
Resepi Makanan Bayi 6bulan | Teruja Mamayanie bila Adikfh dah meningkat usia terutamanya bila dah masuk 6 bulan ini. Teruja nak bagi makan tu memang ada tapi terasa cepatnya alahai anak Mamayanie ni membesar. Tak pe janji dia membesar dengan baik dan sihat. Jadi untuk anak membesar dengan sihat kenalah bagi makanan yang sihat jugak.
Untuk peringkat awal Mamayanie dah buat Makanan Bayi 6 Bulan dengan memberi makanan pertama dia berasakan Nasi. Kali ini Mamayanie nak kongsikan antara resepi makanan bayi 6bulan keatas yang boleh Ibu Bapa buat sebagai puri untuk bayi korang.
BACA: Nasi kandar terbaik

Resepi Makanan Bayi 6bulan Keatas
Bahan-bahan yang digunkan kebanyakkan bahan yang mudah dijumpa di psar atau kedai-kedai berhampiran rumah. Jadi ianya memudahkan untuk Ibu Bapa menyediakan resepi makanan bayi 6bulan keatas.
#Puri Ubi Kentang & Susu
Bahan-bahan:
- Ubi Kentang
- Susu ibu / susu formula

Cara-cara:
- Buang kulit kentang dan basuh dengan air bersih
- Kukus atau boleh juga direbus (Mamayanie rebus je) sehingga empuk
- Blend / kisar halus kentang yang telah direbus
- Simpan dalam bekas kecil-kecil mengikut kuantiti 1kali makan bayi.
Bila nak berikan makanan, kukus semula puri kentang dan campurkan sedikit susu untuk lebih rasa lemak dan sedap untuk bayi korang.

#Puri Lobak Merah (carrot)
Bahan-bahan:
- Lobak merah
Cara-cara:
- Buang kulit dan basuh dengan air bersih
- Kukus atau boleh juga direbus sehingga empuk
- Blend / kisar halus obak merah yang telah direbus
- Simpan dalam bekas kecil-kecil mengikut kuantiti 1kali makan bayi.

Bila nak bagi bayi korang makan, korang boleh kukus semula puri yang telah dibekukan atau disimpan dalam peti sejuk. Untuk lobak merah juga sama boleh tambah sedikit susu ibu atau susus formula yang dah dibancuh bersama puri bagi rasa lemak dan manis semulajadi.
#Puri Brokoli & Labu & Susu
Bahan-bahan:
- Brokoli
- Labu (dipotong kecil)
- Susu ibu / susu formula bayi
Cara-cara:
- Rebus atau kukus brokoli dan labu yang telah dipotong kecil
- Dikisar halus kedua-duanya
- Boleh disimpana dalam bekas mengikut kuantiti 1 kali makan bayi
Bila nak berikan makan baru campurkan sedikit susu ibu atau susu formula yang telah dibancuh.

#Puri Brokoli & Bubur Nasi
Bahan-bahan:
- Beras yang dibasuh bersih
- Brokoli yang telah dibasuh dan dipotong kecil
Cara-cara:
- Masak nasi yang telah dibasuh dengan bersih, buat seperti bubur
- Campurkan dengan brokoli
- Bila dah masuk menajdi bubur, sejukkan dulu kemudian dikisar/ blend dengan halus

#Resepi Makanan Bayi 6bulan – Puri Buah Naga
Bahan-bahan:
- Buah naga
Cara-cara:
- Buah naga dibuang kulit dan dipotong dadu
- Kemudian kisar hingga halus dan dimasukkan dalam bekas simpanan.

#Puri Labu & Kurma
Bahan-bahan:
- Buah labu yang telah dipotong kecil dan dibasuh dengan bersih
- 3 biji Kurma yang dibuah biji (boleh juga buangkan kulit luar kurma)
Cara-cara:
- Rebus atau kukus buah labu sehingga empuk
- Kisar bersama bersama kurma hingga halus

#Puri Pisang, Kurma & Kismis
Bahan-bahan:
- Pisang (pisang lemak manis yang boleh dimakan terus)
- Kurma (buang biji dan kulit luar)
- Kismis
Cara-cara:
- Kukus sekejap pisang untuk bagi lagi lembut
- Kemudian kisar halis bersama kurma dan kismis.
Untuk kurma Mamayanie galakkan untuk buang kulit luar kerana ianya risau jika tidak dikisar dengan betul takut terlekat dalam mulut anak kulitnya tu.
Korang boleh jugak menyediakan puri pisang dengan kismis sahaja untuk mengurangkan rasa manis. Kerana kurma dan pisang dah manis kan, jadi hanya buat pisang dan kismis yang akan gabungkan rasa manis masam-masan sedikit dari kismis.
#Puri Ubi Kentang, Ladu & Kurma
Bahan-bahan:
- Ubi kentang yang dipotong dadu
- Labu yang dipotong dadu
- 3 biji Kurma (ianya sebagai pemanis)
Cara-cara:
- Kukus atau rebus ubi kentang dan labu sehingga empuk
- Kisar bahan rebus bersama kurma sehingga halus
- Simpan dalam bekas yang sesuai.
Resepi Makanan Bayi 6bulan Menggunakan Pemanis Semulajadi
Dalam penyediakan makanan bayi 6 bulan keatas, bahan perasa tambahan tidak dibenarkan. Antara bahan perasa tambahan yang tidak dibenarkan adalah garam, gula dan perasa tambahan lain. Jadi Ibu Bapa perlu menggunakan bahan perasa tambahan semulajadi untuk menyedapkan lagi makanan bayi 6 bulan ketas.
Bahan yang boleh digunakan adalah seperti kurma. Ianya adalah pemanis semulajadi yang sangat bagus untuk anak-anak. Bukan sahaja sebagai pemanis malah khasiat Kurma jugak banyak seperti yang kita tahu.
Baca: Penambah Perasa Semulajadi Untuk Bayi
Selain itu, Ibu Bapa juga boleh membuat perasa sendiri dari bahan semulajadi seperti Chicken stock dengan menggunakan ayam yang perlu direbus bersama dengan bawang dan rempah yang bersuaian.
Semoga ianya membantu para Ibu Bapa dalam menyediakan makanan bayi 6 bulan keatas dengan lebih mudah dan menjimatkan masa.
yanieyusuf.com
Leave a Reply