
Kempen Bulan Taksir Zakat | Pernah tak korang terfikir untuk membuat taksir zakat dengan lebih tepat? Maksudnya membuat pengiraan apa sahaja jenis zakat yang berkaitan seperti Zakat KWSP, Zakat Simpanan dan lain-lain dengan nilai lebih tepat (jumlah sebenar). Bayar jumlah tepat, hidup lebih berkat! Jom Taksir Zakat Dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) sempena bulan taksir zakat yang telah dilancarkan baru-baru ini.

Bulan Taksir Zakat
Sempena bulan taksir zakat, satu kempen “Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu” yang dilancarkan oleh Lembaga Zakat Selangor membantu pembayar zakat untuk mengetahui nilai sebenar yang perlu dilunaskan bagi seseorang terhadap harta mereka (yang perlu di zakat).
Selain itu, kempen ini bertujuan mendidik dan mengajak umat Islam di Selangor khususnya mengira sendiri zakat dengan lebih mudah dan tepat. Ianya juga sebagai inisiatif untuk membudayakan taksiran zakat pada setiap bulan Jun sebagai amalan tahunan dalam kalangan masyarakat agar tanggungjawab zakat tidak dilupakan, seiring dengan jumlah harta yang dimiliki supaya ibadah itu dilaksanakan dengan lebih sempurna.
BACA: Sedekah Subuh
Jom Taksir Zakat Dengan Lembaga Zakat Selangor
Kempen “Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu” telah bermula pada 15 Jun hingga 31 Julai 2022 dengan tawaran menarik dimana orang berpeluang untuk memenangi baucar dan hadiah-hadiah menarik yang telah disediakan.
Sebelum itu, jom Mamayanie kongsikan jenis-jenis zakat harta yang boleh korang membuat taksiran zakat:
- Zakat Pendapatan
- Zakat Perniagaan
- Zakat KWSP
- Zakat Simpanan
- Zakat Saham & Pelaburan
- Zakat Emas & Perak


Cara-cara Taksir Zakat
Kebiasaannya kita akan ke kaunter zakat untuk membuat taksir zakat, tetapi dengan kemudahan teknologi serba canggih kini korang boleh membuat taksir zakat secara atas talian (online) sahaja. Dengan kecanggihan terkini, korang hanya perlu muat turun (download) dan log masuk aplikasi mudah alih “ZakatSelangor” di App Store atau Play Store.
Sangat mudah kan sekarang, tiada alasan lagi untuk tidak sempat membuat taksir zakat korang. Nak lagi menarik korang juga berpeluang memenangi baucar KFC dan hadiah-hadiah menarik seperti Yamaha Lagenda 115Z FI, Nintendo Switch OLED, Garmin Smart Watch dan 10 buah Galaxy Tab A8.

Kelayakan menyertai cabutan pemenang
Jom kita lihat kelayakan untuk menyertai kempen Jom Taksir Zakat:
- Peserta perlu layari jom.zakatselangor.com.my atau imbas kod QR dan muat turun Aplikasi Zakat Selangor di Play Store atau App Store.
- Sila log masuk dan membuat taksiran jenis-jenis zakat harta.
- Peserta perlu tekan butang simpan sebagai bukti taksiran dan komitmen penyertaan.
- Membuat bayaran zakat harta di mana-mana saluran bayaran yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) termasuk ejen-ejen LZS yang bertauliah.
- Tiada had minimum bayaran zakat yang ditunaikan.
- Setiap peserta berhak untuk mendapat satu cabutan sahaja.
Satu lagi kemudahan secara atas talian (online) yang boleh korang gunakan untuk membuat segala urusan berkaitan zakat iaitu melaliu EZO, e-zakat online.

Pengurusan Agihan Zakat
Sedikit perkongsian yang Mamayanie baca mengenai agihan yang dilakukan oleh Lembaga Zakat Selangor kepada yang selayaknya. Lembaga Zakat Selangor mempunyai “Skuad Jejak Kemiskinan” yang bertanggungjawab dalam memegang amanah untuk membuat bancian, siasatan dan agihan zakat yang seadilnya.
Terdapat 8 golongan asnaf yang layak:
- Fakir
- Miskin
- Amil
- Muallaf
- Gharimin
- Riqab
- Fisabilillah
- Ibnu sabil
Setiap aktiviti yang dijalankan oleh Lembaga Zakat Selangor korang boleh lihat di laman sesawang media sosial mereka. Setiap amanah yang dipegang dijalankan dengan sempurna. Jadi tiada keraguan mengenai arah-tuju zakat yang korang laksanakan.
Jadi jomm Taksir Zakat dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk mengetahui nilai sebenar zakat yang perlu dilaksanakan oleh kita semua agar mendapat keberkatan dalam setiap hasil harta yang diperolehi didunia.
Untuk maklumat lanjut
Telefon : 1-300-88-4343
Website : https://www.zakatselangor.com.my/
Instagram : https://www.instagram.com/zakatselangor/
Facebook : https://www.facebook.com/zakatselangor/
good sharing yanie