Zakat Wajib Bagi Yang Layak | Mamayanie yakin ramai yang dah mulakan kehidupan harian seperti biasa dengan norma baru kan. Sistem ekonomi kita pun semakin pulih dan ramai yang dah mula menjalankan perniagaan seperti biasa. Dalam kita sibuk mencari pendapatan semula dan ekonomi semakin stabil, jangan lupa dengan tanggungjawab kita sebagai umat Islam. Iaitu tanggungjawab menunaikan Zakat dimana sekarang tunaikan Zakat lebih mudah dengan Online perbankan.
Zakat Salah Satu Tuntutan Agama
Zakat juga merupakan salah satu tanda kita bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat yang telah diberikan. Wabak Covid19 ini betul-betul memberi kesan kepada ramai golongan B40 dan termasuk golongan M40 sendiri.
Lembaga Zakat Selangor (LZS) menjangkakan akan berlaku peningkatan asnaf fakir, miskin dan mualaf sehingga 80,000 keluarga, kesan penularan pandemik COVID-19. Mereka ini terdiri daripada golongan yang terjejas terutamanya ketua keluarga yang diberhentikan kerja atau hilang punca pendapatan, cuti sementara tanpa gaji atau bergaji separuh. Disitu lah juga peranan kita sebagai Umat Islam perlu menjalankan tanggungjawab dengan menunaikan Zakat.
BACA: Review Novel Terima Kasih Allah Saat Roh Di Sempadan Barzakh
Ada yang Mamayanie dengar, ”saya dah bayar Zakat tapi dekat kampung”, ”tak boleh ke?”. Bukan kata tak boleh ye tapi sebenarnya lebih afdal atau lebih baik untuk kita menunaikan Zakat ditempat kita bermastautin dan tempat kita mencari rezeki.
Tunaikan Zakat Lebih Mudah
Daripada Ibn Abbas R.anhuma, bahawa tatkala Rasulullah SAW mengutuskan Muadz bin Jabal ke penduduk Yaman, baginda berpesan, antara lainnya:
فَأَعْلِمْهُمْ أَنَّ اللَّهَ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً فِي أَمْوَالِهِمْ تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ وَتُرَدُّ عَلَى فُقَرَائِهِمْ
Maksudnya: Maka beritahulah mereka bahawa Allah telah menfardukan ke atas mereka sadaqah (zakat wajib) terhadap harta-harta mereka, diambil daripada orang kaya dalam kalangan mereka dan dikembalikan kepada orang fakir dalam kalangan mereka. (Hadis riwayat al-Bukhari.)
Daripada Abu Juhaifah RA bahawa dia berkata:
قَدِمَ عَلَيْنَا مُصَدِّقُ النَّبِيِّ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – فَأَخَذَ الصَّدَقَةَ مِنْ أَغْنِيَائِنَا فَجَعَلَهَا فِي فُقَرَائِنَا
Maksudnya: Telah datang wakil Rasulullah SAW untuk mengutip zakat dalam kalangan kami, maka dia mengambil zakat daripada kalangan kami yang kaya dan membahagikan zakat itu kepada orang miskin dalam kalangan kami. (Hadis riwayat al-Tirmizi, Ibn Hibban dan al-Tabraniز)
Nas-nas di atas difahami oleh para ulama merujuk kepada keutamaan membayar zakat di negeri yakni tempat harta-harta zakat itu diperolehi, dimana tempat kita bekerja atau tempat kita menetap. Isu disini bukan kata sah atau tidak pembayaran Zakat itu, tetapi ianya lebih kepada keutamaan membayar zakat di kawasan setempat.
Ada yang mempersoalkan ”Lembaga Zakat tempat saya menetap jalankan tugas ke?”, bagi Mamayanie setiap amanah yang diberikan kepada pusat Zakat akan jalankan tanggungjawab diorang sebaiknya. Sebagai contoh Lembaga Zakat Selangor (LZS), menjalankan amanah yang dipegang sebaiknya dan diwar-warkan kepada umum. Ianya untuk pembayar Zakat nampak hala tuju dan telah disalurkan dengan baik bayaran Zakat yang telah korang lakukan. Korang boleh lihat sendiri dekat website atau medium media sosial seperti facebook pusat Zakat itu sendiri.
Tunaikan Zakat Lebih Mudah Dengan Online Perbankan
Sekarang tiada lagi alasan kita tak sempat nak bayar Zakat, atau susah nak keluar bayar Zakat kerana Lembaga Zakat Selangor dengan kerjasama bank-bank memudahkan korang bayar Zakat secara Online Perbankan. Ada lebih 10 bank yang boleh korang pilih untuk menunaikan tanggungjawab Zakat ini dan salah satu bank yang mempunyai link pembayaran adalah Bank Rakyat.
Online Perbankan Bank Rakyat
Cara pembayaran secara online, korang boleh klik sahaja pada link https://fpx.zakatselangor.com.my/ atau kalau korang ada iRakyat Bank Rakyat boleh melalui laman sesawang iRakyat. Mamayanie lebih selesa dengan Online perbankan Bank Rakyat kerana sistem dia mudah difahami.
Cara Tunaikan Zakat Lebih Mudah Melalui iRakyat Bank Rakyat
- Layari iRakyat dan log masuk ke akaun korang (pastikan korang daftar perbankan online)
- Pilih “Payment” kemudian pilih “Zakat/Charity”
- Masukkan butiran yang diminta dan diruang Payee Type pilih “Lembaga Zakat Selangor”
- Lengkapkan butiran dan klik summit
- Klik “Request TAC” > Masukkan “TAC” > Klik “Confirm”
- Selesai. Simpan resit pembayaran sebagai bukti.
Kempen “Jom Tunai Zakat “Menang & Kongsi”
Satu lagi menarik untuk pembayar Zakat khususnya yang membayar Zakat di Lembaga Zakat Selangor iaitu kempen “Jom Tunai Zakat “Menang & Kongsi”. Dimana ianya satu kempen kerjasama Lembaga Zakat Selangor bersama Lembaga Tabung Haji untuk dimenangi oleh pembayar Zakat dan dikongsikan bersama asnaf terpilih.
Alhamdulillah sambil kita jalankan tanggungajawab berzakat, dapat kongsi rezeki pulak dengan asnaf terpilih. Cara nak sertai mudah sangat, korang bayar Zakat dengan Lembaga Zakat Selangor secara langsung dapat sertai kempen ini.
Untuk tahu lebih lanjut layari: http://my2point5.zakatselangor.com.my/
Jangan lupa sama-sama kita ingat-mengintai dan jalankan tanggungjawab kita dalam menunaikan rukun Islam.
Untuk maklumat lanjut Lembaga Zakat Selangot
Lembaga Zakat Selangor (LZS)
Website : https://www.zakatselangor.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/zakatselangor
Instagram : https://www.instagram.com/zakatselangor/
No Telefon : 1-300-88-4343 (9:00 pagi hingga 4:00 petang)
TQ..info bermanfaat..
Disebabkan sibuk dengan komitmen kerja, Bonde ambil langkah mudah dengan buat potongan gaji setiap bulan,