Babyfh 10bulan Dah Mula Belajar Berjalan

Assalamualaikum w.b.t

Cepat Masa Berlalu | Sekejap je dah masuk 10 bulan Babyfh pada 9 Mei semalam. Mamayanie sendiri tak sangka dapat lalui menjaga Babyfh sendirian sepanjang 10 bulan ni. Doakan Mamayanie lebih kuat dan tabah dalam menjaga dan mendidik Babyfh sepanjang hayat Mamayanie ye. Detik indah dalam perkembangan bayi adalah sewaktu bayi membuat satu pembaharuan dalam pertumbuhannya. Antara perkembangan bayi yang kebanyakkan ibubapa tunggu adalah apabila bayi mula belajar berjalan.

Detik Indah Dalam Perkembangan Bayi

Setiap perkembangan Babyfh memang buat Mamayanie teruja, almaklumlah inilah satu-satunya anak yang Mamayanie ada kan. Orang kata pengalaman pertama, semua benda terjadi kita akan teruja. haha Semalam 9 Mei genap Babyfh 10 bulan dan dia dah tunjukkan progres dalam perkembangan untuk berjalan.

https://www.facebook.com/yanieyusufofficial/videos/2354426281284092

Sehari sebelum genap 10 bulan, Mamayanie baru je kongsikan dalam facebook status yang Babyfh dah mula jalan setapak. Rupanya esok terus dia tunjukkan yang dia dah berjalan banyak langkah. Siang itu lepas ambil Babyfh balik dari taska, cikgu dah bagitahu yang Babyfh dah mula berjalan lebih 8 langkah. Alahai Mamayanie nak sangat tengok, selepas berbuka apa lagi dia pun tunjuk aksi kat mamanya. Yeahh! Walaupun masih lagi tak stabil tapi laju betul nak berjalannya. Babyfh seronok betul dapat melangkah laju, tapi mamanya lagi seronok berganda-ganda tengok bila Babyfh mula melangkah.

Mamayanie excited siap nak rakam, dapat lah jugak rakam seperti dalam video di facebook yang Mamayanie kongsikan (video diatas). Itu pun setiap kali nak rakam, aksi berjalan dia tunjuk kejap sangat, aksi jatuh-jatuh yang banyak haha. Dia tak mau Mamanya rakam lah tu haha

See also  Jualan Barangan Raya Festival Ramadan PUTRAJAYA 2018

Setiap budak perkembangan pertumbuhannya sangat berbeza, ada yang cepat dan ada yang lambat. Jadi Mamayanie pun tak mahir dalam setiap perkembangan bayi ini, cuma korang jangan lah risau ye bagi ibu-ibu yang pertama kali dapat bayi macam Mamayanie. Mamayanie kongsikan jadual tahap perkembangan bayi baru lahir hingga 6 bulan yang dikongsikan dalam website https://my.theasianparent.com.

Tahap perkembangan bayi baru lahir hingga 6 bulan

Detik Indah Dalam Perkembangan Bayi
Detik Indah Dalam Perkembangan Bayi
Detik Indah Dalam Perkembangan Bayi

Wah raya nanti lagi laju ler Babyfh berjalan harapnya. Tak sabar nak tengok Babyfh pakai baju Melayu dan sampin sambil berjalan terkedek-kedek, alahai comel nya bila dibayangkan hihi

Detik Indah Dalam Perkembangan Bayi antaranya adalah sewaktu bayi itu mula melangkah untuk berjalan. Ianya merupakan salah satu perkembangan yang dinantikan oleh pasangan Ibu Bapa. Banyak lagi perkara yang Mamayanie perlu belajar untuk memberikan didikan yang terbaik buat Babyfh. Insya-Allah.

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*