Resepi Rice Paper TTEOKBOKKI Yang Mudah Dan Sedap!

Rice Paper Tteokbokki Hack | Mamayanie kalau makanan Korea antara menjadi kegemaran adalah Tteokbokki tapi suka jenis yang kering. Kebetulan layan video-video resepi ternampak pulak resepi diorang buat Tteokbokki dengan menggunakan Rice Paper atau ada yang panggil kulit popia Vietnam.

Senang rupanya nak hack Tteokbokki ni dengan menggunakan bahan yang mudah didapati di pasaraya. Paling best tak perlu nak bancuh tepung ke, hanya menggunakan rice paper sedia ada je. Jom Mamayanie kongsikan cara mudah membuat Resepi Rice Paper Tteokbokki dan pasti sedap.

BACA: Menarik Mengenai roti gardenia

Resepi Rice Paper TTEOKBOKKI Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Rice Paper TTEOKBOKKI Yang Mudah Dan Sedap!

Mamayanie suka jenis masakkan Tteokbokki yang kering tau tapi kali ini Mamayanie nak buat Tteokbokki basah pula. Dia ada berkuah sedikit dan berlemak kerana ada campuran Cheese.

Cara nya sangat mudah dengan menggunakan rice paper atau dipanggil kulit popia Vietnam. Korang boleh guna apa sahaja jenama yang pastinya cari bertanda halal. Bahan yang diperlukan pun mudah didapati di pasaraya.

Bahan Utama

  • Rice paper atau kulit popia Vietnam
  • Sos Gochujang

Antara Bahan lain yang diperlukan

Sebagai tambahan mengikut citarasa sendiri, korang boleh tambah bahan-bahan lain. Macam Mamayanie ini adalah bahan yang Mamayanie gunakan untuk menyedapkan lagi resepi Tteokbokki:

  • Bawang putih yang telah dicincang
  • Chili flakes
  • Cheese Fish Tofu
  • Sosej (alamak tak ada gambar)
  • Cheese keping & cheese mozzarella
  • Madu
  • Serbuk Ayam

Cara-cara Menyediakan Rice Paper Tteokbokki

  • 1. Ambil 3 keping rice paper dibasahkan dan digulung sperti gambar dibawah (jangan letak air banyak ye, hanya basahkan sedikit je nasi kertas tu).
  • 2. Kemudian gulung panjang dengan padat. Potong ikut suka panjang yang korang nak. Korang boleh letak dalam bekas dan ketepikan dahulu.
See also  Menang 4D3N Ke Manchester United Kingdom Bersama DASHING

Jom kita buat sos dia lak.

Resepi Rice Paper TTEOKBOKKI Yang Mudah Dan Sedap

Cara-cara Memasak Sos Resepi Rice Paper Tteokbokki

1. Tumis bawang putih yang telah dicincang bersama sedikit sahjaa minyak.

2. Masukkan air dan serbuk ayam. Kacau sebati sehingga mendidih.

3. Kemudian masukkan sos Gochujang, Cheese Fish Tofu dan sosej yang telah dipotong.

4. Biarkan sekejap terus masukkan madu, chili flakes.

5. Bila dah mendidih, akhir sekali masukkan cheese keping ye. Gaulkan dan boleh dihidang.

Mamayanie tak masukkan perasa tau sebab sos Gochujang dan serbuk ayam dah ada rasa. Malah kita letak cheese pun dah ada rasa masinnya.

Resepi Rice Paper TTEOKBOKKI Yang Mudah Dan Sedap
Resepi Rice Paper TTEOKBOKKI Yang Mudah Dan Sedap

Waktu hidang korang boleh masukkan cheese mozzarella dan dimakan dengan telur goreng. Kebiasaan orang akan makan dengan telur rebus tapi Mamayanie lebih suka dengan telur goreng.

Rasanya memang sedap, berkuah yang lemak sebab ada cheese. Korang kena cuba ok, boleh juga buat yang kering. Kalau nak kering jangan letak cheese keping dulu, biarkan airnya kering sedikit pastu baru letak cheese.

Resepi Rice Paper TTEOKBOKKI Yang Mudah Dan Sedap

Ok mana tahu Raya ini korang nak ubah rasa tekak Korea pulak kan, bolehlah mencuba! Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.Untuk resepi lain boleh tengok disini : RESEPI

yanieyusuf.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*