Puding Roti Mamamia

Assalammualaikum w.b.t
 
Puding Roti Mamamia | Selamat pagi…bukan pagi je selamat hihi.. okla mrsyanie ari tu dah janji dlm instagram nak share kan skali resepi buat puding dengan senang nye..hihih .. ehh promote sket.. jangan lupa follow instagram yanieyusuf 🙂 oklah resepi ni dapat dari tenet gak..cari punya cari yang mana paling senang nak buat dan bahan yang simple mudah didapati..so terjumpa lah resepi dari blog Farah Lee.. Terima kasih kerana menyediakan resipi yang mudah hihi..mrsyanie leh share kan resepi ni coz mrsyanie mmg dah buat sendiri dan ianya sangat senang serta ringkas..masa pun tak lah lama sangat nak adun kan nye..cakap banyak tak yah ler ye..jom tengok bahan2 nye..
Puding Roti Mamamia
Puding Roti Mamamia

Resipi Puding Roti Mamamia

Bahan-bahan nye:
  • Gula : 1/2 cawan
  • Majerin : 3 sudu besar
  • Fresh milk : 600ml
  • Roti : 10 keping (yang Farah Lee buat tuk 15 keping roti but mrsyanie buat just dalam 8-10 keping roti..jadi cut kan sedikit setiap bahan yang digunakan)
  • Telur : 1 biji
  • Esen vanila : 1 sudu kecil (untuk hilangkan hanyir telur. takde pun takpe)
  • Choco chip : untuk hiasan dan penambah rasa ala-ala coklat sket
Cara-caranya:
Bak kata orang kalu nak masak untuk suami atau nak masakkan sedap lebih elok kita mulakan dengan Bismillah, selawat dan sentisa happy masak memasak tau..insyAllah sedap lah..hihi kalu masak untuk suami, niatkan masak untuk suami makan dengan sedap dan penuh kasih sayang..

Puding Roti Mamamia

  1. Masukkan majerin dan gula dalam mangkuk, digaulkan sehingga sebati
  2. Masukkan susu rendah lemak kedalam adunan tadi
  3. Lepas adunan digaul, masukkan roti dan dicarik2 ikut suka. Gaulkan sehingga roti tu sebati dengan adunan tadi. Pastu masukkan coklat cip sedikit dalam adunan dan digaul.
  4. Masukkan adunan dalam loyang untuk dibakar dan letakkan hiasan coklat chip atas nye (mrsyanie letak banyak..sebab suka coklat ) hihih.
  5. Dibakar selama 10-20 minit dengan suhu 150-180. Jika lembik dan tak masak lagi tambahkan masa membakar. Pastikan tidak hangit ye.
  6. Siap masak leh hidangkan dan nyum nyum makan…
See also  Pulut Mangga Thailand

Lagi sedap dimakan petang dengan air mango yang dibuat oleh mrlaling yeahh selamat menjamu selera ye..

Resipi Mudah? KLIK

 

Till Next Entry ye!!!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*