Tumpuan Sarapan Dengan Kepelbagaian Hidangan | Bila sebut roti canai mesti ramai yang suka dan ianya merupakan salah satu sajian sarapan pagi utama khususnya di Malaysia. Rata-rata penduduk Malaysia menjadikannya sebagai satu sajian utama untuk sarapan pagi yang mudah cepat dan mengenyangkan.
Roti Canai
Untuk pengetahuan korang Roti canai merupakan sejenis roti yang dihasilkan daripada tepung secara nipis dan dimasak garing. Kini, ramai pembuat roti ini telah mengadakan inovasi pada ramuan roti tersebut sehingga terdapat pelbagai jenis pilihan roti dan menjadikan ia salah satu hidangan terkenal dan tidak jemu dimakan.
BACA: Resepi Sayur Masak Lemak
Jenis-jenis roti canai yang terdapat dipasaran
Terdapat pelbagai variasi Roti Canai yang popular antaranya:
- Roti canai kosong/biasa
- Roti Bawang
- Roti Telur
- Roti Telur Goyang
- Roti Banjir kosong
- Roti Tampal
- Roti Sardin
- Roti Sarang Burung
- Roti Tsunami
- Roti Planta
- Roti Pisang
- Roti Bom
- Roti Tisu
- Roti Susu
- Roti Milo
Mamayanie nak kongsikan satu kedai makan yang menyajikan kepelbagaian hidangan sarapan pagi dengan berasakan roti canai di Tanjung Malim Perak.
The Warong Food Tanjung Malim
Tanjung Malim Perak adalah sebuah daerah kecil yang tidak asing lagi disebut-sebut oleh orang ramai kerana ianya merupakan salah satu laluan utama yang menghubungkan antara utara dengan selatan (dari Ipoh Ke Kuala Lumpur) mengikut jalan lama. Kedudukan Tanjung Malim yang terletak di penghujung selatan negeri Perak dan bersempadan negeri Selangor. Ianya dipisahkan dengan Sungai Bernam.
The Warong Food salah satu tarikan orang ramai pada waktu pagi kerana sajian sarapan yang menarik dan unik berasakan roti canai disediakan disini. Terkenal dengan sajian Roti Sarang Kambing Gedik menjadikan The Warong Food tumpuan sarapan bukan sahaja orang tempatan malah juga menjadi tarikan orang luar Tanjung Malim. Baru-baru ini pun Boss James Tiktokers makan disini tau hihi
Lokasi The Warong Food
Ianya terletak di pekan atau bandar Tanjung Malim. Lebih terperinci ianya berhadapan dengan bangunan Telekom (TM) dan seberang dengan Tealife Tanjung Malim. Kedainya kecil je tapi menarik kerana boleh melihat laluan keretapi jugak.
Untuk parking pula korang boleh parking dibelakang Warong tetapi ianya kawasan berbayar (persendirian). Atau korang boleh dapatkan parking sepanjang hadapan The Warong Food. Untuk pagi senang untuk dapatkan parking tau.
Menu Utama The Warong Food
Disini terkenal dengan hidangan berasakan roti canai, yang menjadi tumpuan adalah Roti Sarang Kambing Gedik. Dengan gabungan kuah kambing dan isinya menjadikan ianya satu hidangan pelengkap dan sedap.
Jadi tak lengkap lah jalan-jalan cari makan Mamayanie kalau tak rasa menu terkenal mereka. Walaupun Mamayanie tak makan daging Kambing tp boleh lah untuk mencubanya sedikit hihi Tapi ianya menajdi kegemaran Ensuami.
Selain itu terdapat Roti Tsunami Special Cheese yang menjadi pilihan Mamayanie. Memang padu dengan gabungan kuah dal dengan cheesenya. Terdapat juga menu roti yang lain seperti roti telur, roti tsunami biasa, roti sarang dan sebagainya. Untuk Abangfh pula kami order roti telur, sebab itu kegemarana dia.
Menu Tambahan The Warong Food
Bukan roti je ye ada dijual disini, malah terdpaat juga sajian lain seperti:
- Nasi Lemak herba berlauk,
- Lontong Jawa Original,
- Bihun Goreng,
- Kwetiau goreng,
- Roti bakar special,
- Roti bakar kaya,
- Mee Wantan Kicap,
- Mee Kicap,
- Mee Kari Ho Liao,
- Yong Tau Foo Krup Krap,
- dan terbaru mereka mengeluarkan sajian Nasi Ayam Gepuk.
Mamayanie belum sempat lagi nak rasa Nasi Ayam Gepuk yang dikatakan menjadi pilihan ramai jugak tau. Disebakan sambalnya yang memang padu rasanya, fuh tak sabar nak rasa nanti.
Jadi kalau korang datang ke Tanjung Malim Perak boleh lah cari The Warong Food untuk sajian sarapan pagi. Mamayanie juga akan kongsikan lebih banyak jalan-jalan cari makan yang menarik untuk perkongsian bersama.
yanieyusuf.com
sedapnya tengok telur goyang itu.hahaha
boleh try ni Yanie, kak ana kalau balik Teluk Intan mesti singgah Tg Malim sarapan 🙂