
Assalamualaikum w.b.t | Pembedahan Gigi Bongsu | Permulaan Tahun 2022 Mamayanie di Hospital Kerajaan untuk menjalani pembedahan gigi bongsu. Pengalaman pertama yang Mamayanie menjalani pembedahan secara bius penuh atau bius tidur. Orang lain seronok bercuti sambut awal tahun, Mamayanie duduk rumah masih memikirkan pasal nak bedah buang gigi bongsu atau nak batalkan haha
Ada orang yang gigi bongsu dia tumbuh keempat-empatnya, 2 batang atas dan 2 batang dibawa.
Ada juga yang gigi bongsunya tidak timbul atau keluar.
Ada yang gigi bongsu hanya keluar 2 batang dibawah atau diatas sahaja. Yang ini sama seperti Mamayanie. Dimana gigi bongsu bahagaian bawah sahaja keluar. Bila x-ray baru tahu yang gigi bongsu atas juga ada tapi ianya tak keluar. Gigi bongsu Mamayanie mula keluar 4 tahun yang lepas tapi ianya tak lah sakit sangat. Sakit kejap-kejap jew, dan Mamayanie pernah rujuk klinik. Tapi Doktor tu kata belum keluar sepenuhnya. Dia anggarkan akan keluar 2 tahun lagi sepenuhnya.
Ada pengalaman dari kawan-kawan Mamayanie, gigi bongsu diorang berikan tekanan sehingga sakit dan terus rujuk untuk pembuangan. Mamayanie masih boleh bertahan sebelum ini. Tapi bila tiap kali makan pasti akan ada yang terselit buat kurang selesa. Sebab itu Mamayanie rujuk klinik untuk proses pembuangan.
Gigi Bongsu
Untuk pengetahuan, seorang dewasa memiliki 32 batang gigi kekal. Gigi bongsu ialah gigi geraham terakhir yang tumbuh dan berada paling belakang. Biasanya gigi bongsu akan keluar ketika seseorang berumur antara 18 ke 25 tahun. Disebabkan kesemua gigi kekal kita sudah tumbuh lengkap, gigi bongsu akan mengalami kesukaran untuk timbul dari dalam gusi akibat tiada ruang.

Bukan semua orang yang perlu buang gigi bongsu, kebiasaannya ianya dibuang sekiranya memberi kesan sakit atau yang kurang selesa dengan pertumbuhannya.
Pembedahan Gigi Bongsu
Ini adalah pengalaman Mamayanie yang pertama masuk dewan bedah dan jalani pembedahan secara bius penuh atau kita biasa panggil bius tidur. Kebiasaan bius penuh ini akan dilakukan sekiranya ianya sukar danperlu cabut lebih dari satu batang gigi.
Sepanjang pemeriksaan di klinik dan hospital kerajaan bahagian pergigian sangat dipermudahkan. Untuk panduan semua, korang perlu buat pemeriksaan gigi terlebih dahulu di klinik pergigian daerah (bagi duduk dikawasan daerah) sebelum susulan rawatan di hospital besar.
Pengalaman Pembedahan Gigi Bongsu
Selepas permeriksaan di klinik pergigian Daerah, Mamayanie diberikan surat untuk susulan ke Hospital pula. Hari pertama di hospital 15 Disember 2021, alhamdulillah Doktor Pakar nya pun sangat baik. Selepas pemeriksaan, terus diorang bagi tarikh untuk pembedahan iaitu 3 Januari 2022.
- 15 Disember 2021 (hari pertama susulan) – terus diambil darah untuk ujian darah.
- 22 Disember 2021 – Mamayanie dimintak untuk berjumpa pakar bius untuk pemeriksaan lanjut. Untuk mengetahui keadaan kesihatan kita. Alhamdulillah pakar bius nya pun baik dan dipermudahkan. Terus isi borang persetujuan semua.
- 31 Disember 2021 – satu ujian PCR Swab Covid19 dijalankan. Ini antara prosedur baru yang wajib jalani untuk pembedahan. Kira macam dah jadi satu prosuder wajib dah sekarang sebelum pembedahan. Alhamdulillah dapat keputusan pada ahad 2 Januari 2022 dengan keputusan negetif.
- 3 Januarai 2022 – Hari pembedahan berlangsung.
Mamayanie dikira pesakit daycare. Dimana kita perlu datang awal pagi pada hari pembedahan dan tidak perlu bermalam di ward hospital. Jam 7.15 – 7.30 pagi perlu sampai di ward daycare untuk pemeriksaan. Mamayanie hadir ke hospital dengan ensuami sebagai peneman.
Kami sampai dalam jam 7.20 pagi di ward daycare dan sampai shaja Mamayanie perlu tukar pakaian terus. Ensuami tidak dibenarkan masuk dan perlu tunggu diruang menunggu yang disediakan dihadapan. Mamayanie dibawa terus ke katil untuk pemeriksaan dari Doktor bius dan Doktor pergigian.

