Percutian Tanpa Dirancang ke Teluk Intan Perak

Percutian Teluk Intan Perak | Pada asalnya ini bukan lah percutian yang kami rancang ke Teluk Intan, tak terlintas dalam pilihan kami, suami isteri tapi ianya percutian yang tanpa dirancang. Kami sebenarnya ke Putrajaya pada hari jumaat untuk hadiri satu review restoran. Nanti Mamayanie kongsikan restoran menarik untuk korang makan-makan di Putrajaya ye.

Selesai event pada hari tersebut, baru kami nak cari hotel berdekatan. Ingat nak ke Melaka tak jadi, itu yang cuba cari hotel area Putrajaya atau Cyberjaya. Hotel yang Mamayanie nak semuanya penuh termasuk hotel di Genting Highland. Mungkin sebab waktu cuti sekolah dan hujung tahun kan.

Percutian Teluk Intan Perak

Nama pun tak rancang, jadi memang main terjah je lah. Lepas itu kami pun tak tahu kemana terus gerak balik, dalam perjalanan Ensuami kata jom kita singgah makan Mee Kari Lina sedap di Bidor (nanti Mamayanie story ye). Kalau ke Bidor korang wajib singgah sini makan Mee Kari tau haha

Percutian Teluk Intan Perak

Selepas makan, dah gerak dalam kereta nak keluar simpang, gatal mulut Mamayanie kata jom ke Teluk Intan. Tidur Teluk Intan pulak, Ensuami pun jenis on je. Terus lah kami ke sana, dalam perjalanan buat lah carian hotel yang ada. Kira main terjah je ini sebab tak booking ye. haha

Waktu buat carian google tu nampak hotel yang menarik iaitu Rivertel Teluk Intan. Jadi Mamayanie target kesini tapi tak booking jugak haha

See also  Krabi | Thailand | Trip Honeymoon Krabi | Part 2 | Arrival

Penginapan Menarik di Teluk Intan

Sampai Teluk Intan, terus nampak hotel itu. Tinggi bangunannya memang akan nampak lah, terus kata pada Ensuami ”Jom ke hotel tu”. Terus di belok ke Rivertel. Masuk terus tanya ada bilik lagi tak untuk 1 malam.

Bilik yang tinggal waktu itu, bilik Deluxe King Plus dengan rate RM187.00/malam. Terus ok jew sebab masih dalam rate bawah RM200.00 dan bilik kami di tingkat 6.

BACA: Tempat menarik Ipoh

Percutian Teluk Intan Perak Hotel Rivertel

Masuk jew bilik, memang rasa selesa dan besar. Sesuai untuk keluarga kami 3 orang yang sangat selesa ye dan berpatutan dengan harganya. Babyfh lagi seronok lah, sampai je terus tuju ke katil. Nasib baik katil tu kukuh sebab dia melompat2 atas katil seronok.

Tengoklah Babyfh sampai je terus melompat kesana kesini dia. Memang seronok bawa dia tidur hotel sekali sekala bagi masa untuk kami sekeluarga luangkan masa bersama.

Kemudahan Yang Terdapat di Hotel

Kemudahan bilik ini pun sangat lengkap.

  • Katil King
  • Kerusi panjang
  • Coffee Maker
  • Wi-Fi
  • Television
  • Air Conditioner
  • Hair Dryer
  • Ironing
  • Refrigerator
  • Security Lock

Parking kereta jugak percuma dan terjaga.

Bilik air dia pun bersih dan selesa. Lagi satu yang Mamayanie perasan, setiap kali diorang bersihkan dan akan sanitasi bilik, diorang akan lekat stiker dekat pintu. Bila terbuka maksudnya bilik itu ada orang masuk.

Hotel ini juga sediakan room service menu tau. Korang boleh order secara telefon mahupun whatsapp sahaja nombor yang diberikan. Harga menu juga berpatutan dan menunya sedap. Malam itu kami order Crispy Chicken Chop with spaghetti, kentang goreng dan aiskrim untuk Babyfh. Tapi bukan Babyfh yang makan, mama dia yang terpaksa habiskan haha sebab dia dah lena.

See also  Hatyai, Thailand Part 4- Jalan-Jalan sekitar Bandar Hatyai

Percutian Teluk Intan Perak Menara Condong

Awal pagi pulak kami plan untuk sarapan dekat area muara sungai Teluk Intan. Tapi sebelum tu sempat jugak kami singgah ke Menara Condong Teluk Intan yang mana korang wajib singgah jika dah sampai ke Teluk Intan atau nama dulu nya adalah Teluk Anson.

Sewaktu kami sampai, menara belum buka untuk lawatan ke dalam. Kami sampai awal pagi kan sebab nak cari sarapan, jadinya bergambar je kat sekitar Menara Condong Teluk Intan.

Disebabkan kami datang awal pagi, memang tak ramai orang dan tak panas untuk bergambar. Langit pulak biru dan cerah, cantik jew.

Menara condong teluk intan
Percutian Teluk Intan Perak
Percutian Teluk Intan Perak

Sejarah Menara Condong Teluk Intan

Menara Condong Teluk Intan ialah sebuah menara tangki air yang kemudian dijadikan menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini ialah ia menyerupai Menara Pisa, Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setinggi 85 kaki dan terdapat 110 buah anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.

Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini, menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Kini, bangunan purba itu mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali. – wikipedia Menara Condong Teluk Intan.

Percutian Teluk Intan Perak
Percutian Teluk Intan Perak

Sarapan di Kawasan Muara Sungai

Dari Menara Condong Teluk Intan kami terus ke belah muara sungai untuk cari sarapan pagi. Kedai ini kecil jew, Mamayanie tahu pun sebab adik dan adik ipar pernah bawa makan dekat sini. Walaupun lupa-lupa jalan tapi redah jew. Akhirnya sampai jugak. Ianya berhadapan dengan sungai dan berdekatan dengan Klinik Kesihatan Teluk Intan.

See also  [Hotel Review] Pakej Honeymoon Bajet | Hotel Oriental Star Lumut

Kedainya tak ada singboard ekat luar tau, korang boleh tengok dekat gambar dibawah. Tapi nama kedai ni Nasi Dagang Hujung Tanjung Teluk Intan dan korang nak buat carian boleh waze je nama tu.

Menu dekat sini ada pelbagai, antaranya Pulut Kuning dengan Rendang, Nai Lemak pelbagai lauk, Lontong Nasi Impit dan Kuah Kacang, Nadi Dagang, Nasi Kerabu dan lain-lain. Harga pun biasa je tak mahal.

Asalnya nak turun bgambar dekat jeti muara ini tapi tengok air sungai punya paras tinggi. Tak jadi nak turun bergambar dengan Babyfh. Risau pulak kan kalau bawa Babyfh tepi sungai dengan paras air tinggi. Kita pun naik risau tengok.

Lepas itu kami terus balik hotel. Lepak-lepak dalam bilik dulu sebelum check out. Sebab Babyfh paling suka lepak dalam bilik main-main haha Dah check out kami singgah rumah adik dekat Langkap sebelum balik ke rumah, home sweet home hihi

Itu sahaja trip percutian Teluk Intan Perak kami, kalu korang 1st time datang Teluk Intan boleh lah korang pusing-pusing sekitar Teluk Intan dulu. Dan lagi satu, Teluk Intan antara lokasi port makan yang menarik boleh korang terjah ye.

Nak tahu lokasi menarik di Perak boleh layari – LINK TRAVEL PERAK.

yanieyusuf.com

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*