangat better uolls book awal atau cari sendiri hotel tu. Tapi xpelah dah xda sangat..amik agen ok..
Dah deal cepat ke jati sebab nak naik feri jam 430 petang. Harga feri seorang RM18 sehala. Kalu 2 orang RM36 jumlah untuk tiket sehala. Kami sampai kat jati ngam jam 430petang, terus kami naik feri ke Pulau Langkawi.. im coming!!!
Sampai Langkawi terus call nombor yang agen bagi tu untuk ambil moto.. wee.. best gak travel naik moto..sebab berdua je kan.. and easy tuk bjalan.. we…
Parking kereta di Kuala Perlis RM10/day
Tiket feri  RM18/sehala
Sewa moto RM 30.day
Sewa motel (CD motel) RM85/day
**kita sambung lagi untuk day 2 di Langkawi ye!!
See also  Hong Kong Trip | Part 3 | Ladies Market

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*