Sampai je dekat katil, terus diorang ambil bacaan tekanan darah, pakaikan jarum ditangan dan beberapa pemeriksaan. Kes Mamayanie adalah kes ke-2, kes-1 pembedahan budak 6bulan disebabkan sumbing. Comel je baby tu, Mamayanie jumpa sewaktu kami sama-sama nak buat test PCR sebelum itu.
Bila kes ke-2 ini lambat lah sikit, perut dah berkeroncong sebab puasa dari malam sebelum itu. Jam 11 pagi baru Mamayanie dibawa ke dewan bedah, hampir 1 jam diruang pemantauan sebelum ke bilik bedah. Dengan sejuk ya amat, aduh gigil rasa.
Tapi bangga dengan staff hospital dewan bedh mampu bertahan dalam itu lama untuk bertugas.
Tepat jam 12 tengahari, Mamayanie ditolak masuk ke bilik bedah. Berdebar itu memang ada lah. Seram sejuk je rasa masuk situ. Dengan macam-macam alatan ada disitu. Pakar bius yang pantau Mamayanie dulu dan dia yang tenangkan Mamayanie sebab gemuruh kan. Lepas diorang cucuk ubat bius dan tak sedar.
Jam 3.00 petang, Mamayanie dikejutkan dan tersedar jew terus muntah dan rasa nak terkencing. Nurse kata jangan push muntah itu, risau sebab jahitan dalam mulut. Memang anatara kesan selepas bius adalah muntah, sakit tekak dan sebagainya. Doktor bius memang dah terangkan.
Sedar jew, terus dibawa ke ward daycare untuk pemantauan disana oleh doktor gigi dan doktor bius. Pembedahan Mamayanie berjalan selama 2 jam dari jam 12.00 tengahari sampai 2.00 petang. Sebab doktor kata ada gigi Mamayanie yang sukar untuk dikeluarkan.
Dalam jam 5.30 petang baru kami bergerak balik kerumah. Terasa lama sangat duduk dekat hospital tapi paling kesian ensuami lah. Dia menunggu dari awal pagi hingga petang.

Terima kasih ensuami teman dan uruskan sgalanya td dari jam 730am sampai 5lebih pm dekat hospital. Juga buat Mak yang tolong jagakan Babyfh sepanjang kami berada di hospital.
Terima kasih jugak kepada semua Doktor dan staff di klinik dan Hospital kerajaan bahagian pergigian, pembedahan bius, dan daycare kerana memberikan perkhidmatan yang terbaik. Dari awal hingga sewaktu hari pembedahan mereka telah memberikan yang terbaik kepada semua pesakit.
Insya-Allah temujanji seterusnya pada 11 Januari 2022 untuk buka benang pulak.
Kos rawatan Mamayanie untuk pembedahan di hospital kerajaan : RM 50.00
Kos rawatan pakar (setiap kali susulan) : RM5.00
Rawatan Selepas Pembedahan
Antara peneman Mamayanie sepanjang nak masuk 4 hari selepas pembedahan adalah ubatan dari hospiatal dan esential oils Young Living.
Apa pun wajib ada essential oils Young Living:
Copaiba -kurangkan bengkak
Digize -kurangkan rasa mual, kesan bous buat perut mual dan nk muntah-muntah
Frankincense -letak kat kepala bagi tenang dan rehat
Thieves -sapu dekat tapak kaki & diffused kan. untuk antiseptik & tenang
R.C – letak kat hidung sebab kesan tiub pernafasan sewaktu operate. Bagi lega pnafasan dan kurangkan hidung tersumbat.
Alhamdulillah essential oils Young Living banyak jugak membantu Mamayanie. Ubat tahan sakit baru 1 kali je Mamayanie ambil sebanyak 1biji jew. Ubat kumuh tu wajib guna untuk kebersihan dalam mulut. Mamayanie follow arah 3 kali sehari. Insya-Allah nanti Mamayanie kongsikan lebih detail mengenai essential oils Young Living yang Mamayanie gunakan.
Doakan ye cepat baik. Nak Young Living boleh : https://www.instagram.com/yleo.yanieyusuf/
Till Next Entry ye!!!
ngeri pula mama baca pasal pembedahan ni. alhamdulillah berjalan lancar. semoga cepat sihat ye
Salam, nak tanya. Bila kita dapat surat dari Klinik kesihatan utk opearation gigi bongsu, akan ada appointment susulan ke lepas tu?
wslm. klinik kesihatan akan buat surat susulan untuk dibawa ke hospital untuk operation gigi bongsu.
Hospital mana ya buat pembendahan tu..sebab tengah dalam dilemma nak buat kat kerajaan ke swasta ni
akk buat dekat hospital kerajaan je. harga pun tak mahal.
Hi nak tanya. Kalau dah ada surat susulan tapi dari klinik gigi swasta boleh ke surgery dekat hospital kerajaan?
ini yanie tak pasti tapi boleh cuba ke hospital tanya dulu.
hospital kerajaan mana ya pn yanie pergi ? thank you 🙂
saya pergo hospital Sim river Perak