Permainan Percuma Mortgage Calculator Money Games | Bila sebut pasal games mesti ramai yang suka kan. Ha kali ini Mamayanie nak kongsikan dengan korang salah satu website yang menawarkan games online secara percuma yang mampu membina kemahiran pengiraan matematik bersama Money Games di Mortgage Calculator.
Salah satu games yang mana korang boleh bermain sambil dapat menguji minda dalam ilmu pengiraan matematik. Mamayanie sangat teruja sebab konsep games yang disediakan sangat menarik dan boleh membina tahap pengiraan minda kita. Tapi jangan risau games dia masih santai dan enjoy bila bermain tau.
Mortgage Calculator Money Games Permainan Percuma
Money games merupakan games yang berkonsepkan pengiraan dan kewangan yang mana ianya salah satu konsep games pembelajaran yang santai. Bukan kata kanak-kanak suka, Mamayanie pun turut seronok bermain tau.
Mortgage Calculator Money Games ini bukan hanya boleh dimain di komputer malah ianya juga mudah dan mesra untuk dimain melalui telefon bimbit. Jadi korang tengah boring atau tengah nak santai tu boleh lah bermain Money Games di Mortgage Calculator website.
Permainan Video Kewangan Dalam Talian Percuma Untuk Kanak-kanak
Dalam Money Games ini mempunyai beberapa kategori permainan yang boleh korang main. Setiap kategori ada banyak permainan yang disediakan. Antara kategori yang ada:
Real Estate Games
Permainan yang melibatkan pembelian dan penjualan hartanah serta boleh membina struktur yang stabil. Antara games yang Mamayanie paling suka nak main dalam kategori ini iailah LEGO City Adventures Build And Protect.
Ini anak Mamayanie pun suka sebab ada Lego hihi Games dia untuk kita bina macam satu bandar dan boleh dapat duit dari setiap pembinaan tu. Best main sebab antara yang santai je main nya. Awalnya korang ikut je arahan yang diberikan pastu boleh lah korang bina bandar ciptaan korang.
Antara games lain:
- Hero Elementary Treehouse Trouble
- Kingdoms Wars
- The Amazing World Of Gumball Tidy Up
- The Loud House Germ Skirmish
- Merge Blocks
- Real Estate Tycoon
- The Powerpuff Girls Panic In Townsville
- Build With Buddies
- Castle Blocks
- Mahjong Solitaire
- Bomb The Bridge
- Construct A Bridge
- Magnificent Tower
- Tower Boom
- Bob And Chainsaw
- Red Outpost
Money Games – Counting Money & Making Change
Kategori ini pulak konsep permainannya mengenai mengira wang dan membuat perubahan. Permainan ini yang menyeronokkan dan boleh membantu membina kemahiran matematik tau, boleh berlatih penambahan, penolakan dan pendaraban sambil belajar tentang wang.
Permainan yang Mamaynie suka adalah Cashier Simulator. Korang belajar jadi jurujual tau dengan konsep matematik yang mudah. Korang juga boleh bermain dengan mengunakan telefon pintar ye.
Selain itu korang juga boleh bermain permainan:
- Cash Back
- Grocery Cashier
- Treze Coins
- Idle Money Tree
- Supermarket Numbers
Cryptocurrency & Financial Speculation Games
Kategori ini melibatkan permainan kewangan, yang mana korang boleh bermain sambil belajar tentang kewangan tau. Antara games yang ada iaitu:
- Bitcoin Bubble Shooter
- Bitcoin Tap Tap Mine
- Lit Ape NFT Generator
- Stocks
Untuk game Stocks itu lebih kepada pembelian dan penjualan saham tau. Kalau korang nak cuba bermain dulu pun boleh jadi latihan untuk jual beli saham.
Farming Simulation Games
Kategori ini paling Mamayanie suka sebab dia melibatkan perladangan dan pertanian. Ibarat kita menjadi peladang dan petani tau. Sebab sangat game nya sebab mudah dan seronok. Korang boleh cuba game Idle Farming Business ini best, kita tanam dan jual. Tapi dia ada masa tau, korang kena capai target jualan mengikut masa.
Games lain dalam kategori ini:
- Farm Town
- Farm Factory
- Tractor Mania
Lagi satu Mamayanie suka games Tractor Mania juga.
Grocery Store Games
Dalam kategori ini terdapat beberapa games iaitu Idle Hypermarket Empire, Tap Supermarket dan The Casagrandes Mercado Mayhem. Semua berkaitan dengan pasaraya dan jual beli.
Restaurant Simulation Games
Siapa yang suka buat pizza atau burger, ha ini ada games yang korang boleh buat pizza, burger dan ada jugak games yang berkaitan cafe shop. Kiranya berkaitan masak-masak ini ha dalam games kategori ni. Antara games yang ada iaitu:
- Coffee Shop,
- Pizza Baker,
- Pizza Cafe,
- Burger Shop,
- Chocolate Shop,
- Cooking Fever,
- Cooking Street,
- Hotdog Cart,
- Ice Cream Bar,
- Open Restaurant,
- Penguin Cafe,
- Pizza Chief,
- Pizza Shop,
- Pizzeria,
- Ultra Pixel Burgeria
Business Simulation Mortgage Calculator Money Games
Kategori ini pulak tidak berkaitan dengan makanan tau, lebih kepada permainan perniagaan barang-barang lain. Ada games haiwan, pembinaan, barang kemas dan sebagainya. Permainan yang terdpaat seperti Idle Mining Empire, Idle Pet Business, Corporate Overlord, Flower Shop, Jewel Shop, dan Chicken Clicker.
Software Development & Online Businesses Games
Permainan ini membantu kanak-kanak mempelajari konsep asas yang berkaitan dengan pengaturcaraan komputer dan ujian perisian. Ianya banyak mengajar tentang pengekodan bersama-sama dengan cara perisian dibuat dan diuji. Walaupun games agak berat tapi sebenarnya ianya agak santai dan menarik untuk dimain. Contoh games nya seperti Code Panda, Idle Startup Tycoon dan sebagainya.
Mortgage Calculator Money Games Office Politics Games
whimsical ragdoll clicker game can be used to explain internal competition, conflict resolution & team building, and an endless runner
Environmental Games Mortgage Calculator Money Games
Permainan kategori ini agak menarik kerana ianya melibatkan persekitaran semulajadi dan sekitar. Contoh games seperti Wind And Solar, Sort The Trash, dan Twin The Bin.
Other Fun Games
Selain itu, ada juga permainan lain yang seronok untuk dimain disediakan diwebsite ini. Contohnya Banana Running ini comel sangat untuk dimain bersama anak-anak tau. Selain itu permainan BBQ Roast,Cooking Mahjong, Hidden Food, dan Merge Salad.
Banyak kan games yang disediakan dalam website Mortgage Calculator Money Games ini. Ha korang kena lah cuba sebab ada pelbagai permainan menarik dan membantu dalam kemahiran pengiraan matematik secara tidak langsung.
Sambil bermain games boleh belajar mesti seronok dapat bermain dengan anak-anak tau. Rasa nak santai dan menghiburkan korang boleh cuba games lain-lain seperti Banana Running tu.
Untuk maklumat lanjut
Website: https://www.mortgagecalculator.org/money-games/
Till Next Entry ye!!!
anak kita pun suka main game ni, bagus untuk otak nak belajar kan