Syawal 2020 Penuh Cov-Eid

Assalamualaikum w.b.t

Dalam Sejarah Syawal 2020 Penuh CovEid | Orang lain semua dah cerita pasal Raya kan, Mamayanie baru nak kongikan dengan korang pasal Raya Mamayanie tahun ini. Maaf lah dah habis Syawal pun, baru nak update kan. Apa pun sebelum itu, Mamayanie nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020 yang menjadi sejarah satu dunia.

Syawal 2020 Penuh CovEid
Syawal 2020 Penuh Cov-Eid

Sayu Raya 2020

Tahun ni merupakan dalam sejarah Syawal 2020 penuh CovEid yang kita semua beraya secara norma baru. Tiada istilah balik kampung, tiada lagi istilah kunjung mengunjungi dan tiada istilah salam bersalaman. Covid-19 merupakan satu sejarah yang terbesar buat satu dunia. Mungkin bagi Mamayanie raya masih ada suasana indah sebab rumah Mamayanie tak jauh pun, satu taman jew, jadi sambutan raya tetap sama. Cuma sayu sebab ada juga ahli keluarga yang tidak dapat beraya bersama dan lebih sepi kerana duduk dirumah sahaja.

Setiap tahun keluarga besar belah Mak akan ada satu perjumpaan tau, kira macam family day lah, tapi tahun ini tak dapat dilaksanakan. Masing sedara mara, pakcik makcik beraya dengan keluarga masing-masing sahaja. Dan tahun ini juga Mamayanie tak dapat ziarah pusara Abah dihari Raya. Tapi doa sentiasa Mamayanie sedekahkan kepada arwah Abah. Oh tidak lupa juga baru-baru ini hari Bapa. Selamat Hari Bapa !

Syawal 2020 Penuh CovEid
Syawal 2020 Penuh CovEid

Syawal 2020 Penuh CovEid

Terasa Raya tahun ini dekat taman perumahan Mamayanie meriah lah jugak, walaupun kami tidak berkunjung tetapi suasana tu ada je orang dalam rumah masing-masing. Kalau sebelum ini, agak sepi juga taman tu sebab ramai balik kampung kan. Bunyi mercun pun tak kurang hebat dan meriah tahun ini hihi Itu antara kelebihan raya tahun inilah. hihi

See also  Pemberian Vaksin Pneumokokal Percuma Untuk Kanak-kanak 4 dan 5 tahun Mulai 1 Jun 2023

Alhamdulillah setelah hampir pertengahan Syawal, Malaysia diberi kebenaran untuk bergerak rentas negeri. Masih terasa mood Raya dan ramai yang berpusus-pusu pulang ke kampung halaman setelah sekian hampir 3 bulan tidak dibenarkan untuk merentas negeri. Ianya untuk kebaikan satu Malaysia dan langkah-langkah mencegah supaya wabak ini berleluasa. Tahniah Malaysia! kerana masing-masing mematuhi perintah yang diberikan oleh kerajaan untuk kebaikan bersama.

Walaupun kita dibenarkan bergerak bebas, apa pun kita masih perlu #kitajagakita . Sebab wabak ini masih ada dan belum jumpa lagi vaksinnya. Semoga semua dilindungi dan terima kasih kepada frontliner serta semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung.

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*