Pilihan Sarapan Bersama Tersayang | Selamat Hari Jadi Mak, Alhamdulillah sempena hari jadi Mak Mamayanie yang lepas dapat lah kami sambut awal pagi dan bersarapan bersama di D’Sudut Coffee Tanjung Malim. Cafe ini antara yang baru buka di pekan Tanjung Malim dan ianya terletak di sebelah dengan lorong Laman Seni Tanjung Malim.
D’Sudut Coffee Tanjung Malim
D’Sudut Coffee Tanjung Malim menjadi cafe pilihan Mamayanie untuk sambutan hari jadi Mak kerana cafe ini agak berbeza dari segi untuk menu sarapan paginya dari kedai yang sedia ada di Tanjung Malim.
Kalau korang cari sarapan atau cafe yang agak santai sambil minum coffee boleh lah cuba disini. Bagi Mamayanie ianya berkonsepkan kopi dan pastri style. Tapi bukan lah kata cafe ini hanya untuk waktu pagi je ye, ianya beroperasi sehingga petang.
BACA: Cafe Markisa
Konsep & Deko Cafe
Menu Utama & Harga di D’Sudut Coffee Tanjung Malim
Menu yang disediakan disini ada pelbagai tapi untuk menu sarapan yang berat tak banyak. Yelah kan Mamayanie kata konsep menu lebih kepada kopi dan pastri style jadi kebanyakkan berasaskan roti. Menu utama cafe terbahagi kepada beberapa jenis antaranya:
- Fresh to go
- Croissant Sandwish
- Cheesy Bread Sandwsih
Pilihan Menu Sarapan
Disebabkan kami dah terbiasa dengan menu sarapan yang agak berat, tetap juga nak cari Nasi Lemak. Tapi menarik disini Nasi Lemak nya adalah Nasi Lemak Pandan tau, dan nasinya berwarna hijau. Dibungkus dalam paper dengan alas daun pisang yang membuatkan rasa lebih enak dimakan.
Kuantitinya tidak banyak dan tidak terlalu sedikit, cukup lah untuk makan pagi dengan rasa sambal pun yang cukup rasa dan sedap.
Nasi Lemak Hijau RM2.50
Kami bertiga semua ambil nasi lemak hihi cadang nak tambah roti atau berasaskan english breakfast tapi kenyang pulak dah makan nasi. Mungkin akan datang Mamayanie akan cuba menu yang lain.
Untuk tambahan menu lain kami ambil kuih-muih. Ini Mamayanie suka untuk kongsikan ye, kuih disini memang sedap terutamanya kuih Bengkang Ubi memang sedap. Selain itu, korang boleh cuba jugak kuih Putu Perak, Cucuk Badak dan sebagainya. Kuih-muih ini dijual dalam pek ye, dalam setiap pek ada dalam 2-5pcs (mengikut kuih).
Harga bagi setiap kuih-muih ini RM 3.50 / pek
Pilihan Minuman
Untuk minuman pulak disini semestinya banyak ditawarkan menu berasaskan Coffee tau. tapi jangan risau bagi bukan pengemar kopi macam Mamayanie, disini juga ada berasaskan susu dan coklat. Jadi Mamayanie pesan Chocolate Ice dan untuk Mak pulak dia pesan nak Teh Tarik Panas.
Minuman Chocolate Ice (non-coffee) RM 9.90
Minuman Teh Tarik Panas RM 3.90
D’Sudut Coffee Promo
Sewaktu kami datang cafe ada menawarkan menu set promo iaitu Spanish Latte & Blackpepper Chicken Pie. Mula Mamayanie nak order tapi sebab tak minum latte hihi Lepas adik datang terus Mamayanie promote dekat adik suruh ambil set promo ini. Yelah boleh lah Mamayanie rasa jugak kan walaupun jenis tak minum latte. hihi
Pandangan rasa pulak bagi Mamayanie pie nya cukup rasa tetapi agak kering sket dan bukan kena dengan rasa tekak Mamayanie. Untuk Spanish Latte pulak bagi bukan pengemar coffee ini, rasa nya sedap dan boleh dinikmati.
Spanish Latte & Blackpepper Chicken Pie RM 15.00
Lokasi D’Sudut Coffee Tanjung Malim
Alamat: Jalan Dato Keranji, Tanjung Malim, Malaysia (waze D’Sudut Coffee)
Cafe ini terletak betul-betul disebelah lorong seni pekan Tanjung Malim. Kalau korang datang ke pekan Tanjung Malim dan cari lokasi lorong seni.
Waktu Operasi
Ianya dibuka pada hari Selasa hingga Ahad (Isnin Cuti) dan beroperasi dari jam 8.30 pagi – 6.30 petang.
Untuk maklumat lanjut
Facebook: D’Sudut Coffee
Tiktok: D’Sudut Coffee
No Telefon: 017-446 2324
Email: dsudutcoffee@gmail.com
Till Next Entry ye!!!
Baru tahu ada tempat yang menarik macam nie dekat Tg Malim
ha nnti boleh lah try, banyak cafe baru ni hihi
Spanish latte ZUS famous betul sampai cafe lokal pun ikut. Ramai penggemarnya..